LAMAN CIKGU BAHRI
Bacapetikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.

Sekurang-kurangnya separuh daripada orang yang datang berjumpa doktor setiap hari kerana mengadu pening kepala. Sementara itu, satu perempat daripada kakitangan firma yang besar-besar tidak datang bekerja disebabkan oleh sakit kepala. ‘Gejala’ ini menjadi punca yang mengganggu kebanyakan manusia setiap hari. Pening kepala dikatakan ‘gejala’ kerana ia sebenarnya bukan sejenis penyakit tertentu.
      Banyak faktor yang menyebabkan pening kepala. Para doktor mendapati sukar untuk menentukan sebab-sebab pening kepala yang dihadapi oleh seseorang itu pada satu-satu ketika. Ini kerana ia memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi. Beberapa pengelasan dibuat untuk mengumpulkan sebab-sebab berlakunya pening kepala dengan pelbagai cara dan dijadikan panduan bagi mengetahui cara-cara mengkajinya.
      Pakar-pakar perubatan telah mengumpulkan 203 sebab  berlakunya sakit pening kepala di bawah tiga kelas : mekanikal, sebab-sebab bisa dan racun, dan sebab berfungsi.
      Pening kepala yang mekanikal berhubung dengan keadaan yang ada sangkut-paut dengan kepala itu sendiri. Misalnya, apabila rongga dahi menjadi sebu, perubahan tekanan udara akan menimbulkan pening kepala. Apabila selaput hidung bengkak, rongga itu menjadi sebu dan menimbulkan pening kepala.
      Bagi sesetengah orang jarang-jarang diserang pening kepala manakala sesetengahnya pula sering diserang sakit ini. Pening kepala yang berlaku sekali-sekala mungkin dapat dikesan dan ditentukan berhubung dengan tindakan yang berlaku sekali-sekala, misalnya terlalu banyak menghisap rokok, minum minuman keras, dan memakan ubat serta dadah. Bahan-bahan beracun yang terkumpul mungkin menukar tekanan di dalam tengkorak dan dengan demikian mengakibatkan pening kepala.
      Tekanan darah yang tinggi juga boleh mengakibatkan pening kepala. Jika tekanan darah itu turun semasa rehat, maka pening kepala itu akan hilang pada waktu itu. Bengkak yan tumbuh dalam tengkorak, apabila cukup besar akan menjadi punca pening kepala yang berkekalan.
      Menjaga kesihatan badan kita secara keseluruhannya iaitu dengan bersenam, menjaga makan dan minum serta membuang air besar dan kecil, biasanya dapat mengurangkan pening kepala yang berkekalan. Jika seseorang itu tidak pernah mendapat sakit kepala dan tiba-tiba mula diserang pening kepala yang berterusan, maka ia perlu mendapat pemeriksaan doktor.
      Jika doktor dapat mengesan hubungan pening kepala dengan faktor-faktor mental dan fizikal serta dapat mengawal faktor itu, besar kemungkinan sakit pening kepala dapat dicegah.

1.      1. Mengapakah penyakit pening kepala dikatakan satu ‘gejala’?

A  Kerana separuh daripada orang yang datang 
     berjumpa doktor setiap hari mengadu mereka
     menghidap pening kepala
B  Kerana satu perempat daripada kakitangan firma
     tidak datang bekerja akibat pening kepala
C  Kerana pening kepala bukan sejenis penyakit yang
     mengganggu kebanyakan manusia
D  Kerana pening kepala mengganggu hampir semua
     orang sama ada orang awam atau kakitangan firma

2.      2. Mengapakah para doktor mendapati sukar untuk   
       menentukan sebab-sebab pening kepala yang dihidapi 
       oleh seseorang pada sesuatu ketika?

A  Kerana memerlukan kepakaran dan kemahiran
     yang  tinggi dalam ilmu perubatan
B  Kerana doktor terpaksa membuat pengelasan untuk
     mengumpulkan sebab-sebab pening kepala
C  Kerana para doktor susah hendak mencari sebab
     yang mengakibatkan pening kepala
D  Kerana sakit pening kepala dapat dikumpulkan
     kepada tiga kelas, antaranya sebab mekanikal

3.       3. Bilakah seseorang itu diserang pening kepala yang berpanjangan?

A  Apabila mengidap penyakit darah tinggi
B  Apabila tumbuh bengkak pada tengkorak
C  Jika salah makan atau mengambil ubat
D  Apabila seseorang itu banyak makan ubat

4.    4. Apakah kebiasaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan daripada tekanan pening kepala?

A  Menjaga makan dan minum
B  Selalu buang air besar dan kecil
C  Menjaga kesihatan badan
D  Mengamalkan senaman setiap hari

5.       5. Berikut ialah maklumat yang tidak benar tentang sakit pening kepala?

A  Terdapat 203 sebab berlakunya sakit pening
     kepala
B  Tekanan pada rongga dahi boleh mengakibatkan
     pening kepala
C  Pening kepala boleh disebabkan oleh tekanan
    darah
D  Hanya doktor pakar sahaja yang boleh mengesan
     sebab pening kepala



LAMAN CIKGU BAHRI
Baca ucapan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya

PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA KAWASAN SELATAN

Yang  mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tan Sri DatoMohd.
Rashdan bin Baba (Pengerusi Eksekutif Telekom Malaysia ), Encik Baharom bin Salleh (Pengurus Telekom Malaysia), dif-dif jemputan, tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

             Saya , Abdul Halim Hussain, Selaku Pengurus Telekom Malaysia Kawasan Selatan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Dato Rashdan keranasudi hadir dan seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga Kawasan Selatan bagi kali yang keempat. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada semua urus seti yang telah bersusah payah bagi memastikan kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar.Alhamdulillah , sekali lagi kakitangan Telekom Kawasan Selatan dapat berinteraksi dan beradu tenaga dalam acara -acara sukan yang dipertandingkan. Saya berharap semua peserta akan dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dan penuh semangat kesukanan di samping mengeratkan silaturahim antara kita. Saya yakin semua peserta akan lebih bersemangat lagi dengan kehadiran yang berbahagia Tan Sri Dato Mohd Rashdan .
            Walaupun sibuk dengan pelbagai tugas namun kakitangan Telekom Malaysia Kawasan Selatan tetap menyokong sebarang kegiatan sukan yang di adakan di kawasan ini. Hal ini kerana melalui sukan sahaja badan kita akan cergas dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti dalam pekerjaan. Untuk tujuan itu berbagai-bagai kelengkapan dan kemudahan sukan telah di sediakan oleh pihak Telekom sebagai membuktikan komitmen nereka dalam bidang sukan
            Akhir kata, pihak Telekom Malaysia Kawasan Selatan ingin melihat kakitangannya maju dalam sukan dan juga mencapai mutu perkhidmatan yang cemerlang. Kita mahu kedua-duanya seimbang. Kepada semua peserta saya mengucapkan selamat maju jaya. Semoga lebih banyak kegiatan seperti ini di anjurkan untuk manfaat lita bersama. Majulah Sukan Untuk Negara.


Sekian , wassalam.

1. Siapakah personaliti yang berikut, menjawat jawatan tertinggi di kalangan
mereka ?
A. Encik Baharom bin Salleh
B. Abdul Halim Hussain
C. Abdul Halim Hassan
D. Tan Sri DatoMohd. Rashdan

2. Apakah tujuan Tan Sri DatoMohd. Rashdan di jemput ke Kejohanan
Olahraga Kawasan Selatan ini ?
A. sebagai penasihat kejohanan
B. sebagai penonton kejohanan
C. sebagai perasmi kejohanan
D. sebagai hakim kejohanan

3. Yang manakah antara berikut bukan tujuan kejohanan ini diadakan ?
A. untuk mengeratkan silaturahim
B. untuk mencapai prestasi yang cemerlang
C. untuk memilih calon-calon yang layak dalam SUKOM 98
D. untuk meningkatkan semangat kesukanan

4. Perkataan prestasi dalam petikan ini boleh diganti dengan
A. potensi
B. persaingan
C. pencapaian
D. penilaian

5. Apakah insiatif pihak Telekom dalam menjayakan kejohanan ini ?
A. menyediakan kelengkapan sukan
B. menyediakan pelbagai program sukan
C. menjemput Tan Sri DatoMohd. Rashdan

D. memilih kakitangan yang aktif dalam sukan
LAMAN CIKGU BAHRI


Kala mentari muncul
Kau sudah bekerja keras
Untuk menghidupi keluargamu
Untuk tuntutan masyarakat


Petani...
Begitu banyak yang kau korbankan
Mulai dari waktumu  dan tenagamu
Semua kau lakukan demi masyarakat


Pada waktu hasilmu menguning
Kau harus menjaga sawahmu
Dari tikus, burung dan yang menggangumu
Terima kasih atas jasa-jasamu


Petani...
Banyak manusia tak menyedari besarnya jasamu
Tidak kisah petani menyemai
Tak mahu lihat kerja menuai
Tak tahu cara susahnya membanting
Tidak juga pernah menampi
Tahunya mereka... beras jadinya nasi


Jika petani  sudah lanjut usia
Yang hampir tutup usia
Siapakah yang akan mewarisinya
Apakah anak-anaksekarang siap menggantikannya?
Nasibmu sudah tak jelas lagi
Oh petani...

