LAMAN CIKGU BAHRI

JIRANKU PRIHATIN

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “Jiran”? Jiran ialah individu yang tinggal berhampiran dengan kita dan merupakan individu pertama yang akan menolong kita apabila kita berada dalam kesusahan.

          Dalam zaman era moden ini,jiran merupakan satu agenda atau elemen penting dalam kehidupan seharian kita.Nama jiran saya ialah Hasmah dan jiran saya merupakan seorang individu yang prihatin serta sentiasa mengambil berat terhadap keluarga saya. Hal ini kerana suatu peristiwa telah berlaku yang membuktikan bahawa jiran saya merupakan individu yang prihatin.

          Cuti sekolah telah bermula. Kami sekeluarga telah bercadang untuk pulang ke kampung. Saya dan adik berasa sangat gembira seperti itik mendapat air. Saya menelefon nenek dan memberitahu tentang perkara tersebut. Nenek pun berkata “Baguslah kalau begitu sudah lama kamu tidak menziarahi nenek”. Ibu pula sangat sibuk seperti lebah untuk melakukan persiapan bagi pulang ke kampung.

           Pada waktu tengah hari, ibu menggosok pakaian kami untuk dimasukkan ke dalam bagasi sambil mendengar lagu yang merdu(la..la…laa) sebagai halwa telinga. Saya dan adik pula menonton televisyen.

          Tiba-tiba, ibu saya telah mendapat panggilan telefon daripada rakan karibnya. ”Kring…kring… ”ibu pun menjawabnya. Namun, ibu terlupa untuk menutup suis seterika selepas digunakan. Semasa berbual-bual dengan rakan karibnya, ibu terhidu bau asap yang kuat. Aduh, apa bau ini ! Busuknya .. ibu berkata. Ibu berlari ke bilik dan terkejut apabila melihat bilik tidur kami dijilat api. Ibu panik sambil meminta tolong .

          Tolong…tolong…..Permintaan ibu terdengar oleh Pn Hasmah. Dia dengan segera menolong kami dan sekeluarga. Eeeeehekhek…eeeehekhekhek…. (menangis) oleh saya dan adik. Kami tersangkut di ruang tamu dan segera di selamatkan oleh Pn. Hasmah dan jiran- jiran yang lain. Malang tidak berbau ibu saya pula tersangkut di bilik pula. Api merebak dengan mara. Semua jiran usaha untuk selamatkan ibu, tapi tidak kesampaian. Tolong…tolong …inilah suara yang saya kedengaran dari ibu tapi wajah ibu masih tidak kelihatan.

          Akhirnya, pihak bomba tiba.Mereka dengan segera berjaya memadamkan api yang mara itu. Ibu..ibu ..ini panggilan saya kepada ibu sejurus dia dikeluarkan. Tapi ibu tidak sedarkan diri. Eh.apa sebenarnya terjadi? Pn Hasmah dengan segera membawa ibu ke hospital. Doktor merawat ibu dan mengesahkan ibu patah kaki kiri. Aku berasa sedih. Tetapi kami sekeluarga menerima hakikat ini. Saya berterima kasih kepada jiran saya yang prihatin.


Hasil Nukilan;

VESHALLRAJ A/L LIGENDRAN

6 BESTARI SKTP 2021

LAMAN CIKGU BAHRI

JIRANKU PRIHATIN

Sebulan lepas Puan Rashidah telah mendapat tahu bahawa jiran rumah belakangnya telah berpindah dan rumah tersebut mempunyai penghuni baru iaitu Puan Nandini sekeluarga . Puan Rashidah dan Puan Nandini selalu beramah mesra walaupun Puan Nandini sibuk dengan kerjanya. “Apa khabar Rashidah?” tanya Puan Nandini setiap kali bertembung dengan Puan Rashidah. Manakala Puan Rashidah akan berbalas dan berbual seketika setiap hari. Dua hari lepas Puan Nandini berpesan kepada Puan Rashidah yang dia akan pergi bertugas selama seminggu dan meminta tolong Puan Rashidah untuk memerhati anak dan adik iparnya (yang telah datang ke rumah Nandini untuk menjaga anaknya.

      Setelah dua hari, pada jam 3.30 pagi terdengar suara anak jiran rumah belakang menangis tanpa henti. Dalam keadaan yang masih mengantuk, Puan Rashidah menyelak kain langsir tingkapnya untuk melihat apa yang berlaku di rumah. Kebetulan pula, dia harus membancuh susu untuk anak bongsunya. Tiba-tiba Puan Rashidah terlihat seorang gadis sedang menengking dan memukul anak jirannya “Siapa agaknya gadis itu?”Puan Rashidah berbisik dalam hatinya. “Oh! jadi inilah adik ipar Puan Nandini yang dia katakan hari itu” berbisik lagi Rashidah dalam hati. Puan Rashidah berasa kasihan terhadap anak nandini yang baru 3 tahun itu di dera oleh adik iparnya dan juga teringat akan kedengaran tangisan yang sama malam semalam.

