LAMAN CIKGU BAHRI

PdPR KHAMIS 20.5.2021

TAHUN 6

KATA GANDA

Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.

Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu : 

1) Kata ganda seluruh / penuh

2) Kata ganda separa

3) Kata ganda berentak/berima

4) Kata ganda berimbuhan

 

KATA GANDA SELURUH/PENUH

Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.

Contoh kata ganda seluruh  iaitu: 

KATA NAMA

KATA KERJA

KATA ADJEKTIF

Buku-buku

Pusing-pusing

Cantik-cantik

Murid-murid

Geleng-geleng

Panjang-panjang

Meja-meja

Gelak-gelak

Merah-merah

Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.

PENGANDAAN

MAKNA JAMAK

MAKNA TUNGGAL

Api-api

Banyaknya api

Sejenis serangga

Kuda-kuda

Banyaknya kuda

Kayu penyangga

Anak-anak

Banyaknya anak

mainan

 

KATA GANDA SEPARA

Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya.  Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf  e .Contoh :

KATA DASAR

KATA GANDA

KATA GANDA SEPARA

Layang

Layang-layang

Lelayang

Kuda

Kuda-kuda

Kekuda

Tupai

Tupai-tupai

Tetupai

Siku

Siku-siku

Sesiku

Bola

Bola-bola

Bebola

Jari

Jari-jari

Jejari

Langit

Langit-langit

Lelangit

 Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini seperti pepejal, cecair, tetuang dan sesendi.


KATA GANDA BERIMA/BERENTAK

Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.

Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:

JENIS KATA GANDA

CONTOH

CONTOH AYAT

Persamaan bunyi di hujung

Kuih-muih, lauk-pauk

Kuih-muih itu terhidang di atas meja

Persamaan bunyi di pangkal

Batu-batan, bukit-bukau

Aktiviti gotong-royong akan diadakan esok

Persesuaian bunyi keseluruhan

Kusut-masai, simpang-siur

Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin.

 

KATA GANDA BERIMBUHAN

Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran.  Contoh :

IMBUHAN

CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN

Awalan

Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat

Apitan

Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya

Sisipan

Tulang-temulang,turun-temurun, gilap-gemilap

Akhiran

Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan


 UJI MINDA

Jawab soalan kuiz melalui pautan di bawah.

1) https://gengsekolah.com/kuiz-kata-ganda-tahun-6/

2) https://app.quizalize.com/view/quiz/tatabahasa-kata-ganda-berentak-a48b7226-39a2-4493-9ae6-944ffe63a48c

Selamat Belajar  


 

0 Responses

Post a Comment