LAMAN CIKGU BAHRI
 
Tonton video di atas dan jawab soalan-soalan berikut.
 
1) Apakah tajuk lakonan cerita dalam video di atas?
 
2) Siapakah watak-watak yang ada dalam lakonan cerita tersebut?
 
3) Siapakah yang mengejut Mak Tom daripada tidurnya?
 
4) Sebutkan simpulan bahasa yang terdapat dalam lakonan cerita itu.
 
5) Pada pendapat anda, apakah kesudahan cerita itu?
 
6) Senaraikan nilai murni yang anda ketahui melalui lakonan cerita itu.
 
 
 
LAMAN CIKGU BAHRI
 
MELODI
       - Susunan pic secara melintang.
· Susunan pic tinggi,rendah dan sederhana
· Pic boleh bergerak menuju kearah tinggi,rendah dan mendatar - jeda
· Pic boleh bergerak secara bertangga atau melompat - skel
· Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan anatara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic – frasa lagu
· Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu
· Pic boleh disusun secara berurutan – sekuens
· Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah lagu – nada
 
 
IRAMA
 
Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsuremasa dalam muzik.
· Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil - detik
· Setiap beat dan rehat mempunyai nilai samada panjang atau pendek – not dan tanda rehat
· Kumpulan beat membentuk tanda masa/meter
· Beat-beat mempunyai tekanan – accents
· Gabungan not/beat membentuk corak irama yang berkaitan dan atau berulang-ulang –corak irama,ostinato,rentak
 
BENTUK

Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton – motif.
· Gabungan siri pic-pic menghasilkan satu ide muzik - frasa
· Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu ide muzik yang lebih besar – seksyen,koras,rangkap
· Segmen muzik (motif,frasa,seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan
· Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan – intro,koda
HARMONI

Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menegak dan dinyanyikan/dimainkan serentak
1. dua pic boleh dibunyikan serentak – jeda
2. gabungan 3 atau lebih pic dimainkan serentak – triad,kord
3. dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabung dan dibunyikan serentak –round,polifoni,deskan,kaunter melodi
4. iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni – kord iringan,homofoni

WARNA TON
1. bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber yang mempunyai cirri-ciri yang tersendiri– alat,suara manusia,binatang,kenderaan,alam semulajadi
2. sesuatu bunyi-bunyian yang mempunyai mutu berlainan dan memberi satu gambaran atau ide yang tersendiri – garau,kasar,pipih,nyaring
3. hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri yang dibuat daripada bahan-bahan tertentu,cara dibuat dan dibunyikan –soprano,alto,bes,alat membranofon(gendang),aerofon(tiupan), kordofon(bertali) dan idiofon

EKSPRESI
Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang menghasikan satu ekspresi ide muzik
1. sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut
2. satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur –crescendo,diminuendo
3. sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan,dilicinkan dan dipendekkan secara beransur –sustain,legato.staccato
4. sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan
5. sesebuah lagu/muzik mempunyai cirri-ciri tersendiri – mud (riang,sedih,cergas)



 TEKSTUR/JALINAN
Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi bunyi yang didengar
1. sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau tebal atau banyak –solo,duet,trio.quartet,okestra
2. ia ditentukan oleh pembentukan harmoni – monofoni,homofoni,polifoni