          Selepas beberapa minit melihat apa yang berlaku di rumah jirannya, Puan Rashidah menutup langsir tingkapnya dan membuat keputusan untuk tidak menjaga tepi kain orang lain. Selepas membuat susu untuk anaknya, terdengar lagi anak jirannya menangis kuat. Hati Puan Rashidah tidak tenteram mendengar tangisan itu. Puan Rashidah terus ke kamarnya dan mengejutkan suaminya yang sedang tidur lena. Dia mendesak suaminya untuk menanyakan apa yang sedang berlaku di rumah jirannya. Suami Puan Rashidah iaitu Encik Khairi bergegas ke rumah jirannya. Kedengaran suami Puan Rashidah memanggil Encik Ramu (nama suami Puan Nandini) sambil menekan loceng pintu berkali-kali. Tiba-tiba semua lampu terpadam dan terus senyap. Suami Puan Rashidah pun terus pulang. “ Rashidah tak ada apa- apa kat situ, kamu ni baik jangan masuk campur hal orang lain, dah mari masuk tidur” kata Encik Khairi kepada Puan Rashidah.

          Keesokkan harinya, Puan Rashidah menghubungi Puan Nandini untuk memberitahu tentang hal yang berlaku dirumahnya dan menasihati supaya balik kerumahnya dengan secepat mungkin. Puan Nandini pun sampai pada malamnya, Puan Rashidah menghubunginya. Puan Nandini segera menyiasat apa yang telah berlaku kepada adik iparnya tetapi dia tidak mahu mengaku kesalahannya. Puan Nandini nampak dengan matanya sendiri muka anaknya ada kesan lebam. Apabila disoal balik adik iparnya memberitahu anaknya jatuh tangga.

          Keesokkan harinya lagi, terdengar Puan Nandini dan suaminya bertengkar dan menyuruh suaminya hantar pulang adiknya atau dia akan melaporkan hal ini kepada pihak polis . Selepas beberapa jam kemudian, Puan Rashidah nampak suami Puan Nandini menghantar pulang adiknya menaiki teksi di hadapan rumahnya. “Nasib baik Nandini dah menghalau adik iparnya yang pendera itu" berbisik Puan Rashidah dengan hati yang lega.

          Petang itu, semasa Puan Rashidah dan suaminya menikmati air teh di halaman rumah mereka, didatangi Encik Ramu suami Puan Nandini. Encik Ramu berbual seketika dengan suami Puan Rashidah agar menegur Puan Rashidah supaya tidak mencampuri hal rumah tangga orang lain “Khairi, saya bagi kamu dan isteri kamu amaran agar tidak sibuk perihal keluarga saya” pesan Encik Ramu kepada suami Puan Rashidah .

          “Rashidah, abang kan dah cakap jangan jaga tepi kain orang, sekarang apa dah jadi.lain kali jangan nak sibuk dengan hal orang lain" kata Encik Khairi kepada Puan Rashidah dengan suara yang tinggi. Puan Rashidah hanya berniat baik untuk selamatkan anaknya tetapi Encik Ramu orang tidak mempunyai sifat berterima kasih malah memarahi Puan Rashidah dan suaminya.” Ah! Lain kali shidah tak mahulah campur tangan dalam hal orang lain”. Puan Rashidah berbisik dalam hati.

          Pada waktu malamnya pula didatangi Puan Nandini untuk meminta maaf kepada Puan Rashidah dan suaminya atas kekasaran suaminya petang tadi dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Puan Rashidah. “Cubit paha kanan, paha kiri terasa sama". Begitulah hidup berjiran. 


Hasil Nukilan;

SARVEIN A/L SERI SHANMUGARAJAH

6 Pintar SKTP 2021

LAMAN CIKGU BAHRI

 BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING

“Intan! Intan! Tolong mama angkat ayah kamu ni…dia jatuh di bilik air” sahutan kuat dari Puan Suraya kepada anak perempuannya ku dengari pada awal pagi itu. “Adakah suaminya telah jatuh sakit?” terlintas dibenakku bertanyakan tentang keadaan yang cemas tadi. Setelah jeritan dari Puan Suraya kudengari, keadaan menjadi sedikit hening tatkala aku masih tertanya-tanya jika ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap keluarganya. Tanpa berlengah aku terus keluar dari rumahku untuk ke rumah Puan Suraya. “Assalamualaikum Puan Suraya” dua kali aku memberi salam setelah panggilan yang pertamaku tidak berjawab. Aku menunggu buat seketika kerana aku yakin mereka mendengar panggilan salamku sebentar tadi.

