Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk
mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan
dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini
amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta
kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.
Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan
intitusi -intitusi yang menawarkan program -program pengayaan (enhancement
programes ) yang bertujuan untuk melengkapkan anak -anak dengan kemahiran
membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi. Institusi -intitusi ini juga
mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek penyampaian
maklumat dalam aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha
-pengusaha tadika berlumba -lumba untuk memberikan program pengayaan kepada
anak -anak murid mereka dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi
pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi
pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek
kanak -kanak.
Pengalaman yang diperoleh daripada program -program intervensi
keatas kanak -kanak cacat telah membolehkan para profesional memahami konsep by
pass strategies , iaitu strategi -strategi yang membolehkan kanak -kanak cacat
memperoleh sesuatu kemahiran dengan menggunakan keupayaannya. Umpamanya ,
seorang kanak -kanak pekak boleh berhubung dengan menggunakan bahasa isyarat ,
kanak -kanak buta boleh membaca menggunakan braille dan kanak -kanak spastik
yang lemah anggota kakinya boleh berjalan dengan menggunakn alat yang dinamakan
orthosis.
Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta
, rencat akal dan pekak teruk mudah dikenal pasti untuk diberikan program
intervensi awal. Tetapi , disfungsi perkembangan yang tidak ketara dan sudah
dikenal pasti banyak berlaku di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah
pembelajaran di sekolah. Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman tentang
masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang dengan pesatnya.
Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Pengalaman
hidup seseorang kanak -kanak itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
perkembangan intelek dan perwatakannya.
Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan
-tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak -kanak yang kurang maju
dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas , tidak bermotivasi , bodoh atau
asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak
guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman , teknik mengajar tidak
berkesan , pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai
ibu bapa mendaftarkan anak -anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi
meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun saya akui usaha -usaha ini
boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak -kanak ,
tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan
pembelajaran yang lebih khusus.
Punca -punca masalah pembelajaran
Punca -punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak
-kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori :
1. punca biologi 2. Punca psikososial
Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit
-penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen
sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan
yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi
dysfunction ).
Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan
plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh
menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang
telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu bapa
perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak -anak
terdedah kepada penggunaan bahan -bahan tersebut.
Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh
sekitaran yang tidak sihat , kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan
kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak berkenaan mengalami masalah
pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial.
Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara
teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.
Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca
-punca kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam
kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN
denagn kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca
yang dikaenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran
anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat
memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang
menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang seterusnya menjejaskan proses
menguasai kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kank pula menghadapi masalah
lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan
terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak
tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan
rakan-rakan sebayanya.
Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini
menunjukkan kemajuan yang amat menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam
bulan kemudian. Pada pendapat saya, Perkembangan yang positif ini adalah juga
disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak
tersebut. Setelah mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan
muridnya, guru dapat menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu
kanak-kank itu membaca. Menulis dan mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut
memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak mereka. Sianak sendiri
akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan
daripada ibu bapa dan guru.
Ada satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang
baik daya penglihatannya. Akibatnya, dia kurang nampak papan hitam didalam
kelas. Setelah dibawa kepada perhatian ibu bapanya, barulah cermin mata
ditempah untuknya. Pretasinya disekolah juga meningkat. Ada juga kanak-kanak
yang kurang daya pendengaran akibat cecair dalam telinga (serous otitis media)
dan ini sudah tentu boleh menjejaskan pelajarannya. Dia perlukan rawatan untuk
memperbaiki pendengarannya.
Ada pula kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk
didalm kelas. Akibatnya, pretasi akademiknya merosot.
Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya kerana
kebolehan berfikir, tumpuan perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan
keupayaannya memproses maklumat adalah lambat dibandingkan dengan kanak-kanak
biasa yang sebaya dengannya. Kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai
tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya masih sukar
mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan
menjalani aktiviti-aktiviti harian atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf
dengan kanak-kanak yang berusia lima tahun. Oleh itu, dia akan mendapati sukar
untuk mengikut kurikulum didalam darjah satu.
Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami
masalah pembelajaran dengan kanak-kanak terencat akal yang mengalami masalah
yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian IQ. Kanak-kanak mengalami masalah
pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan kelemahan
yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang
kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan
tersebut.
Pelbagai corak difungsi perkembangan ditemui dikalangan
kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Umpamannya, seorang kanak-kank
yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik sehingga boleh bermain dengan
komputernya, melukis gambar roket dengan kemas dan membaca dengan baik mungkin
mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak membuat
kerjanya dikelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan
oleh gurunya. Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara
yang sangat diminatinya seperti permainan komputer dan lukisan.
Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah
pembelajaran. Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah
menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi
menghadapi kesulitan membaca dan menulis. Mengajarnya membaca dan menulis
memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali.
Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran
Pakar yang menilai kanak-kank yang mengalami masalah
pembelajaran perlu mendapatkan riwayat yang terperinci dan mengambil perhatian
terhadap kemungkinan berlakunya kerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi
yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak ,
penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu
menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik – beradik lain yang
terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan faktor baka.
Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan
makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak
-kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif , lebih buas dan
tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika
riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini
penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang
abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan. Walau bagaimanapun , aspek
ini tidak akan diulas dengan panjang lebar dalam bab ini.
Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti
kurang daya penglihatan atau pendengaran , kekok tangan masalah sawan ,
gangguan pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan dia tidak boleh bercakap
dengan jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti.
Jika disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu
dijalankan. penilaian psyho- educational penting untuk mengetahui kekuatan
pembelajarannya pada masa itu. Jika kanak -kanak itu diasyaki menghidap sesuatu
pemyakit , doktor akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya.
Kini , bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian
terperinci keatas kanak -kanak yang mengalami masalah pembelajaran bagi
mengenal pasti unsur -unsur disfungsi perkembangan (elements of devefunctions )
masih kurang. Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri
-ciri kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu.
Maklumat -maklumat ini akan membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan
menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas
kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara
seorang kanak -kanak dengan yang lain.
Kanak -kanak yang mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit
mal epilepsy sering tidak sedarkan diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin
berlaku berpuluh -puluh kali dalam sehari. Ini sudah pasti akan mengganggu
pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat mencegah sawan. Kanak -kanak yang
terlalu singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantu dengan ubat – ubat
stimulant tertentu dankaedah pengubahsuaian tingkah laku ( behavioural
modification method ). Murid -murid yang lemah daya inggatan digalakkan menggariskan
perkara -perkara utama atau key -points dalam sesuatu perenggan dan membacanya
berulang -ulang kali supaya mudah diingat.
Masalah membaca
Kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi
tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian ,
tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya.
Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca
kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya .
Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih
tidak boleh membaca. Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin
dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan
perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah
buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak ini boleh
mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru
-guru yang berpengalaman. Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak
itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau
menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepadak anak
-kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku
juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan
gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong.
Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya
sesuatu perkataan yang tertulis.
Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang
menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori ,
iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah memahami apa yang
dibacanya (reading comprehension )
Keupayaan membaca dikalangan kanak-kank boleh dibahagikan kepada
beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah peringkat dimana dia sendiri gemar
menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada
peringakt usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara
merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja
sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia
sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang
dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima keatas yang sudah
mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula
mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut.
Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya
sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya
ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami
apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut
lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk
memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas
sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang
sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemas
maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan
prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf
dan lambat membaca akan mengalami masalah. Jika dia boleh membaca tetapi kurang
memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas.
Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi
kandungan sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal ,
dia tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Keluhan seperti ” saya
fikirkan saya faham apa yang saya baca ” sering kedengaran. Situasi seperti ini
perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak
memahami apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau
dia tidak membaca secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya
pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak
itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa
yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep
yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan
oleh si penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya.
Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang
membaca.
Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang
menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa
perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak -kanak
berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan
ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial
seperti galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan
yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat
membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya.
Kanak -kanak hiperaktif
Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku
seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk
diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan
kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak
hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya
yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar
arahan guru.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri
perkembangan bahasayang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak
digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa terasing. Kanak -kanak
yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40
orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus
pada murid ini sahaja.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan
intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya , dia
sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak -kanak serti inimemerlukan
latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan
perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one
-to -one opproach ). Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid
ini sama ada melalui isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya
dari semasa kesemasa. Adalakanya, pakar kana-kana perlu memberikan ubat-ubat
yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh menjalani
latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.
Kekekokan
Ada juga kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis degan
cepat. Ini menyebabkan dia lambat menghabiskan latihan-latihan menulis yang
diberikan. Kanak-kanak seperti ini memerlukan lebih banyak latihan untuk
meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh
menulis ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula terlalu lambat kerana
masih belum cekap mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari ingatannya dengan
cepat atau secara automatik. Ini boleh meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya
sukar dibaca. Sayang sekali, dia sering diaggap lembab walaupun dia mungkin
seorang yang cerdik.
Gangguan Emosi
Gangguan emosi boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak
maju didalam pelajarannya. Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat
menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti
sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan
emosinya. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara
mendadak merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan..
Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan
prestasi yang sangat baik di sekolah. Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya
mengalami masalah rumahtangga dan sedang berura-ura untuk berpisah. Ini telah
menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang meyebabkan si anak
sering mengeluh tidak sihat. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi
perlulah dikenal pasti supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya
mengatasi masalah emosinya.
Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk
mencari jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya. Masalah pembelajaran dikalangan
kanak-kanak memang sering berlaku dan kebanyakannya boleh diatasi degan
menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu. Pendekatan-pendekatan ini
perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak berkenaan.
Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi
membolehkan dia mengatasi kelemahannya. Gelaran-gelaran seperti rencat akal
(mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan sebagainya tidak ada guna
baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang sewajarnya.
Sebaliknya, adalah lebih baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi
masalah kanak-kanak ini. Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan
latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam
pelajaran mereka.
Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan
hanya terletak diatas bahu para profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah
ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka
mengikut latihan-latihan khas dirumah.
Post a Comment