Jawab soalan di bawah berpandukan petikan puisi 'Petani'


1) Apakah jenis puisi di atas?


2) Apakah tanaman yand diusahakan oleh petani dalam
    puisi di atas?

3) Apakah yand dikorbankan oleh petani demi kepentingan
    masyarakat?

4) Berikan contoh haiwan yang menjadi halangan kepada
    para petani.

5) Berpandukan petikan puisi di atas, senaraikan proses
    mendapatkan beras.

6) Jelaskan maksud hampir tutup usia dalam petikan
    puisi di atas.

7) Pada pendapat anda, adakah jenerasi sekarang dapat

    meneruskan kerja-kerja sebagai petani? Mengapa.
LAMAN CIKGU BAHRI
PdPR Rabu 29.9.2021 dan Khamis 30.9.2021

Langkah Pembelajaran:

1. Baca dan fahami petikan di bawah.

Pada malam yang sunyi itu, kedengaran suara orang merungut-rungut. Suara itu adalah suara Halim. Nyamuk nyamuk yang berterbangan di atas kepala dan mengigitnya telah menganggu tidurnya sejak tadi. Sambil mengaru -garu tempat gigitan nyamuk, dia bangun lalu membuka lampu. Besok dia terpaksa menghantar ayam-ayam itu kepada Pak Leman, seperti yang dijanjikan. Ini bermakna dia terpaksa bangun awal. Hatinya menjadi resah. Halim mengelamun. Berbagai-bagai fikiran bermain di kepalanya. Tiba-tiba dia mendapat satu akal.  Esok, dia akan membeli kelambu. Kelambu itu akan melindungi dia dan keluarganya. Dia tersenyum . Tiba-tiba senyumannya hilang.Dapatkah kelambu itu menghapuskan nyamuk?fikirnya. Apakah yang menyebabkan nyamuk begitu banyak? Soalan ini bermain dikepalanya.

            Halim terus berfikir panjang. Suatu kesedaran timbul dalam dirinya. Dia sedar bahawa dialah yang bertanggungjawab. Dia menyesal kerana selama ini dia tidak pernah membersihkan kawasan di sekeliling rumahnya. Akibatnya, kawasan di sekeliling rumahnya sangat kotor. Longkang-longkang di sekeliling rumahnya penuh dengan sampah sarap dan air yang bertakung di situ telah menjadi tempat nyamuk membiak. Tin-tin dan botol-botol kosong selalu sahaja dibuangnya ke dalam semak samun yang berhampiran dengan rumahnya. Semak samun dan rumput rampai tidak pernah ditebasnya. Halim mengambil satu keputusan yang tegas. Esok petang, dia akan membersihkan seluruh kawasan di sekeliling rumhnya.

          Dia akan menanam tin -tin, botol-botol atau lain-lain barang yang dapat menakung air. Dia akan memastikan bahawa kawasan di dalam dan di luar rumahnya sentiasa bersih. Setelah memikir kan segala-galanya Halim cuba tidur dengan keazaman yang baru.

2. Baca dan jawab soalan berikut.

1. Perkataan merungut-rungut boleh digantikan dengan
A. mengeluh
B. bersungut-sungut
C. bercakap-cakap
D. menyesal

2. Mengapakah agaknya Halim menjadi resah ?
A. kerana dia di gigit nyamuk
B. kerana dia terlupa hendak menghantar ayam-ayam kepada Pak Leman
C. kerana dia tidak dapat bangun awal pada keesokan paginya
D. kerana dia tidak mempunyai kelambu

3. Perkataan mengelamun bermaksud
A. Mengkaji
B. Menggerutu
C. memikirkan sesuatu
D. menyentuh

4. Apakah yang di kesalkan oleh Halim ?
A. tidak dapat tidur dengan nyenyak
B. selama ini dia tidak membeli kelambu
C. selama ini dia tidak pernah menjaga kebersihan kawasan di sekeliling
rumahnya
D. selama ini dia tidak menghapuskan nyamuk

5. Pernyataan berikut berkaitan dengan petikan di atas kecuali
A. air yang bertakung di longkang-longkang menjadi tempat pembiakan
     nyamuk
B. keadaan di sekeliling rumah Halim sangat kotor
C. keluarga Halim tidur dirumah Halim tanpa kelambu
D. Halim telah menebaskan semak samun di keliling rumahnya

3. Tuliskan soalan dan jawapan tersebut dalam buku BM 2 dan hantarkan jawapan anda dalam Google Classroom. 

Selamat belajar.
LAMAN CIKGU BAHRI
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
                                 

Buah durian, rambutan, langsat, manggis, cempedak, pisang dan betik adalah antara buah tempatan yang popular. Buah-buahan di negara kita setanding dengan buah-buahan import. Buah-buahan ini enak dan berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Orang ramai suka makan buah-buahan tempatan. Selain rasanya yang sedap dan manis, buah-buahan tempatan mudah diperoleh sama ada di pasar, pasar raya, pasar malam, pasar tani atau di tepi-tepi jalan. Harganya pula lebih murah berbanding dengan buah-buahan yang diimport.
            Ada buah-buahan yang bermusim dan tidak bermusim. Buah durian, rambutan, manggis dan cempedak tergolong dalam kumpulan buah bermusim. Buah nangka, betik, pisang, jambu dan limau pula buah tidak bermusim. Kita dapat makan buah-buahan tidak bermusim sepanjang masa.
            Kini, buah-buahan tempatan ditanam secara meluas sama ada di dusun, ladang dan di belakang rumah dengan pelbagai kaedah. Penanaman buah-buahan secara moden dan berteknologi tinggi dapat menghasilkan buah-buahan yang bermutu untuk tujuan pasaran tempatan dan eksport. Dorongan yang kuat daripada pihak Jabatan Pertanian, MARDI dan FAMA telah mengubah hala tuju industri penanaman buah-buahan tempatan.
            Penemuan dan penciptaan baka-baka baharu buah-buahan yang bermutu tinggi seperti durian, limau, pisang, mempelam dan duku membolehkan buah-buahan tempatan dieksport ke luar negara.
            Buah-buahan ini dieksport ke negara Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Jepun. Hal ini secara langsung membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.
            Berbalik kepada khasiat buah-buahan tempatan, telah terbukti bahawa buah-buahan di negara kita kaya dengan pelbagai vitamin dan zat untuk mengrangsang pertumbuhan tubuh badan yang sihat dan seimbang. Buah-buahan seperti limau, pisang, mangga, betik, ciku dan jambu batu mengandungi serat, vitamin C, potassium dan kalium yang tinggi. Oleh sebab itulah, kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia makan buah-buahan tempatan melalui kempen “Makanlah Buah-buahan Tempatan”.

            Di samping itu, untuk meningkatkan penanaman dan pengeluaran buah-buahan tempatan secara besar-besaran. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyambut baik kempen ini dan bersama-sama memastikan buah-buahan tempatan terus mewah untuk dinikmati sampai bila-bila.


1)   Mengapakah orang ramai suka makan buah-buahan tempatan?
 A Buah-buahan tempatan ditanam secara meluas.
 B Buah-buahan tempatan mudah didapati dan rasanya enak.
 C Harga buah-buahan tempatan setanding dengan buah-buahan import
 D Buah-buahan tempatan lebih berkhasiat daripada buah-buahan import

2) Apakah yang menyebabkan buah-buahan tempatan sekarang lebih bermutu                             berbanding dahulu?
A Ditanam dengan banyak di ladang.
B Permintaan yang tinggi di dalam dan luar negara.
C Khasiat yang tinggi untuk kesihatan badan.
D Kaedah penanaman yang menggunakan teknologi terkini.

3) Penyataan di bawah adalah benar kecuali
A Buah-buahan tempatan mengandungi khasit yang tinggi.
B Buah-buahan tempatan banyak diimport dari luar negara.
C Buah-buahan tempatan sudah memasuki pasaran luar negara.
D Buah-buahan yang tidak bermusim dapat diperoleh sepanjang tahun.

4) Mengapakah kerajaan melancarkan kempen “ Makanlah Buah-buahan Tempatan”?
A Untuk meningkatkan pendapatan para petani.
B Untuk memberi peluang kepada para petani memasarkan buah-buahan ke        luar negara.
C Kerana kerajaan telah mencipta baka pokok buah-buahan tempatan yang bermutu tinggi.
D Kerana khasiat buah-buahan tempatan yang sesuai untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

5) Maksud perkataan dorongan dalam petikan ialah
A galakan
B kemahuan
C pengangan
D kesungguhan