LAMAN CIKGU BAHRI

PdPR AHAD 1.8.2021

BM Tahun 6


Langkah Pembelajaran :

1. Baca dan fahami nota tentang karangan dialog di bawah.

PENGENALAN  

  • Karangan jenis dialog, biasanya melibatkan dua orang atau lebih yang berbual atau berbincang tentang sesuatu perkara.


  • Karangan jenis ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu 

       a)dialog atau perbualan.

       b)Wawancara atau temuramah.


  • Sebelum menulis karangan ini anda harus memahami kehendak soalan mencari isi penting dan menentukan jalan ceritanya terlebih dahulu.


  • Dalam karangan dialog, kedua-dua pihak harus saling bertanya atau memberikan jawapan, dan memberikan pendapat.


  • Untuk menulis temuramah pula, pihak yang menemuramah akan mengemukakan soalan dan yang ditemuramah akan menjawab soalan yang diajukan.


  • Pastikan anda menggunakan kata ganti diri yang sesuai dengan watak dan situasi dialog tersebut. Contohnya jika orang yang diajak berbual lebih berumur, gunakan panggilan “Encik”, “Tuan” ,atau “Pak cik”.

  • Gunakan tanda bacaan yang sesuai (noktah, koma, tanda soal) mengikut jenis ayat seperti ayat penyata, ayat seru atau ayat tanya.

  • Tidak digalakkan menggunakan kata singkatan seperti “kan”, “tak”, dan “tidak”.


  • Penggunaan bahasa kiasan dan peribahasa adalah digalakkan supaya dialog lebih menarik.

2. Contoh soalan:

Seorang kawan kamu telah mendapat kecemerlangan dalam akademik. Kamu berbual-bual dengan rakan kamu itu untuk mengetahui tentang rahsia kejayaannya. Tulis perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.

3. Contoh Isi Karangan :


4. Tuliskan karangan dialog berpandukan isi karanganyang telah anda baca di atas. Anda boleh gunakan isi di atas untuk menuliskan karangan tersebut. Gunakan buku P2 (Penulisan 2).

5. Hantarkan tugasan yang telah lengkap dalam Google Classrom.


# anda boleh merujuk contoh-contoh karangan
 melalui mana-mana sumber seperti buku-buku atau dengan melayari internet seperti pautan di bawah;





0 Responses

Post a Comment