PdPR SELASA 12.10.2021
Langkah Pembelajaran:
1. Baca dan fahami nota di bawah.
BANDINGAN SEMACAM
1 Bandingan semacam merupakan bahasa kiasan yang menunjukkan keadaan, sifat seseorang atau benda secara perbandingan.
2 Ungkapan bandingan semacam digunakan bersama-sama, iaitu bagai, laksana, macam dan
seperti.
3 Contoh bandingan semacam :
Bandingan Semacam | Maksud |
Adil macam hakim | Nipis bagai kertas |
Berat macam batu | Pantas bagai kilat |
Cepat macam kilat | Rajin bagai semut |
Degil bagai keldai | Riuh bagai pasar |
Gelap macam malam | Sabar bagai nabi |
Hitam seperti arang | Sejuk laksana mayat |
Jahat seperti hantu | Takut laksana tikus |
Keras seperti batu | Tinggi laksana galah |
Licin seperti belut | Wangi laksana bunga |
Manis seperti gula | Zalim laksana Firaun |
AYAT CONTOH :
(a) Dia dihormati oleh penduduk kampung kerana sikapnya yang adil macam hakim.
(b) Kakak berasa geram kerana dia terbeli kuih yang keras seperti batu.
(c) Kejadian ragut itu berlaku dengan pantas bagai kilat.
2. Jawab soalan kuiz dibawah.
Post a Comment