LAMAN CIKGU BAHRI

 PDPR KHAMIS 30.9.2021

PdP ISNIN 20.4.2022

Objektif - Menggunakan kata bilangan dengan tepat dalam ayat yang dibaca.

Kretiria Kejayaan - Mengisi 5 tempat kosong dengan kata bilangan yang betul dalam ayat yang dibaca.


Langkah Pembelajaran:

1. Tonton video pengajaran melalui pautan di bawah;

https://youtu.be/slWn76n4H7k

2. Baca dan fahami nota berkaitan penjodoh bilangan di bawah.

# Anda juga boleh rujuk nota mengenai penjodoh bilangan melalui pautan di bawah;


3. Mari kita uji minda dengan kuiz di bawah.


4. Isikan tempat kosong di bawah dengan kata bilangan yang betul.


4. Tuliskan latihan di atas di dalam buku BM 1. 

Latihan Pengayaan :
Senaraikan penjodoh bilangan serta contohnya berpandukan gambar di bawah;


Selamat Belajar.






LAMAN CIKGU BAHRI

 PDPR SELASA 28.9.2021

Langkah Pembelajaran:

1. Teliti dan fahami gambar di bawah.


2. Bina 5 ayat berpandukan graf di atas.

3. Hantarkan tugasan anda yang telah lengkap dalam Google Classroom.


LAMAN CIKGU BAHRI

 PDPR ISNIN 27.9.2021

Tahun 5 Cerdas.

Langkah Pembelajaran:

1. Baca dan fahami nota berkaitan kebaikan pertanian bandar.








2. Tugasan :
Salin nota di atas dalam buku tulis RBT anda. Tuliskan tajuknya KEBAIKAN PERTANIAN BANDAR. 
 Anda juga boleh cetak dan tampalkan nota tersebut.

3. Hantarkan gambar tugasan yang lengkap dalam Google Classroom RBT kelas anda.


LAMAN CIKGU BAHRI

 PDPR KHAMIS 23.9.2021

KEMAHIRAN : Menuliskan karangan cerita

Langkah Pembelajaran :

1. Baca dan fahami soalan karangan di bawah.

Semasa anda pulang dari sekolah, anda telah ternampak seorang rakan anda terlibat dalam kemalangan. Ceritakan tindakan anda.

2. Anda boleh gunakan isi-isi di bawah untuk menuliskan karangan anda itu.



3. Tuliskan karangan anda selengkapnya. Gunakan buku P2 untuk menyiapkan tugasan ini.

4. Hantarkan tugasan anda yang lengkap dalam Google Classroom.


LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPr RABU 22.9.2021 dan AHAD 26.9.2021 - Tahun 6

Langkah Pembelajaran:

1. Rujuk Buku Teks BM m/s 102. Baca dan fahami kandungannya.


2. Bina ayat berdasarkan perkataan-perkataan yang diberi dengan menggunakan kata hubung yang sesuai .

3. Tuliskan ayat-ayat yang anda bina itu dalam bentuk perenggan. Gunakan Buku BM 2 .

4. Screenshot tugasan ada dan hantarkan dalam google classroom.

5. Aktiviti cabar minda. Jawab kuiz melalui pautan di bawah.

https://wordwall.net/ms/resource/18845043/kata-hubung-tahun-6

LAMAN CIKGU BAHRI

 PDPR :

 KHAMIS 9.9.2021

 AHAD 19.9.2021

SELASA 21.9.2021 (sambungan)


LANGKAH PEMBELAJARAN:

1) Baca dan fahami nota di bawah.

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan,

atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif.

 

Jenis Kata Adjektif

1. Kata adjektif sifatan / keadaan

   Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat,  

   lemah, kasar, jahat, licin, garang, buas, condong

 

2. Kata Adjektif Warna

   Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu

 

3. Kata Adjektif Ukuran

   Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil,   

   tebal, panjang, kecil

 

4. Kata Adjektif Bentuk

   Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat,  

   lekuk, bengkok

 

5. Kata Adjektif Jarak

   Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris

 

6. Kata Adjektif Waktu

   Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,

 

7. Kata Adjektif Perasaan

   Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu,  

   marah, sayu, sedih, pilu

 

8. Kata Adjektif Cara

   Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah,   

   sering

 

9. Kata Adjektif Pancaindera

   Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu,  payau, kelat, masin, masam, nyaring, gemersik


2) JAWAB SOALAN DI BAWAH.

