LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR KHAMIS 26.8.2021

TAHUN 6

LANGKAH PEMBELAJARAN

1. Teliti maklumat yang terdapat dalam Buku Teks BM Tahun 6 m/s 134. Baca dan fahami meklumat tersebut.


2. Bina ayat berpandukan gambar dan maklumat yang dipaparkan itu. Gunakan kata nama am dan penjodoh bilangan yang sesuai dalam ayat-ayat tersebut.

3. Tuliskan ayat-ayat yang telah anda bina itu dalam perenggan. Gunakan buku P2.

4. Hantarkan tugasan anda dalam Google Classroom kelas anda.






LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR ISNIN 23.8.2021

LANGKAH PEMBELAJARAN

1. Rujul buku teks RBT Tahun 5 m/s 47 dan 48



2. Tonton dan fahami video pengajaran melalui pautan di bawah

https://youtu.be/lzg_hVbg0Rw

3. Jawab soalan kuiz melalui pautan di bawah. Hantarkan screenshot markah yang anda perolehi dalam Google Classroom. 

https://wordwall.net/ms/resource/18421020/212-mengesan-dan-membaiki-ralat-yang-terdapat-dalam-pseudokod


LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR Ahad 22.8.2021

Tahun 6

Langkah Pembelajaran 

1. Baca dan fahami kandungan Buku Teks RBT Tahun ms 50.

2. Lukis dan tuliskan nama alatan penanaman di atas di dalam buku tulis RBT anda.




LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR  Khamis 19.8.2021 dan AHAD 22.8.2021

TAHUN 6

Langkah Pembelajaran:

1. Teliti gambar yang terdapat di dalam Buku Teks BM Tahun 6 m/s 144. 


2. Soalan :

Gambar di atas merupakan aktiviti gotong-royong. Bina 5 ayat lengkap tentang aktiviti dalam gambar tersebut.

Langkah 1

Cuba anda senaraikan aktiviti yang dilakukan dalam gambar di atas.

Antara aktiviti yang terdapat dalam gambar ialah :

a) ___________________________________

b) ___________________________________

c) ___________________________________

d) ___________________________________

e) ___________________________________

f) ___________________________________

g) ___________________________________

h) ___________________________________


Langkah 2

Bina 5 ayat gramatis berpandukan aktiviti yang telah anda tentukan itu.

1. __________________________________________________________________________________________________________

2. __________________________________________________________________________________________________________

3. __________________________________________________________________________________________________________

4. __________________________________________________________________________________________________________

5. __________________________________________________________________________________________________________

LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR RABU 18.8.2021

TAHUN 6

OBJEKTIF: Menyatakan isi tersurat dan isi tersirat

Kemahiran : Menuliskan ulasan lengkap berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.

Langkah Pembelajaran:

1. Baca dan fahami gambar di bawah. Kemudian baca soalan yang diberikan.


Soalan :
Gambar menunjukkan langkah-langkah keselamatan ketika di jalan raya. Tuliskan ulasan lengkap tentang langkah-langkah keselamatan di jalan raya.

2. Kenalpasti isi tersurat dan tersirat berpandukan maklumat serta gambar dengan menuliskannya dalam jadual di bawah.


3. Kaedah Menuliskan Ulasan:

a) Pendahuluan

Gambar menunjukkan - TAJUK. Terdapat pelbagai cara untuk......

b) Gunakan penanda wacana yang sesuai


Antaranya termasuklah ..........................

c) Menuliskan isi

Isi tersurat .......... isi tersirat;


4. Tuliskan ulasan anda di dalam buku Penulisan 1. Hantarkan tugasan anda itu ke dalam Google Classroom kelas anda.








LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR Selasa 17.8.2021

Tahun 6

Langkah Pembelajaran:

