LAMAN CIKGU BAHRI


MAKSUD PENDEKATAN
Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2  m.s. 8
·         Pendekatan – jalan yang diambil

PENDEKATAN PENGAJARAN INDUKTIF
  • Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum/ rumus
  • Hukum diperolehi melalui pengumpulan maklumat.
  • Guru memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman
  • Guru memberikan contoh khusus sebelum murid-murid memberikan contoh lain yang sama prinsipnya.
  • Murid dibimbing mengkaji, mengenalpasti dan mentafsir maklumat untuk membuat kesimpulan.
  • Contoh sesuatu maklumat diberikan
  • Soalan disediakan – murid membuat kesimpulan
  • Deria pandang, dengar, hidu dan sentuh digunakan
  • Pengajaran dijalankan melalui peringkat;
a)    Peringkat pendedahan ( set induksi - perbualan, soaljawab, contoh )
b)    Peringkat pembentukan konsep ( murid memahami isi pelajaran )
c)    Peringkat membuat generalisasi ( tugasan – latihan bertulis individu / kumpulan
d)    Peringkat penutup ( rumusan , diberi latihan pengukuhan )
PENDEKATAN PENGAJARAN DEDUKTIF
  • Mempelajari sesuatu berdasarkan hukum.
  • Bermula daripada beberapa rumus, prinsip, hukum, teori/peraturan dan isi kandungan.
  • Proses pengajaran:
a)  Peringkat awal generalisasi ( rumus/tajuk pelajaran diberikan)
b)  Peringkat mengemukakan generalisasi  ( menerangkan isi pelajaran )
c)    Peringkat menganalisis konsep ( aktiviti untuk meningkatkan pemahaman murid)
d)    Peringkat membuat generalisasi ( aktiviti menggambarkan  tahap kebolehan murid)
e)    Peringkat penutup ( kesimpulan dan latihan pengukuhan )


PENDEKATAN PENGAJARAN EKLEKTIK
  • Eklektik bermaksud bercampur
  • Gabungan pendekatan induktif dan deduktif
  • Mengajar menggunakan pelbagai kaedah
  • Guru guna kreativiti dan usaha sendiri
  • Murid diberikan latihan yang banyak untuk memperaktiskan pengetahuan
  • Berupusatkan guru, murid dan bahan
               

PENDEKATAN PENGAJARAN KOMUNIKATIF
  • Mengutamakan kecekapan  berkomunikasi
  • Makna sangat diutamakan
  • Berfokus untuk tujuan berkomunikasi  situasi sebenar
  • Latih tubi bukan keutamaan
  • Pengucapan sekadar untuk difahami
0 Responses

Post a Comment