Monday 22 February 2021

KATA GANTI NAMA DIRI

 PdPr 23.2.2021 dan 25.2.2021

PdP 6.4.2022

BM Tahun 6

OBJEKTIF : Mengetahui dan menyebutkan kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga.

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Baca dan fahami jadual di bawah.


2. Salin jadual di atas ke dalam buku tulis Tatabahasa anda.

PENERANGAN:

Kata ganti diri pertama:

Tunggal

  • aku — untuk bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan.
  • saya — untuk bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
  • hamba — untuk diri sendiri pada zaman dahulu.
  • patik — digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
  • beta — digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.

Jamak

  • kami—digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
  • kita—digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.

Kata ganti diri kedua

  • anda—digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
  • awak—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
  • engkau—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga.
  • tuanku—digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.
  • kalian—digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
  • kamu—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

Kata ganti diri ketiga

Tunggal

  • Baginda—digunakan untuk raja, sultan, atau nabi.
  • beliau—digunakan untuk tokoh dan orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin.
  • dia dan ia—digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.

Jamak

  • mereka—digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

3. Jawab soalan latihan di bawah menggunakan buku BM 1 (Tatabahasa).  Anda hanya perlu menuliskan jawapannya sahaja. 

Contoh : 1.  D     2. D     3. A     dan  seterusnya...


1  Bryan seorang murid yang pintar.  ____ belajar di kelas 6 jujur.
A   Hamba
B   Patik
C   Saya
D  Dia

2 “ _____ akan berjumpa dengan Cikgu Harum pada petang nanti” kata David kepada Siti.
A   Beta
B   Saya
C   Patik
D  Kami

3 “Bolehkah ____ tunjukkan jalan ke perpustakaan Negara?” kata  Devi kepada gadis itu.
A   mereka
B   kamu
C   beliau
D  dia

4  “ ______ perlu menggalahkan pasukan lawan supaya dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya,' kata ketua pasukan bola keranjang itu kepada ahli-ahlinya.
A   Kami
B   Beliau
C   Kita
D   Saya

5 “ _____akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada  sultan.
A   Hamba
B   Beta
C   Baginda
D   Patik

6  Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Lim kerana ____ tidak menyiapkan kerja sekolah.
A   dia
B   mereka
C   anda
D   beliau

7  Puan Mastura ialah Guru Besar SJK (C ) Ching Mun.  _____ telah berkhidmat di sekolah     itu selama hampir tujuh tahun.
A   Baginda
B   Beliau
C   Hamba
D  Patik

8  “ _____ berjanji akan membangunkan kawasan ini” titah Sultan Sulaiman.
A   Baginda
B   Beta
C   Hamba
D  Patik

9  Cikgu Faizal memuji Wai Ling atas tindakan _____ menolong seorang mangsa kemalangan pada pagi tadi.
A   anda
B   –nya
C   dia
D   ia

10  ______ mestilah taat kepada ibu bapa kerana mereklah yang membesarkan kita.
A  Tuanku
B  Mereka
C  Kita
D  Kami

11 “ Wahai pelajar-pelajar , ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke menara gading!' nasihat Guru Besar kepada kami.
A   kalian
B   engkau
C   kami
D  saya

12 “Lebih baik ____ segera pergi menelefon pihak bomba,” arah Kai Weng kepada kawannya apabila ternampak kebakaran.
A   saya
B   mereka
C   dia
D  kamu

13 Sultan Johor akan menghadiri majlis itu.  ______ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.
A   Beliau
B   Baginda
C   Beta
D   Patik

14  “ _____ berasal dari mana?” tanya Encik Abu kepada pemuda itu.
A   Kamu
B   Kalian
C   Aku
D  Dia

15 “Bilakah  _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya bendahara kepada Sultan Iskandar.
A   beta
B   kamu
C   tuanku
D   hamba


4. CABAR MINDA

Jawab kuiz melalui link di bawah.

https://wordwall.net/resource/1643652/nama/kuiz-kata-ganti-nama-diri






1 comment: