LAMAN CIKGU BAHRI

PERKEMBANGAN LINGUISTIK ZAMAN YUNANI

            Tamadun Yunani merupakan satu tamadun yang paling awal wujud di atas muka bumi ini. Begitu jugalah dengan sejarah ilmu linguistik. Orang-orang Yunani adalah golongan yang pertama mempelopori dalam bidang pengkajian bahasa. Pengkajian tentang bahasa yang telah dimulakan 500 tahun sebelum masihi merangkumi semua aspek bahasa termasuklah ekonomi, budaya dan politik. Kehidupan manusia ketika itu dipengaruhi oleh pemikiran berbentuk falsafah. Antara tokoh yang terkenal dalam pengkajian bahasa ketika itu termasuklah Plato dan Aristotle.

Plato

            Plato yang hidup pada tahun 427 hingga 437 sebelum masihi merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidiki bahasa sebagai suatu masalah dan dan persoalan dalam kehidupan. Melalui karyanya 'Crystalus', Plato telah menimbulkan persoalan tentang perkaitan sesuatu benda dengan namanya bersifat tabii dan realiti atau mengikut persetujuan masyarakat.

            Pato merupakan seorang yang mengkaji dan membezakan antara kata nama dan kata kerja. Beliau meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Kedua-dua elemen ini merupakan perkara yang penting dalam menghasilkan pengucapan atau penulisan seseorang. Sehingga ke hari ini, kata nama dan kata kerja dijadikan suatu elemen asas dalam mempelajari sesuatu bahasa.

            Dalam bidang fonetik, beliaulah juga yang mula-mula mengenali bunyi konsonan geseran, letupan dan sebagainya. Penemuan ini telah dijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji bidang bahasa selepas Plato.

Aristotle

            Aristotle yang merupakan anak murid Plato meneruskan pengkajian bahasa pada zaman Yunani. Beliau dicatatkan dalam sejarah telah hidup antara tahun 384 hingga 322 sebelum masihi.

            Sumbangan beliau adalah memperkenalkan kata hubung. Pengkajian Plato sebelum ini telah diperhalusi lagi dengan memasukkan elemen kata hubung. Hasil penyelidikannya itu, beliau telah mengakui wujudnya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Dalam Bahasa Inggeris past tense dan present tense. Penggunaan kata hubung dapat membezakan samada sesuatu perkara itu telah, sedang atau belum berlaku. Beliau juga telah menjadikan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan sesuatu maksud kepada seseorang seperti dalam puisi dan retorik.

  
PERKEMBANGAN LINGUISTIK ZAMAN ISKANDARIAH

            Zaman Iskandariah bermula pada abad ke tiga masihi. Ia adalah sebuah tanah jajahan Yunani yang dijadikan pusat perkembangan kesusteraan dan linguistik tamadun Yunani. Ketika itu penumpuan bahasa adalah kepada aspek lisan atau pertuturan. Pengaruh bahasa Yunani dibawa ke sini oleh Crates dari Malus pada tahun 167 sebelum masihi Tokoh yang boleh dibanggakan pada zaman ini ialah;

Dionysius Thrax

            Dionysius Thrax hidup dari tahun 170 sebelum masihi hingga tahun 90 sebelum masihi. Beliau telah menghasilkan karya yang diberi nama Techne Grammatike.  Antara sumbangan besar beliau dalam bidang bahasa ialah menggolongkan kata kepada 8 golongan iaitu;

            1) kata nama

            2) kata ganti nama

            3) kata kerja

            4) kata adjektif ( kata sifat )

            5) kata adverba ( perkataan yang menerangkan kata kerja )

            6) kata sendi

            7) kata partikel ( kata penegas )

            8) kata seru

            Dalam bidang fonetik pula, beliau telah dapat membezakan maksud bunyi dengan maksud bentuk. Pada ketika itu, beliau telah mula membezakan di antara bunyi 'r' dan bunyi 'l'. Dalam bidang sintaksis pula, beliau memperkenalkan bahawa ayat sebagai unit deskriptif yang terdiri daripada urutan perkataan yang mempunyai maksud lengkap. Penemuan ini telah menjadi titik tolak bermulanya pengkajian bahasa secara terperinci oleh pengkaji-pengkaji selepasnya khususnya dalam mendekripsi satu-satu bahasa itu.
PERKEMBANGAN LINGUISTIK ZAMAN ROM

            Setelah tamadun Yunani runtuh, orang-orang Rom telah mengambil alih bidang pengkajian bahasa. Mereka telah mengambil dan menggunakan segala hasil kajian bahasa pada zaman Yunani untuk mengkaji bahasa Latin. Pada ketika itu bermulalah perubahan sistem bahasa Yunani kepada bahasa Latin. hal ini menyebabkan berlakunya persamaan antara bahasa Yunani dan bahasa Latin seperti dalam golongan perkataan dan penulisan nombor. Antara tokoh-tokoh linguistik pada zaman ini adalah seperti berikut;

Appolonius Discollus

            Beliau merupakan pengkaji bidang sintaksis dengan membuat penambahbaikan huraian yang dibuat oleh Dionysius Thrax ketika zaman Iskandariah. Hubungan antara kata nama dan kata kerja dengan perkataan-perkataan golongan lain telah dihuraikannya dengan lebih mendalam. Beliau juga telah menghubungkan kata kerja dan kata partikel atau kata penegas dalam pembinaan suatu ayat. Teknik penggantian perkataan yang sama ( perkataan sama erti ) dalam golongannya mula digunakan olehnya ketika itu

 Priscian

            Priscian yang dilahirkan di Rom Timur ( Istanbul ) meneruskan kajian bahasa dengan menerbitkan buku bertajuk Instituciones Grammaticae. Buku yang mengandungi 18 jilid dan 1000 halaman itu telah telah membincangkan pembentukan kata dan ayat dengan lengkap. Semua elemen tatabahasa yang telah diperkenalkan oleh pengkaji sebelum ini telah dijelaskan dan digunakan dalam pembinaan ayat.

            Dalam bidang fonetik, beliau mula mengkelaskan penjenisan bunyi bahasa dalam hubungan abjad dengan bunyi sebenar yang dihasilkan. Dalam bidang morfologi pula, beliau telah menyampaikan pendapatnya bahawa pembentukan perkataan sebagai gabungan yang mengandungi imbuhan.
PERKEMBANGAN LINGUISTIK ZAMAN ARAB

            Perkembangan bahasa berkembang pesat pada zaman ini disebabkan Eropah mengalami zaman yang gelap. Baghdad menjadi sebuah pusat mengembangan ilmu yang termasyur di dunia ketika itu. Sarjana Islam dan ahli fikir  yang lahir ketika zaman itu menumpukan kajian dengan menjadikan Kitab Al-Quran sebagai sumber rujukan. Hasilnya ilmu fonetik semakin pesat lebih-lebih lagi dalam usaha mereka mengembangkan ilmu yang terkandung dalam kitab suci itu.

            Antara tokoh yang membuat pembaharuan dalam bidang bahasa ketika zaman itu ialah;
 

Al-Khalil

            Al-Khalil merupakan seorang ahli leksikografi iaitu seorang yang pakar dalam bidang pembuatan kamus. Beliau yang hidup dari tahun 718 masihi hingga 786 masihi telah membuat kajian bahasa dari segi makna, perkembangan, fungsi dan cara menggunakannya serta cara menyebutnya dan maklumat lain yang bertujuan untuk dihimpunkan dan disusun dalam bentuk buku yang mudah dirujuk ( kamus ).

