Saturday 30 January 2021

SERONOKNYA KELUARGA AMAR

 PdPr 31.1.2021

BAHASA MELAYU TAHUN 6

Kemahiran : Bercerita menggunakan kata nama am dan penjodoh bilangan.

LANGKAH PEMBELAJARAN

1) Baca permulaan cerita berpandukan petikan dan teliti  gambar bersiri di bawah (dipetik daripada Buku Teks BM Tahun 6 - ms 6)


2) Anda perlu menyambung cerita  berpandukan gambar bersiri tersebut. Gunakan seberapa banyak kata nama am dan penjodoh bilangan yang sesuai dalam cerita anda itu. Kerangka di bawah boleh dijadikan panduan untuk anda menyiapkan tugasan ini.

3) Tuliskan karangan lengkap cerita di atas menggunakan buku latihan anda. Karangan tersebut perlu disiapkan dalam 6 perenggan. 

Perenggn 1 - (Pendahuluan)
Keluarga Amar sering melakukan aktiviti rekreasi ...............................( salin semula ayat-ayat seperti  perenggan 1 dalam permulaan cerita di atas)

Perenggan 2 - Isi 1
Ceritakan maklumat yang terdapat dalam gambar A

Perenggan 3 - Isi 2
Ceritakan maklumat yang terdapat dalam gambar B

Perenggan 4 - Isi 3
Ceritakan maklumat yang terdapat dalam gambar C

Perenggan 5 - Isi 4
Ceritakan maklumat yang terdapat dalam gambar D

Perenggan 6 - (Penutup)
Perkelahan tersebut bukan sahaja................................( salin semula ayat-ayat seperti perenggan akhir dalam petikan cerita di atas)

4) Hantarkan tugasan yang telah siap ke dalam Google Classroom kelas anda (dalam bentuk gambar)

Selamat Belajar.

# Pautan di bawah juga dapat membantu tugasan anda.




1 comment: