LAMAN CIKGU BAHRI

Inilah inovasiku ke dua dalam bidang permotoran....

 PANDANGAN HADAPAN

 
 PANDANGAN KANAN

                                   PANDANGAN KIRI     

Inovasiku tahun 2019 adalah menghasilkan sebuah motosikal berasaskan barangan terbuang  dan kitar semula. Yang paling penting motosikal ini menggunakan enjin generator terpakai daripada mesen rumput. Mempunyai kuasa 50cc dan bahan bakarnya mengguanakan petrol. Keistimewaan lain, semua lampu dan hon menggunakan kuasa DC daripada power bank. Starter tak ada pakai kaki. Pakai tarik je. Tapi tak susah. Sekali tarik je dah boleh bunyi DUD DUD DUD DUD....Haha....
            Kebanyakan barangan yang saya gunakan adalah barangan terpakai dengan mendapatkannya secara mengutip, meminta atau membeli melalui media sosial khususnya fb dan mudah.my. Nak tau barang2nya. Saya cerita kemudian. Tengok dulu dulu saya possing...Haha...

   
     Antara komponen dan bahan mentah yang digunakan:
  • Badan - guna kaki/besi pemancar astro terbuang
  • Handle - guna besi kaki kerusi terbuang
  • Enjin - guna engin terpakai mesin rumput (rosak n dpt dibaiki sendiri)
  • Seat - barang order Lazada 
  • Rim - motor comel (beli dari fb)
  • Tayar - order Lazada
  • Set break depan n belakang - mintak dari workshop motor
  • Lampu, horn n set suis - order Lazada
  • Cermin sisi - beli kat DIY
  • Mud guard depan n belakang - Paip pvc 4" dan 6" (mintak mamat indon kontrak je...)
  • Power bank - dapat kat tong sampah (repair - tukar baterinya je...)
  • Set gear - order Lazada              

      Meh kita tengok proses nak buat moto ni. Tengok tanpa cuba memang senang. Nak tau senang atau susah keja2 mcm ni, kita tengok sama2 dulu.Tengok je gambar dah boleh bayangkan prosesnya. Saya mulakan dengan nak tunjuk mud guard yang diguna.

paip pvc dibelah utk buat mud guard belakang

wajah dah siap pasang mud guard depan & belakang

             Masa ni masih pening apa nak guna utk part2 yang lain tu. Tetiba plak nampak wak indon jiran bengkel saya tu balik keja bawak paip pvc putih, Zassss terus dtg idea utk buat mud guard guna paip tu. Pendek kata masa ni hampir setiap hari ada je brg Lazada, Shopee yg sya order tu sampai. Semua utk si comel ni le.  
            Ni antara barang yang sempat ambik gambo. Yang lain2 punya syok menukang tak ingat nak ambik gambo. Kita tengok pulak gambo2 masa proses buat. Buat pun masa2 free petang2 lepas buat kabinet. Pagi tengah ngajo budak2 pun kekadang idea bernas tetiba datang. dahsyat betul le kalau dah minat ni... Tu sebab projek ni memakan masa lebih kurang 8 bulan baru siap.




     Mula2 pening jugak nak cari idea. Lepas golek2 besi astro,cantum2 n welding jadi le mcm tu. Ingat nak guna enjin honda bekas enjin sedut air & tak guna rantai. Nak guna belting pasal motor2 besar boleh guna belting kan. Tapi tak berjaya plak cubaanku ini. Terpaksalah repair enjin rumpur buruk hasil pemberian En osman burger awal tahun 2019 dulu. Nak tengok engin tu?


Sesi uji pandu selepas pemasangan peringkat pertama. Lulus....

Ni le engin Robin 50cc dah lepas repair. Power jugak engin ni.. Motor ni boleh lari dlm 60km/j guna engin ni. Spare part engin ni boleh tahan juga susahnya nak cari. Nasib baik ada Mr Lazada. Lepas melalui banyak kali penambahbaikan akhirnya sampail e proses mengecat. Meh tengok proses tu!





      Dah siap spray bhg yg penting2 tu, esok petangnya terus pasang balik. Dah tak sabo nak ride dg motor ni. Hihi... Nasib baik ada wak Daman pekeja mahir saya kat bengkel perabot ni. Bnyk idea juga yg dia bagi utk merealisasikan projek ni.


     Mcm tu le jadinya  lepas pasang2 balik. 

Ni test power setelah siap pasang semula. Rasa mcm nak ride smpi KL je... Hihi..

Jumpa pulak kaki kerusi makan kat tepi jalan. Upgrade handle jadi ala2 chopper pulak.

       Seterusnya saya nak cerita pulak tentang sistem lampu depan, belakang dan hon. Lampu depan memang style motor chooper. Saya beli lampu kat Lazada. Harganya RM 39.00 je. Nampak canggih tapi bodynya plastik je pun. Cuma disalut dengan crome je. Tu yang berkilat. Lampu tu datang dengan mentol 12 volt. Kalau nak menyala kena guna bateri 12v. Pasal nak guna power bank so saya tukar mentol guna led 3volt. Saya ambik dari mentol lampu kepala yg ada jual kat kedai DIY. Rm4.90 je harganya pun lampu ni. 

Lampu depan & signal

        Signal saya beli juga kat kedai DIY.  Harganya cuma RM14.00 utk sepasang. Signal ni 3volt dan bukan senang nak cari signal mcm ni kat pasaran. Wiring semua saya guna je wayar2 usb cas telefon yg dah rosak2 tu. Sama juga side mirror tu. Saya beli kat kedai DIY je. RM4.00 je pun sepasang. Lambang bintang 3 ala2 Mercedes tu saya guna aksesori stainles steel yang biasa saya guna utk kerja2 buat grill @ gate. Ada jual kat kedai hardware barangan stainles steel.

Power bank

Lampu belakang

spedo meter

     Power bank boleh guna yang murah2 je. Saya guna yang dah rosak je pun. Tukar baterinya dah boleh guna semula. Power bank tu saya letak dalam bekas yang saya buat guna perspek lebih2 yang ada kat bengkel saya. Lampu belakang saya beli kat Lazada. Set lampu ni siap dengan set suis brek, signal dan hon siren. Bagusnya ada 8 bunyi siren. Harganya RM15.00 je. Spedo meter ni saya beli kat Lazada. RM28.00 harganya. Cuma susahnya nak pasangkan cable meternya je. Sebab gigi gear meter tak sama dengan gear pada hub kat rim tu maka jarum meter pusing jadi terbalik. Motor belum jalan jarum dah kat km 60. Tapi kalau pulas habis jarum akan pusing sampai no kosong. So motor ni boleh lari sampai 60 km/j le.


       Setelah melalui beberapa perubahan maka terhasil lah motor yang seperti video dalam paparan paling atas tadi. Alhamdulillah motor ni sesekali saya bawak g kedai dekat rumah n ride g masjid. Pak imam, bilal n kariah masjid dah test. Diakui sirim. Hahaha....

Ni lah bengkel perabot tempat saya berkarya

       Terima kasih, tank kayu, shea shea, kesuwon atas kesudian membaca sampai abis. Komen dalam ruang SINGGAH BERTAMU sebagai tanda kalian dah baca sampai abis.Ok wassalam...


1 Response

Post a Comment