            Dalam proses pembuatan kamus itu, beliau telah mula mendekripsi bunyi-bunyi bahasa arab dengan memilih bunyi-bunyi konsonan sahaja. Beliau beranggapan bunyi-bunyi konsonan adalah tetap berbanding bunyi vokal yang sering berubah-ubah mengikut situasi pengucapan seseorang. Ayat-ayat yang disusun mengandungi 2 unsur penting iaitu amnah ( benda ) dan khabar ( cerita ). 

            Idea menghasilkan kamus pada ketika itu telah membuka ruang untuk pengkaji bahasa-bahasa di seluruh dunia menghasilkan kamusnya sendiri dan penggunaannya kamus masih kekal hingga ke hari ini.
PERKEMBANGAN LINGUISTIK ZAMAN INDIA

            Pada zaman India, bahasa Sanskrit telah digunakan secara meluas. Bahasa ini merupakan bahasa paling tua di dunia dan menjadi bahasa rasmi di India hingga ke hari ini. Penggunaannya secara meluas telah memberikan kesan yang besar dalam perkembangan linguistik pada zaman itu. Bahan-bahan kajian bahasa yang menggunakan Bahasa Inggeris sebelum ini telah berubah kepada Kitab Rig-Veda iaitu sebuah kitab suci agama Hindu yang dipenuhi mentera-mentera memuji dewa-dewa. Kajian dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis adalah lebih baik berbanding pada zaman Yunani. Tokoh pada zaman India ialah;

Padini

            Padini telah memberikan sumbangan dalam bidang linguistik  dengan menghasilkan buku sanskrit bertajuk Astadhyayi. Ia merupakan sebuah buku tatabahasa dalam bahasa sanskrit yang mengandungi 400 huraian yang merangkumi bidang linguistik iaitu bunyi, tatabahasa dan makna.

            Sepanjang penglibatannya dalam bidang pengkajian bahasa, beliau telah membuat 2 deskripsi iaitu untuk ayat suci dan untuk penggunaan umum. Bunyi vokal panjang pendek diperkenalkan. Selain itu, beliau telah mengkaji dan mewujudkan unsur jeda dalam penyebutan perkataan. Unsur ini masih kekal penggunaannya dalam pengkajian bahasa hingga ke hari ini.


PERKEMBANGAN LINGUISTIK ZAMAN MODEN

            Pada abad ke 20, kajian linguistik lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik huraian. Kajian yang dijalankan lebih bersistematik. Antara tokoh terkenal dalam bidang linguistik zaman moden ialah;

Ferdinand de Saussure

            Beliau merupakan seorang yang berketurunan Swiss dan dicatatkan dalam sejarah telah memberikan sumbangan dalam bidang linguistik antara tahun 1857 hingga 1913. Melalui pandangan-pandangan yang dimuatkan dalam karyanya bertajuk Course de Linguistique Generale,beliau telah digelar sebagai Bapa Linguistik Moden.

            Pada tahun 1878, beliau telah menghasilkan tulisan mengenai sistem vokal primitif dalam bahasa prono India-Eropah.  Beliau telah membezakan kajian secara sinkronis dan diakronis. Sinkronis adalah kajian sesuatu bahasa itu pada satu-satu masa tertentu manakala diakronis adalah kajian mengenai perkembangan dan sejarah yang dilalui oleh satu-satu bahasa itu. Beliau juga telah membuat kajian perbandingan antara langue iaitu bahasa dan parole iaitu loghat.

F.Boas

            F.Boas juga merupakan tokoh penting dalam sejarah perkembangan linguistik pada zaman moden. Beliau telah menghasilkan penulisannya pada tahun 1971 yang diberi nama Handbook of the American Languages. Dalam karyanya, beliau telah menerangkan bagaimana untuk mendekripsi bahasa. Beliau merasakan amat perlu diwujudkan satu sistem deskripsi yang boleh digunapakai untuk semua bahasa yang ada di dunia ini. Sejak itu, semua bahasa di pelusuk dunia ini boleh dipelajari dan dikuasai oleh semua.
0 Responses

Post a Comment