PdP SELASA 24.5.2022
11.50 am - 12.50 pm - 6 Bestari
STANDARD KANDUNGAN :
LANGKAH PEMBELAJARAN
1. Mari kita bersenam.
https://www.youtube.com/watch?v=6ONRnrfdiS8
2. Gambar di bawah merupakan aktiviti gotong-royong di sebuah taman permainan. Senaraikan aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut.
3. Bina ayat majmuk berpandukan gambar di atas menggunakan kata hubung yang sesuai.
Ayat Majmuk
1. Ayat majmuk ialah
~ ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal.
~ menggunakan kata hubung
Contoh :
a) Pak Hamid memotong rumput. (ayat tunggal)
b) Encik Ali menyapu sampah. (ayat tunggal)
c) Pak Hamid memotong rumput manakala Encik Ali menyapu sampah. (ayat majmuk)
2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu:
a) Ayat majmuk gabungan (menggunakan kata hubung gabungan)
b) Ayat majmuk pancangan (menggunakan kata hubung pancangan)
c) Ayat majmuk campuran (menggunakan kata hubung berpasangan)
4. Tuliskan 5 ayat majmuk berpandukan aktiviti dalam gambar di atas.
Post a Comment