          Tiba-tiba pintu rumahnya dibuka, tetapi ku lihat Puan Suraya keluar dengan agak kelam kabut, tidak seperti biasa. “Maaflah, suami saya terjatuh di bilik air tadi dan sekarang tidak sedarkan diri” kata Puan Suraya dengan nada sedih. Aku lantas meminta izin untuk melihat apa yang telah berlaku kepada suaminya. Encik Zaki suami kepada Puan Suraya sudah terbaring di ruang tamu tanpa sedarkan diri. “Saya tak tahu nak buat apa sekarang ni sebab Encik Zaki tidak pernah mengalami sakit seperti ini” ujar Puan Suraya setelah aku merapati Encik Zaki.

          “Saya rasa Encik Zaki perlu dibawa segera ke hospital sekarang, takut keadaan menjadi lebih kritikal jika dia terlewat dapat rawatan” ucapku dengan nada lembut kepada Puan Suraya agar segera memberi kata putus. Puan Suraya termenung seketika melihat keadaan suaminya yang masih tidak bergerak sejak dari tadi. “Biar saya yang bawa Encik Zaki ke hospital, lebih cepat jika hendak menunggu ambulan datang ke sini” aku memberi cadangan kepada Puan Suraya. Puan Suraya hanya menganggukkan kepalanya perlahan tanda setuju dengan cadanganku. Aku bingkas bangun dan beredar dari rumahnya untuk segera mengambil kereta.

          Aku terus mencapai kunci kereta dan menghidupkan enjin kereta. Apabila keretaku berhenti di hadapan rumah Puan Suraya, aku lantas masuk semula ke dalam rumahnya untuk membantu mengangkat Encik Zaki ke dalam kereta. “Terima kasih Farah sebab tolong saya bawa suami saya ke hospital” kata Puan Suraya ringkas. Sepanjang perjalanan ke hospital, aku lihat Puan Suraya sentiasa bercakap dengan suaminya dengan kata-kata semangat agar suaminya kuat menghadapi dugaan pada hari itu.

          Setelah kami tiba di hospital, aku memberhentikan kereta di hadapan lobi Unit Kecemasan hospital. “Biar saya dan Intan keluar memanggil kakitangan hospital untuk membantu, awak tunggu sahaja di dalam kereta” ujar Puan Suraya kepada saya. Setelah beberapa ketika, 2 orang kakitangan hospital merapati kereta ku dan membawa Encik Zaki menggunakan ‘strecher’ yang telah disediakan. Seorang doktor datang menghampiri kami. “Mujurlah pesakit ini segera dibawa ke hospital kerana sekiranya lewat mendapat rawatan kecemasan mungkin nyawa pesakit berada dalam bahaya” kata-kata doktor tersebut membuatkan kami bertiga berasa lega. Aku diberitahu oleh Puan Suraya bahawa suaminya telah mengalami serangan jantung pada pagi tadi dan keadaannya stabil serta dalam pemerhatian pihak hospital.

          "Terima kasih Farah” ucap Puan Suraya buat kali ke dua kepada ku sambil menggenggam erat tangan ku. Aku lihat matanya berkaca menahan kesedihan yang masih terpendam di dalam sanubarinya. Setelah itu, aku melangkah perlahan meninggalkan Puan Suraya dan anaknya di hospital sambil berdoa agar Encik Zaki dapat sembuh seperti sedia kala. Peristiwa ini meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada diriku dan juga Puan Suraya setelah kami hidup berjiran sejak sekian lama. Aku juga berharap semoga hubungan erat antara kami ini akan berkekalan dan sifat bantu-membantu menjadi amalan yang mulia dalam hubungan sesama jiran.


Hasil Nukilan;

INTAN NURFARAH DIANA BINTI MOHD FAIZAL

5 Bestari SKTP 2021

LAMAN CIKGU BAHRI

PdPR AHAD 1.8.2021

BM Tahun 6


Langkah Pembelajaran :

1. Baca dan fahami nota tentang karangan dialog di bawah.

PENGENALAN  

  • Karangan jenis dialog, biasanya melibatkan dua orang atau lebih yang berbual atau berbincang tentang sesuatu perkara.