Keropok ubi kayu itu menjadi __________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara.

A kuat                          C lemau

B tajam                         D garing

 

Perabot yang dijual di kedainya itu dibuat daripada kayu __________ yang

diimport.

A nipis                                     C kesat

B tebal                         D keras

 

3. "Kamu bukan tidak pandai, cuma __________ membaca buku", kata Cikgu Siti.

A bijak                           C cerdik

B malas                        D pandai

 

Janganlah __________ bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu selesaikan.

A asyik                         C sering

B tekun                        D kurang

 

Karipap yang digoreng menggunakan minyak yang berbau ____________ tidak sedap untuk dimakan.

A hangit                       C busuk

B tengik                       D basi

 

Ah Meng terpaksa bercakap dengan nada yang _______ kerana ayahnya mengalami masalah pendengaran.

A kuat                          C tinggi

B kasar                        D kesat

 

Akar seruntun memang terkenal dengan rasanya yang __________.

A pahit                         C masam

B masin                        D manis

 

Asap ________________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran.

A tebal                         C berkilat

B nipis                                     D berwarna

 

Keadaan Pantai Teluk Cempedak yang agak ______ itu membahayakan anak-anak yang bermain di situ.

A pantai                       C dalam

B curam                       D rendah

 

10 Nasi yang dimasak oleh nenek terlalu___________.

A mentah                                 C hangit

B lembik                                   D tengik

 

11 Farisha __________ tinggal sendirian kerana ahli keluarganya yang lain pergi

membeli-belah.

A aneh                                      C buruk

B boros                                    D bosan


12 Puan Maisarah menyediakan makanan yang ____________ untuk keluarganya.

A elok                          C hebat

B lazat                          D basi

 

13 Walaupun harga barang-barang di kedai itu ________ namun pelanggannya

tetap ramai.

A murah

B tinggi

C mahal

D rendah

 

14 Ibu pulang dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang ________ dengan barang dapur.

A sarat

B sendat

C sumbat

D sendal

 

15 Biskut coklat yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ________ .

A rangup

B lemau

C rapuh

D hangit

 

16 Nasir kelihatan sungguh ________ setelah terjatuh ke dalam anak sungai.

A kesat

B basah

C comot

D compang

 

17 Puan Azura merupakan seorang ibu yang ________ menghadapi dugaan hidup .

A kuat

B patuh

C cekal

D berani

 

18 Hazwani berasa ________ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran

ke luar negara ditolak .

A kesian

B hampa

C hancur

D resah


19 Abang melarang kami bermain berhampiran dengan tasik yang __________ itu.

A jauh

B cetek

C dalam

D dangkal

 

20 Orang __________ itu menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya.

A kaya                          C cerdik

B papa                         D peramah


3) Jawab kuiz online melalui pautan di bawah.

https://wordwall.net/ms/resource/18758762/kata-adjektif


4) Screenshoot markah kuiz anda itu dan hantarkan dalam google classroom.





LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR RABU 8.9.2021 ( 6 CERDIK) dan 9.9.2021 (6 Bestari)

BM TAHUN 6

LANGKAH PEMBELAJARAN 

1. Rujuk Buku Teks BM Tahun 6 m/s 150. Baca dan fahami petikan. 


2. Baca juga kata adjektif dan kata penguat yang terdapat dalam halaman tersebut.

3. Untuk 6 Cerdik : Bina ayat berpandukan kata adjektif dan kata penguat itu di dalam buku BM 1. 

Untuk 6 Bestari - Sambung cerita tersebut menggunakan kata adjektif dan kata penguat itu. Gunakan BM 1.

4. Screenshot hasil kerja anda dan hantarkan dalam gc.


CONTOH (menyambung cerita)