LAMAN CIKGU BAHRI
BAHASA ISTANA MAKSUD / TAFSIRAN
Almarhum Allahyarham
ampun kurnia maaf
anugerah beri; hadiah
baginda dia (rakyat menyapa raja)
beradu tidur
berangkat berlepas; bertolak
mencemar duli berjalan; pergi ke
berkenan sudi / suka akan
berputera melahirkan anak lelaki
bersabda berkata
bersiram mandi
bertitah berkata/menyuruh
beta saya (raja)
daulat bahagia
gering sakit
hari keputeraan hari jadi seseorang
hulu kepala
iram-iram payung
kaus kasut
kurnia beri; hadiah
mahkota topi
makam kubur
mangkat meninggal dunia
menghadap menjumpai
murka marah
patik saya (rakyat menghadap raja)
peraduan tempat tidur
permaisuri isteri baginda
putera anak lelaki baginda
puteri anak perempuan baginda
santap makan
semayam duduk; tinggal
sembah memberi salam
singgahsana kerusi
titah kata; perintah
LAMAN CIKGU BAHRI
Karangan Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara

·         terbahagi kepada dua jenis:
i. Dialog dan Perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa
  seperti bertanya khabar dan perbualan menerusi telefon.)
ii. wawancara dan temu ramah  ( lebih kepada perbualan rasmi,
  pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu  
  sesuatu perkara )
·         setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih
·         sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang. Lihat contoh :
Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebelum beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah tersebut.
·         Format karangan ini
nama watak ditulis selari di sebelah kiri
selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari
contoh :
Nama A    :   Assalamualaikum, Makcik.
Nama B    :   Waalaikummussalam
Nama A    :   Apa khabar Makcik ?
Nama B    :
·         Mulakan perbualan dengan ucap selamat
·         Perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan “Encik”, “Tuan”, ataupun “Makcik”
·         pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan ditulis     untuk bahan temuramah / dialog.
·         boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ‘tak’ , ‘dah’, 'nak' dan lain-lain
·         soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
·         Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
·         elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”.
·         soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
·         kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
·         tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
·         mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
·         soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh

·         Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.


Contoh Soalan
Kawan kamu selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Kamu berbual-bual dengan rakan kamu itu untuk mengetahui tentang rahsia kejayaannya. Tulis perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.

Rangka karangan.

Pendahuluan
Bertanyakan khabar.
-Elakkan berbual-bual.
-Sedang menyiapkan latihan.
Idea
1)Memberi tumpuan ketika di dalam kelas.
-Elakkan berbual-bual.
-Bertanyakan guru jika tidak faham.

2)Di rumah, membaca nota yang diberi oleh guru.
-Maklumat kekal diingatan,
-Membuat nota kecil.
3)Ayah sentiasa membeli buku ulang kaji.
-Membuat latihan ketika ada waktu terluang.
-Dilakukan pada hari minggu.

4)Menghadiri kelas tuisyen.
-Kelas dari jam 8.00 malam hingga 9.30 malam.
-Memantapkn ilmu pengetahuan.

Penutup
Mengucapkan penghargaan kerana sudi berbual.
-Berjaya kerana gigih belajar.
-Boleh berjaya jika rajin belajar.
LAMAN CIKGU BAHRI
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Razak  : Apa khabar, Roslan ?
Roslan : Beransur baik sekarang. Cuma badan saya masih
              lemah dan tiada selera   untuk makan.          
Razak  : Saya datang ni  nak  melawat awak kerana sudah
             dua har awak tidak datang  ke sekolah.        
Roslan : Terima kasih, Razak kerana ambil berat mengenai
              saya.Sebenarnya sudah dua hari saya demam dan
        selesema.Ibu menasihati saya agar tidak ke   
        sekolah kerana bimbang penyakit saya ini akan    
              berjangkit  kepada kawan-kawan yang  lain.
Razak  : Betul tindakan  ibu awak itu kerana selesema
              memang mudah berjangkit.Saya dapat tahu awak
              tidak sihat melalui guru kelas kita.Ibu awak yang  
              menelefon pihak sekolah dan memaklumkan
              kepada pihak sekolah bahawa awak tidak sihat.
             Adakah  awak sudah  mendapatkan rawatan  
             daripada doktor ?               
Roslan : Sudah. Saya  telah  pergi  ke  klinik semalam  
              bersama-sama dengan ayah dan  ibu saya.           
Razak  : Baguslah  kalau dah pergi tetapi  jangan  lupa  
              makan ubat yang  diberi.
Roslan : Baiklah, terima kasih atas nasihat awak.
Razak  : Bagaimana dengan kawan-kawan yang lain?
Roslan : Kawan-kawan yang lain seperti biasa, cuma Cikgu 
             Zakaria mengingatkan  kita supaya   mengulang
             kaji pelajara kerana peperiksaan percubaan UPSR
             akan diadakan  tidak  lama lagi.

 Salin soalan di bawah dan tuliskan jawapannya dengan lengkap.

  1. Perkataan   ambil berat dalam  petikan  adalah sinonim
dengan perkataan ....................................................