  • Karangan jenis ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu 

       a)dialog atau perbualan.

       b)Wawancara atau temuramah.


  • Sebelum menulis karangan ini anda harus memahami kehendak soalan mencari isi penting dan menentukan jalan ceritanya terlebih dahulu.


  • Dalam karangan dialog, kedua-dua pihak harus saling bertanya atau memberikan jawapan, dan memberikan pendapat.


  • Untuk menulis temuramah pula, pihak yang menemuramah akan mengemukakan soalan dan yang ditemuramah akan menjawab soalan yang diajukan.


  • Pastikan anda menggunakan kata ganti diri yang sesuai dengan watak dan situasi dialog tersebut. Contohnya jika orang yang diajak berbual lebih berumur, gunakan panggilan “Encik”, “Tuan” ,atau “Pak cik”.

  • Gunakan tanda bacaan yang sesuai (noktah, koma, tanda soal) mengikut jenis ayat seperti ayat penyata, ayat seru atau ayat tanya.

  • Tidak digalakkan menggunakan kata singkatan seperti “kan”, “tak”, dan “tidak”.


  • Penggunaan bahasa kiasan dan peribahasa adalah digalakkan supaya dialog lebih menarik.

2. Contoh soalan:

Seorang kawan kamu telah mendapat kecemerlangan dalam akademik. Kamu berbual-bual dengan rakan kamu itu untuk mengetahui tentang rahsia kejayaannya. Tulis perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.

3. Contoh Isi Karangan :


4. Tuliskan karangan dialog berpandukan isi karanganyang telah anda baca di atas. Anda boleh gunakan isi di atas untuk menuliskan karangan tersebut. Gunakan buku P2 (Penulisan 2).

5. Hantarkan tugasan yang telah lengkap dalam Google Classrom.


# anda boleh merujuk contoh-contoh karangan
 melalui mana-mana sumber seperti buku-buku atau dengan melayari internet seperti pautan di bawah;





LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR Khamis 29.7.2021

Tahun 5

Arahan :

1. Tonton video pengajaran di bawah.

https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=BXI9ZMFo0lM

2. Baca buku teks RBT Tahun 5 halaman 40, 41 dan 42.

3.  Jawab soalan kuiz melalui pautan di bawah.

https://wordwall.net/ms/resource/18265912/rbt-tahun-5-asas-pengaturcaraan

4. Hantarkan hasil kuiz yang telah dijawab dalam google clasroom.

Selamat belajar.

LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR KELAB REKA CIPTA

RABU 28.7.2021

KEMAHIRAN : Membina model kenderaan daripada bahan terbuang

LANGKAH PEMBELAJARAN :

1. Perhatikan contoh-contoh penghasilan model kenderaan menggunakan bahan terbuang di bawah.









2. Tonton contoh pembinaan model kenderaan daripada pautan video-video di bawah.

a) Pembinaan Model Kapal Layar

https://www.youtube.com/watch?v=CkVU3XepdjA

b) Pembinaan Model Kapal Terbang

https://www.youtube.com/watch?v=K3OopZKvBnc

2. Berpandukan contoh daripada video di atas, hasilkan sebuah model kenderaan menggunakan bahan-bahan terbuang yang terdapat di sekeliling kamu. Contoh model kenderaan seperti kapal layar, kapal terbang, kereta dan lain-lain lagi. 

3. Antara contoh bahan terbuang yang boleh digunakan ialah botol plastik, tin minuman, surat khabar, kertas, kotak, lidi, gelang getah, tali, tutup botol, benang, plastik dan lain-lain yang bersesuaian.

4. Bahan-bahan mencantum yang boleh digunakan adalah seperti gam uhu, gam kertas, gam kayu, skru, paku dan sebagainya.

5. Hantarkan gambar model kenderaan yang anda siapkan itu ke dalam google glassroom Kelab Reka Cipta (melalui link di bawah ini)

https://classroom.google.com/c/MzI2NzcyOTc4ODU0?cjc=mwfgeyp

# Gunakan bahan yang ada di sekeliling rumah kamu.

LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR

 Isnin 26.7.2021 dan Rabu 28.7.2021

Isnin 2.8.2021 dan Rabu 4.8.2021

Tahun 6

Langkah Pembelajaran:

1. Tonton video cara menyemai biji benih melalui pautan di bawah.

a) Menyemai menggunakan span;

https://www.youtube.com/watch?v=YAhHrKWQ5t0


b) Menyemai menggunakan reja benang;

https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=AKONXHbTzdQ


c) Menyemai menggunakan kertas tisu;

https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=oT_PurOHTvY


d) Menyemai menggunakan kapas;

https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=tLei9gYyAqE

2. Aktiviti amali ( Minggu 1)

a) Dapatkan biji benih kekacang atau sayuran, alatan dan bahan menyemai yang terdapat di sekeliling rumah kamu. Apa-apa sahaja boleh digunakan asalkan sesuai. 

b) Lakukan proses menyemai biji benih menggunakan salah satu cara yang ditunjukkan dalam video-video di atas yang telah kamu tonton itu. Anda boleh lakukan aktiviti ini bersama ahli keluarga pada masa lapang.

c) Hantarkan gambar hasil semaian anda (setelah bertunas/ mengeluarkan daun)  ke dalam google classroom RBT kelas anda. Hasil semaian anda itu bolehlah terus ditanam sama ada secara tanaman tanah atau hidroponik.

3. Aktiviti amali ( Minggu 2)

a) Lakukan ulangan (aktiviti minggu 1 di atas) sekiranya semaian anda gagal bercambah atau rosak. 

b) Sekiranya semaian anda telah bertunas dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 helai daun, lakukan aktiviti pemindahan anak pokok tersebut secara hidroponik atau tanaman tanah ( atas tanah atau dalam pasu)

c) Hantarkan gambar hasil tanaman anda setelah dipindahkan itu ke dalam Google Classroom.

d) Lakukan penjagaan kepada tanaman anda setiap hari.


Selamat mencuba.




LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR AHAD 25.7.2021 dan SELASA 27.7.2021

BM TAHUN 6

Kemahiran : Tatabahasa ( Ayat Songsang )

Langkah Pembelajaran:

1. Rujuk buku Teks BM Tahun 6 m/s 122. Baca dan fahami maklumat yang terdapat dalam halaman tersebut.

2. Berbincang mengenai isi petikan. Menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang berpandukan contoh yang diberi.

Buku Teks BM Tahun 6 (m/s 122)


3.Berpandukan maklumat daripada petikan di atas, tukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang. Gunakan buku BM 1 (Tatabahasa) untuk menyiapkan tugasan ini.

4. Hantarkan tugasan anda yang telah lengkap dalam Google Classroom kelas anda.

Selamat Belajar.


LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR KHAMIS 15.7.2021

TAHUN 5

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Jawab soalan di bawah. Anda boleh salin  atau cetak dan tampalkannya ke dalam buku latihan anda.



 

2. Bagi mendapatkan jawapan, anda boleh merujuk buku teks RBT Tahun 5 atau melalui pautan di bawah;

https://www.youtube.com/watch?v=76guGP_kKhU

https://www.youtube.com/watch?v=SRIUH0v8p7I

https://www.youtube.com/watch?v=gHeDMf9Y7XQ

https://www.akademiyoutuber.com/2021/05/rbt-tahun-5-l-unit-2-aplikasi-reka_02063304172.html

3. Hantarkan paparan tugasan anda ke dalam google classroom rbt kelas anda.

Selamat Belajar.



LAMAN CIKGU BAHRI

PdPR

Isnin 12.7.2021 dan Selasa 14.7.2021


RBT Tahun 6

Langkah Pembelajaran:

1. Tonton dan fahami video pengajaran melalui pautan di bawah.

https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=KLflrNeXzPg

2. Rujuk Buku Teks RBT Tahun 6 muka surat 47, 48 dan 49. Baca dan fahami kandungan yang terdapat dalam muka surat tersebut.



3.  Jawab kuiz melalui pautan di bawah. 

https://wordwall.net/ms/resource/18556162/tanaman-hidroponik-langkah-menyemai-biji-benih-menggunakan

4. Hantarkan paparan markah kuiz anda ke dalam google classroom rbt kelas anda.

Selamat belajar.


LAMAN CIKGU BAHRI

PdPR Ahad 11.7.2021 dan Selasa 13.7.2021

Tahun 6

Langkah Pembejajaran:

1. Baca dan fahami nota di bawah.




2. Rujuk Buku Teks BM Tahun 6 m/s 114 bertajuk Ikutlah Resmi Padi. Lengkapkan cerita tersebut menggunakan kata majmuk yang diberi dengan betul. Gunakan Buku BM 1 (Tatabahasa) untuk menuliskan tugasan ini.


3. Hantarkan tugasan anda yang telah lengkap ke dalam google classroom.

Selamat Belajar.




 

LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR Khamis 8.7.2021

Tahun 5

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Baca dan fahami kandungan Buku Teks RBT Tahun 5 muka surat 33, 34 dan 35.







2. Tonton video pembinaan kipas solar melalui pautan di bawah.

https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=c6iu4w1mtHg