Monday 28 June 2021

AKU SEPOHON POKOK DURIAN

 PdPR 29.6.2021

Tahun 6

Karangan Autobiografi

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Baca dan fahami nota di bawah.

· Karangan jenis ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk menjadikannya lebih menarik.
·      Autobiografi bermaksud penulisan karangan tentang sesuatu benda atau haiwan yang diberi nyawa dan   perasaan seperti manusia. Contohnya, Aku Sebuah Basikal.
·    Unsur nilai murni dan pengajaran yang disisipkan secara tidak langsung menjadikan karangan ini lebih   menarik.
     · Isi karangan mestilah logik, munasabah, serta berkaitan dengan tajuk.

2. Baca contoh karangan autibiografi di bawah.

AKU SEBUAH KAMUS

     Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai sebuah kamus. Namaku Kamus Dewan Pelajar. Badanku berbentuk empat segi. Aku tidak mempunyai kaki mahupun tangan. Badanku setebal empat sentimeter. Aku dilahirkan di sebuah kilang percetakan di Kuala Lumpur.

     Rumah kedua aku ialah Kedai Buku Popular Manaf. Banyak betul buku di kedai itu. Mereka ialah rakan-rakanku. Aku ditempatkan sederet dengan rakan kamus daripada pelbagai syarukat penerbitan. Setelah berada dua bulan di kedai buku tersebut, aku dibeli oleh seorang murid perempuan bernama Maisarah dengan harga RM 28.00 senaskah.

     Rumah ketigaku adalah di rumah Maisarah. Aku diletakkan di atas rak buku di dalam biliknya. Maisarah seorang murid yang rajin. Dia selalu menggunakanku untuk merujuk perkataan yang sukar. Kadangkala dia membawaku ke sekolah.

     Cikgu Razif selalu memuji sikap Maisarah yang membawa kamus ke sekolah. Aku memerhatikan tidak ramai murid yang membawa kamus ke sekolah. Jika aku boleh bercakap sudah tentu aku akan menasihati mereka agar memiliki sebuah kamus untuk meningkatkan kefahaman perbendaharaan kata.

     Kini, Maisarah telah menamatkan pelajarannya di universiti. Namun, aku tetap menjadi pembantu setianya walaupun dia sudah memiliki kamus lain. Aku adalah antara sahabat lamanya yang paling dihargai. Aku berjanji akan tetap memberikan khidmat yang terbaik untuknya.

3. Tuliskan sebuah karangan bertajuk 'Aku Sepohon Pokok Durian' di dalam buku Penulisan 2 (P2). Rangka konsep di bawah boleh dijadikan panduan. Walaubagaimanapun isi lain boleh digunakan asalkan berkaitan dengan tajuk.

AKU SEPOHON POKOK DURIAN
Pendahuluan :
- nama, tempat dilahirkan, tempat tinggal, jenis pokok (akar tunjang, batang berkayu, berbuah dsb.)

Isi 1 :
- mempunyai tuan, nama tuan, seorang yang rajin, mempunyai dusun buah-buahan, contoh pokok yang ditanam.

Isi 2 :
- ditanam di dalam beg semaian, semakin besar, dipindahkan  ke dusunnya, disiram, baja, hidup subur

Isi 3:
- 5 tahun, mula berbunga, mengeluarkan buah, dijaga dengan rapi, disembur racun serangga, buah yang besar dan berkualiti

Isi 4:
- buah telah masak, mengeluarkan bau yang sangat harum, mula gugur, dipungut dan dikumpulkan dijual, mendapat banyak wang, gembira

Penutup:
- bangga menjadi pokok durian, berhasrat akan mengeluarkan  lebih banyak buah


3.



No comments:

Post a Comment