PdPr 23.2.2021 dan 25.2.2021
PdP 6.4.2022
BM Tahun 6
OBJEKTIF : Mengetahui dan menyebutkan kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga.
LANGKAH PEMBELAJARAN:
1. Baca dan fahami jadual di bawah.
PENERANGAN:
Kata ganti diri pertama:
Tunggal
- aku — untuk bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan.
- saya — untuk bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
- hamba — untuk diri sendiri pada zaman dahulu.
- patik — digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
- beta — digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
Jamak
- kami—digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
- kita—digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.
Kata ganti diri kedua
- anda—digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
- awak—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
- engkau—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga.
- tuanku—digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.
- kalian—digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
- kamu—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
Kata ganti diri ketiga
Tunggal
- Baginda—digunakan untuk raja, sultan, atau nabi.
- beliau—digunakan untuk tokoh dan orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin.
- dia dan ia—digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
Jamak
- mereka—digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.
Contoh : 1. D 2. D 3. A dan seterusnya...
1 Bryan seorang murid yang pintar. ____ belajar di kelas 6 jujur.
A Hamba
B Patik
C Saya
D Dia
2 “ _____ akan berjumpa dengan Cikgu Harum pada petang nanti” kata David kepada
Siti.
A Beta
B Saya
C Patik
D Kami
3 “Bolehkah ____ tunjukkan jalan ke perpustakaan Negara?” kata Devi
kepada gadis itu.
A mereka
B kamu
C beliau
D dia
4 “ ______ perlu menggalahkan pasukan lawan supaya dapat melayakkan diri
ke pusingan seterusnya,' kata ketua pasukan bola keranjang itu kepada
ahli-ahlinya.
A Kami
B Beliau
C Kita
D Saya
5 “ _____akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan.
A Hamba
B Beta
C Baginda
D Patik
6 Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Lim kerana ____ tidak menyiapkan
kerja sekolah.
A dia
B mereka
C anda
D beliau
7 Puan Mastura ialah Guru Besar SJK (C )
Ching Mun. _____ telah berkhidmat di sekolah itu selama hampir tujuh tahun.
A Baginda
B Beliau
C Hamba
D Patik
8 “ _____ berjanji akan membangunkan kawasan ini” titah Sultan Sulaiman.
A Baginda
B Beta
C Hamba
D Patik
9 Cikgu Faizal memuji Wai Ling atas tindakan _____ menolong seorang
mangsa kemalangan pada pagi tadi.
A anda
B –nya
C dia
D ia
10 ______ mestilah taat kepada ibu bapa kerana mereklah yang membesarkan
kita.
A Tuanku
B Mereka
C Kita
D Kami
11 “ Wahai pelajar-pelajar , ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga
berjaya ke menara gading!' nasihat Guru Besar kepada kami.
A kalian
B engkau
C kami
D saya
12 “Lebih baik ____ segera pergi menelefon pihak bomba,” arah Kai Weng kepada
kawannya apabila ternampak kebakaran.
A saya
B mereka
C dia
D kamu
13 Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. ______ akan diiringi oleh
Menteri Besar Johor.
A Beliau
B Baginda
C Beta
D Patik
14 “ _____ berasal dari mana?” tanya Encik Abu kepada pemuda itu.
A Kamu
B Kalian
C Aku
D Dia
15 “Bilakah _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya
bendahara kepada Sultan Iskandar.
A beta
B kamu
C tuanku
D hamba
4. CABAR MINDA
Jawab kuiz melalui link di bawah.
https://wordwall.net/resource/1643652/nama/kuiz-kata-ganti-nama-diri
Dah tulis cikgu