Friday 17 February 2017

MENJAGA KEBERSIHAN

PdPR Rabu 29.9.2021 dan Khamis 30.9.2021

Langkah Pembelajaran:

1. Baca dan fahami petikan di bawah.

Pada malam yang sunyi itu, kedengaran suara orang merungut-rungut. Suara itu adalah suara Halim. Nyamuk nyamuk yang berterbangan di atas kepala dan mengigitnya telah menganggu tidurnya sejak tadi. Sambil mengaru -garu tempat gigitan nyamuk, dia bangun lalu membuka lampu. Besok dia terpaksa menghantar ayam-ayam itu kepada Pak Leman, seperti yang dijanjikan. Ini bermakna dia terpaksa bangun awal. Hatinya menjadi resah. Halim mengelamun. Berbagai-bagai fikiran bermain di kepalanya. Tiba-tiba dia mendapat satu akal.  Esok, dia akan membeli kelambu. Kelambu itu akan melindungi dia dan keluarganya. Dia tersenyum . Tiba-tiba senyumannya hilang.Dapatkah kelambu itu menghapuskan nyamuk?fikirnya. Apakah yang menyebabkan nyamuk begitu banyak? Soalan ini bermain dikepalanya.

            Halim terus berfikir panjang. Suatu kesedaran timbul dalam dirinya. Dia sedar bahawa dialah yang bertanggungjawab. Dia menyesal kerana selama ini dia tidak pernah membersihkan kawasan di sekeliling rumahnya. Akibatnya, kawasan di sekeliling rumahnya sangat kotor. Longkang-longkang di sekeliling rumahnya penuh dengan sampah sarap dan air yang bertakung di situ telah menjadi tempat nyamuk membiak. Tin-tin dan botol-botol kosong selalu sahaja dibuangnya ke dalam semak samun yang berhampiran dengan rumahnya. Semak samun dan rumput rampai tidak pernah ditebasnya. Halim mengambil satu keputusan yang tegas. Esok petang, dia akan membersihkan seluruh kawasan di sekeliling rumhnya.

          Dia akan menanam tin -tin, botol-botol atau lain-lain barang yang dapat menakung air. Dia akan memastikan bahawa kawasan di dalam dan di luar rumahnya sentiasa bersih. Setelah memikir kan segala-galanya Halim cuba tidur dengan keazaman yang baru.

2. Baca dan jawab soalan berikut.

1. Perkataan merungut-rungut boleh digantikan dengan
A. mengeluh
B. bersungut-sungut
C. bercakap-cakap
D. menyesal

2. Mengapakah agaknya Halim menjadi resah ?
A. kerana dia di gigit nyamuk
B. kerana dia terlupa hendak menghantar ayam-ayam kepada Pak Leman
C. kerana dia tidak dapat bangun awal pada keesokan paginya
D. kerana dia tidak mempunyai kelambu

3. Perkataan mengelamun bermaksud
A. Mengkaji
B. Menggerutu
C. memikirkan sesuatu
D. menyentuh

4. Apakah yang di kesalkan oleh Halim ?
A. tidak dapat tidur dengan nyenyak
B. selama ini dia tidak membeli kelambu
C. selama ini dia tidak pernah menjaga kebersihan kawasan di sekeliling
rumahnya
D. selama ini dia tidak menghapuskan nyamuk

5. Pernyataan berikut berkaitan dengan petikan di atas kecuali
A. air yang bertakung di longkang-longkang menjadi tempat pembiakan
     nyamuk
B. keadaan di sekeliling rumah Halim sangat kotor
C. keluarga Halim tidur dirumah Halim tanpa kelambu
D. Halim telah menebaskan semak samun di keliling rumahnya

3. Tuliskan soalan dan jawapan tersebut dalam buku BM 2 dan hantarkan jawapan anda dalam Google Classroom. 

Selamat belajar.

No comments:

Post a Comment