Tuesday 12 October 2021

ANGSA PUTIH NENEK

 PdPR SELASA 13.10.2021 dan KHAMIS 14.10.2021

Langkah Pembelajaran:

1. Baca dan fahami petikan di bawah.

Angsa Putih Nenek

     Sepanjang perjalanan ke kampung, Sufian sudah terbayang kehijauan sawah padi, anak sungai dan pokok rambutan gading di halaman rumah usang nenek. Senyuman nenek yang manis itu sudah terukir di matanya. Ah, rindunya kepada nenek! Terasa lambatnya kereta yang dipandu oleh ayah. Kata orang lambat macam kura-kura. Ibu selalu berpesan biar lambat asal selamat. Tiba sahaja di pekarangan rumah nenek, Sufian terus berlari memanjat tangga usang rumah nenek.

     “Nenek, nenek!” panggil Sufian kuat. Kelihatan nenek muncul di muka pintu dengan senyuman bahagia. “Wah, sudah sampai cucu nenek!” Segala indah belaka jika bertamu di rumah Nenek Siah. Nenek memang memanjakan cucu sulungnya itu seperti menatang minyak yang penuh. 

     Selepas menikmati hidangan tengah hari gulai ayam kampung nenek, Sufian meninjau-ninjau belakang rumah nenek. “Nek masih pelihara angsa putih itu?” tanya Sufian. “Ya, Pian, angsa inilah yang menjadi peneman nenek,” ujar Nenek Siah. Sufian teringat kembali peristiwa tiga tahun yang lalu. Setiap kali pulang ke kampung pasti ada sesuatu yang mengganggu keseronokan Sufian menjelajah kampung neneknya itu. Peristiwa dia berlari pantas seperti kilat semasa diserang oleh angsa nenek terasa lucu sekali. Wajahnya ketika itu pucat seperti mayat. Amir dan Yusof yang kurus macam lidi pasti tidak mahu bertandang ke rumah nenek jika angsa kesayangan nenek itu berkeliaran di halaman rumah. Rancangannya untuk bermain perang-perang pasti terganggu. Pernah juga Sufian menyuruh Nenek Siah menjual angsa itu, tetapi nenek enggan. Ternyata angsa putih yang garang itu turut berjasa kepada nenek. Bunyi bising tiga ekor angsa pada subuh hari telah mengejutkan kami yang sedang diulit mimpi. Rupa-rupanya, seorang pencuri yang dikejar angsa berjaya ditangkap oleh Pak Long Man, jiran nenek. Kini, baru Sufian tahu tentang sebab nenek tetap memelihara tiga ekor angsa itu dengan baik. Rasa kasihnya juga tumpah kepada angsa nenek yang putih macam kapas. Besar sungguh jasa angsa putih nenek!


2. Senaraikan perbandingan semacam yang terdapat dalam petikan yang telah anda baca itu. Kemudian, bina ayat berpandukan perbandingan semacam yang telah anda kenalpasti itu. (Gunakan Buku BM 2)


i - lambat macam kura-kura

    Nenek saya yang telah uzur berjalan lambat seperti kura-kura.


ii - .....................................................................

   ..............................................................................................................................


iii - ....................................................................

   .............................................................................................................................


iv - ....................................................................

    ...............................................................................................................................


v -  ....................................................................

     ...............................................................................................................................


Anda boleh rujuk nota mengenai perbandingan semacam melalui pautan di bawah

https://lamancikgubahri.blogspot.com/2021/10/bandingan-semacam.html


No comments:

Post a Comment