1. Baca seni kata syair di bawah.

SYAIR SEMARAK MERDEKA

Semangat bangsa makin ketara

Ingat perjuangan pahlawan negara

Tanda sokongan tidak berkira

Bulat merdeka kita bicara


Renung sejenak sejarah merdeka

Di tangan penjajah pernah terleka

Rakyat lemah bermuram duka

Rebah menanggung amanah dan luka


Bangkit berjuang mengangkat senjata

Bermandi darah amanah di kota

Demi maruah negara tercinta

Semangat tak luntur walaipun lentang


Tersenyum bangga gagah berdiri

Janji merdeka sudah dipateri

Walaupun ramai terkorban ngeri

Malaysia bebas dari digari


Banggalah wahai si anak bangsa

Negara kini sudah selesa

Jangan dilupa yang buat jasa

Kenang mereka doa sentiasa


2. Tonton dan dengarkan alunan syair irama dodoi melalui pautan video di bawah

https://youtu.be/to_WXyl0vJI

3. Alunkan syair berpandukan seni kata syair yang telah anda baca dan video yang telah anda tonton. Buat latihan ini berulang kali bagi memastikan anda menguasai irama syair dodoi ini.

4. Tugasan : 

Hantarkan video rakaman anda  ke dalam Google Classroom ketika mengalunkan syair di atas. ( Anda perlu mengalunkan syair itu sekurang-kurangnya 2 rangkap)


5. ANTARA HASIL TUGASAN MURID

DARI KELAS 6 BESTARI

1. HAASHINIE A/P GOPAL KRISHNAN

https://drive.google.com/file/d/1gCuInMqq6BoAlARhMPt2oXOITHycm5PW/view?usp=sharing


2. VESHALLRAJ A/L LOGENDRAN

https://drive.google.com/file/d/179ll2as96jhhxlR1CJDoohQm7NIpbhAX/view?usp=sharing


3. KRISHA A/P M.VEKANANDAN

https://drive.google.com/file/d/1-H3yM4gnTbcPaffCgz-IZL_ykGnvycmR/view?usp=sharing


4. DISYA  A/P SURES

https://drive.google.com/file/d/165For1OsJzCJpvHK2S2ZN39Nc7xv6wAm/view?usp=sharing


5. SAMIKHA VEENA A/P  PUSPAKANTHAN

https://drive.google.com/file/d/16JW_fV2D_VqbApdMp6u_MgIh_Ii6uuye/view?usp=sharing


6. AREESHA SABREENA NAIR 

https://drive.google.com/file/d/1PyNALhLoQpLC4Yh1o90B-LvaPaX-L2Xa/view?usp=sharing



7. MUHAMMAD RIFQI BIN MOHD ARIF




DARI KELAS 6 CERDIK


1. NURANISA HUSNA BINTI MOHD ANIS




3. ALVIN TITUS NAIR

4. MUHAMAD HAIKAL BIN MOHD LAZIM






LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR ISNIN 16.8.2021

TAHUN 5

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Tonton video pengajaran melalui pautan di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=zKXquIgmPE8

2. Rujuk buku teks RBT m/s 45. Baca dan fahami.


3. Buat latihan di bawah. Anda boleh menyalin atau mencetaknya sebelum menampalkannya ke dalam buku latihan RBT anda. 


4. Hantarkan gambar tugasan anda yang telah siap ke dalam Google Classroom anda.

Selamat Belajar.




LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR AHAD 15.8.2021

RBT TAHUN 6

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Rujuk Buku Teks RBT Tahun 6 m/s 53. Baca dan fahami kandungan yang terdapat di situ.


































2. Salin dan jawab soalan di bawah.

A) Ciri-ciri anak benih yang sihat untuk diubah ke dalam raga tanaman ialah :

1. ___________________________________________________

2.____________________________________________________

3.____________________________________________________

4.____________________________________________________

5.____________________________________________________

B) Mengapakah pertumbuhan anak benih terbantut?

______________________________________________________

______________________________________________________

LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR AHAD15.8.2021

TAHUN 6

TEMA 8 - DAMAINYA BUMIKU

Langkah Pembelajaran:

1. Rujuk Buku Teks BM Tahun 6 m/s 125. Deklamasikan dan fahami sajak tersebut. Contoh - https://www.youtube.com/watch?v=nAIyUHvX6YM





2. Menyebut dan menuliskan  maksud sajak :

a) Rangkap 1:
Penyajak mengharapkan bumi ini terus terpelihara dan tidak akan membiarkan ianya musnah dengan pencemaran bahan-bahan kimia.


a) Rangkap 2:
Penyajak juga berharap agar bumi ini selamat bersama semua makhluk yang terdapat di dalamnya. Sisa makanan yang dijadikan bahan organik akan menjadikan bumi ini terpelihara.


a) Rangkap 3:
Manusia semakin sedar dan perhatin kepada bumi. Oleh itu manusia telah _____________________________________


a) Rangkap 4:
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________

a) Rangkap 5:
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________

3. Tuliskan maksud sajak di atas di dalam buku BM 2 dan hantarkan tugasan lengkap anda ke dalam Google Classrom kelas anda.

Selamat belajar.




LAMAN CIKGU BAHRI

PdPR  BM

AHAD 8.8.2021 - 6 Bestari

PdPR RABU 11.8.21 - 6 Cerdik


Langkah Pembelajaran;

A). Baca dan fahami nota di bawah.

Apakah Penanda Wacana?

Penanda wacana ialah kata atau rangkai kata yang menghubungkan ayat.

Penanda wacana digunakan dalam perenggan yang sama atau perengan yang baru  supaya ayat-ayat menjadi lebih teratur dan  mempunyai kesinambungan antara satu

 perenggan dengan perenggan yang  seterusnya.

 

Contoh penanda wacana seperti berikut:

1.  Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

2.  Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

3.  Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

4.  Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

5.  Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

6. Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

7. Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

8. Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

9.  Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

10. Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

 

B) Salin contoh-contoh penanda wacana di atas ke dalam buku BM 1 anda dan hantarkan tugasan anda yang telah siap melalui Google Classroom kelas anda.


PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM AYAT

PdPR Khamis 12.8.2021 (sambungan pembelajaran lepas)

C) Baca dan fahami penggunaan penanda wacana dalam contoh-contoh ayat melalui pautan di bawah;

http://cikgunikfaizul.blogspot.com/2014/05/penanda-wacana.html


D) Uji minda : Mari jawab kuiz melalui pautan di bawah;

  https://wordwall.net/ms/resource/1756760/penanda-wacana


E) Latihan bertulis;

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan penanda wacana yang paling sesuai. 

1. Sudah beberapa kali permohonan pinjaman Encik Chai Hock ditolak. _________________, masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk menjalankan perniagaan.  

2 .Puan Yusnita meletakkan piring kuih itu di atas meja. _______________, dia pun mempersilakan tetamunya menjamu selera.  

3. Pertandingan bercerita akan diadakan tidak lama lagi. _____________, para peserta yang akan mengambil bahagian perlu berlatih dengan gigih.  

4. Pihak penguatkuasa sering mengadakan rondaan di kawasan itu. _____________, masih ada peniaga yang tidak menjaga kebersihan gerai mereka.  

5. Mula-mula, saya akan mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Malaysia. _______________, saya akan mengulang kaji mata pelajaran Matematik pula.  

6. Tabiat merokok membahayakan kesihatan kita. _________________, tabiat tersebut perlulah kita hindarkan.  

7. Kira-kira lima tahun yang lalu, Puan Sunita pernah menjadi mangsa ragut. ____________, dia takut untuk berjalan seorang diri di bandar.

8 .Saya suka melancong di dalam negara kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik. ________________, melancong di dalam negara dapat menjimatkan belanja.

9 .Rafik tidak mengendahkan nasihat ibunya supaya dia berjimat cermat. ________________, dia bertambah kerap mengunjungi pusat-pusat hiburan bersama-sama dengan rakan-rakannya.


10 .Wahida sangat lemah dalam mata pelajaran Matematik. _______________ ________________, ibu bapa Wahida telah menghantar anaknya itu mengikuti kelas tuisyen.

 





LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR KHAMIS 5.8.2021

RBT TAHUN 5

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Baca dan fahami kandungan dalam Buku Teks RBT Tahun 5 m/s 40. (ulangan pembelajaran minggu lepas)

2. Baca, fahami dan salin nota di bawah ke dalam buku tulis anda. Gunakan kreativiti anda dalam menghasilkan nota anda itu.









3. Hantarkan tugasan anda yang telah lengkap ke dalam Google Classroom RBT kelas anda.

Selamat Melaksanakan Tugas.