  1. Siapakah yang menelefon pihak sekolah untuk memaklumkan keadaan Roslan?.

  1. Apakah  nasihat yang telah disampaikan oleh  sahabat Roslan kepadanya?

  1. Adakah  langkah pencegahan yang telah diambil oleh ibu Roslan berkesan bagi mengawal jangkitan tersebut?. Mengapa?


LAMAN CIKGU BAHRI
Bina 5 ayat berpandukan gambar di bawah


LAMAN CIKGU BAHRI
Bina 5 ayat lengkap berpandukan gambar di bawah


LAMAN CIKGU BAHRI
Bina 5 ayat lengkap berpandukan gambar di bawah


LAMAN CIKGU BAHRI
Bina 5 ayat lengkap berpandukan gambar di bawah


LAMAN CIKGU BAHRI
Bina 5 ayat lengkap berpandukan gambar


LAMAN CIKGU BAHRI
Bina 5 ayat lengkap berpandukan gambar di bawah


LAMAN CIKGU BAHRI
Bina 5 ayat lengkap berpandukan gambar di bawah


LAMAN CIKGU BAHRI
Bina 5 ayatberpandukan gambar di bawah


LAMAN CIKGU BAHRI
Bina 5 ayat berpandukan graf di bawah


LAMAN CIKGU BAHRI
Bina 5 ayatlengkap berpandukan gambar di bawah


LAMAN CIKGU BAHRI
Bina 5 ayat lengkap berpandukan gambar di bawah


LAMAN CIKGU BAHRI
Bina 5 ayat lengkap berpandukan gambar di bawah


LAMAN CIKGU BAHRI
Bina 5 ayat lengkap berpandukan gambar


LAMAN CIKGU BAHRI
Bina 5 ayat lengkap berpandukan gambar di bawah


LAMAN CIKGU BAHRI

 Megat Zulkifli bin Megat Naziruddin. Beliau merupakan seorang pengusaha gerai yang menjual juadah hidangan makan tengah hari. Gerai yang dimaksudkan terletak berhampiran kawasan taman perumahan dan deretan rumah kedai di daerah Manjung. Gerai makanannya juga terletak bersebelahan dengan Pengkalan Tentera Laut Lumut. Beliau seorang peniaga yang cekal dan gigih berusaha. Setiap hari dia menyediakan lauk yang pelbagai jenis dan beraneka rasa untuk memenuhi selera para pelanggannya. Layanan perkhidmatannya juga cepat dan mesra pelanggan.

Gerainya tidak putus-putus dikunjungi oleh pelanggan yang memang gemar akan juadah yang disediakan. Pilihan makanan yang pelbagai, rasanya juga enak serta harga yang dikenakan amat berpatutan. Selain itu, persekitaran gerainya juga kemas dan bersih. Oleh sebab itu, gerai ini telah terpilih memenangi hadiah tempat pertama dalam “Pertandingan Gerai Terbersih Tahun 2017” bagi daerah Manjung. Justeru, faktor ini menjadi daya tarikan kepada para pelanggan dan orang ramai singgah menjamu selera di gerainya.

Pendapatan hasil perniagaannya bertambah dari sebulan ke sebulan. Namun, beliau tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatannya dalam bank. Duit perniagaan itu jugalah yang digunakan bagi menyara isteri dan lima orang anaknya yang masih belajar. Setelah lima tahun menjalankan perniagaan, beliau berhasrat untuk memperbesar perniagaannya

Encik Megat Zulkifli mempunyai impian dan bercita-cita untuk membeli sebuah rumah kedai bagi dijadikan restoran. Hasratnya tercapai apabila pinjaman yang dipohonnya diluluskan oleh pihak pengurusan bank. Kini, beliau sudah memiliki tiga buah restoran. Ketiga-tiga buah restorannya terletak di pekan Sitiawan, Teluk Batik dan Pulau Pangkor. Usahanya yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan sentiasa bertawakal, menjadikannya seorang peniaga yang berjaya dan memperoleh pendapatan yang lumayan sekali. Bak kata pepatah Melayu, “Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.

1.
Encik Megat Zulkifli bin Megat Naziruddin memulakan perniagaannya di
A
pekan Lumut.
B
pekan Sitiawan.
C
pekan Teluk Batik.
D
pekan Pulau Pangkor.

2.
Mengapakah kita digalakkan menyimpan
sebahagian daripada pendapatan kita di bank?
A
Supaya kita boleh membuka restoran yang baharu
B
Supaya kita mudah membuat pinjaman dengan pihak bank
C
Supaya wang kita selamat dan boleh digunakan ketika perlu
D
Supaya orang ramai tahu yang kita golongan orang yang berharta

3.
Berikut adalah antara nilai murni yang boleh dijadikan contoh teladan berdasarkan petikan tersebut, kecuali
A
berjimat cermat dalam berbelanja.
B
menyediakan menu mengikut harga makanan.
C
cekal dan gigih berusaha ketika melakukan sesuatu.
D
mengamalkan budaya bersih dan kemas pada setiap masa.

4.
Peribahasa “Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” bermaksud
A
kulit rumbia perlu dibuang dahulu sebelum mengambil isinya.
B
seseorang itu mesti bersih dan kemas untuk mendapatkan hadiah.
C
kita perlu membuat pinjaman bank supaya berjaya dalam perniaga.
D
cita-cita kita tidak akan tercapai sekiranya tidak berusaha dengan gigih.