LAMAN CIKGU BAHRI


LAMAN CIKGU BAHRI

LAMAN CIKGU BAHRI
BACAAN JIKA SOLAT SUBUH SENDIRI:

BACAAN JIKA SOLAT SUBUH MENJADI IMAM:

Hukum Membaca Doa Qunut

Terdapat pelbagai pandangan khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai hukum doa qunut dalam solat Subuh.
Imam Syafi’e berpendapat bahawa bacaan doa Qunut dalam solat Subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan.
Jika tertinggal atau terlupa untuk membaca doa Qunut, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi.
Walau bagaimana pun, solat Subuh tetap sah walaupun tanpa sujud sahwi.
Pandangan Mazhab Syafi’e ini juga dipegang teguh oleh masyarakat Islam khususnya di Malaysia dan seluruh Nusantara.
LAMAN CIKGU BAHRI


Maksudnya:
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
LAMAN CIKGU BAHRI

Doa Selepas Azan

Selepas habis sahaja azan, kita disunatkan membaca doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW:
doa selepas azan
Audio Player
00:00
00:00
Doa selepas azan dalam rumi:
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.

Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.
Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

LAMAN CIKGU BAHRI

Doa Khatam Al-Quran

Doa Khatam Al-Quran


بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ. حَمْدًا شَاكِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمِ. بِبَرَكَةِ الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ. اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا. وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَ الَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِوَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ.

اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا. وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا. وَفِى الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا. وَعَلَى الصِّراطِ نُوْرًا. وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا. وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا. وَإِلَى الْخَيْرتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا. بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ.

اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهَدَايَةِ الْقُرْءَانِ. وَنَجِّنَا مِنَ النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا بِفَضِيلَةِ الْقُرْءَانِ. وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلَاوَةِ الْقُرْءَانِ. يَا ذَا الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار .وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ.


Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingtkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
LAMAN CIKGU BAHRI
MOTOR EDISI HARLEY DAVIDSON  INOVASI KE TIGA
(masih dalam proses pembinaan aksesori & belum dicat lagi)

Bertemu lagi dalam ruang Inovasiku. Kali ini saya cuba hasilkan sebuah Motosikal klon Harley Davidson.
Konsep asas masih sama seperti inovasi ke 2 iaitu guna enjin generator 4 stroke bekas enjin sedut air. Enjin ni mulanya saya nak guna dalam projek motor chooper yang lepas tapi tak berjaya masa tu. Masa tu masalah yang tak boleh selesai sebab tak ngam bila guna bealting je. Tak dpt tido kalau usaha tak berjaya ni. Inovasi kali ini saya buat upgrada sikit spt yang ni saya letak absober n exzos utk lebih selesa n nampak real gitu.... Haha... Kita tengok dulu bahan utk buat motor ni dan dari mana saya dpt benda2 tu.

Enjin sedut air

     Meh kita tengok proses buat moto Harley ni. Kali ni agak laju sikit sebab banyak perkara kita dan lalui dalam projek pertama n ke dua dulu. So belajar daripada kesilapan le kiranya. Saya ringkaskan terus kepada proses pembuatan dan pemasangannya.

 Rangka - guna besi kereta sorong

Proses setting kedudukan enjin, body dan absober

 Proses pemasangan fok depan

 Proses aligment - manual je...guna kayu lebih2 buat kabinet

 Pemasangan handle- guna besi buai 

 Pemasangan enjin - yang ni mencabar sikit sebab saiz bealting pendek sangat

Pemasangan seat dan exzos - Beli kat Lazada

Siap pasang secara asasnya

Pandu uji lasak (Puspakom pun tak buat cam gini....)

     
LAMAN CIKGU BAHRI

Inilah inovasiku ke dua dalam bidang permotoran....

 PANDANGAN HADAPAN

 
 PANDANGAN KANAN

                                   PANDANGAN KIRI     

Inovasiku tahun 2019 adalah menghasilkan sebuah motosikal berasaskan barangan terbuang  dan kitar semula. Yang paling penting motosikal ini menggunakan enjin generator terpakai daripada mesen rumput. Mempunyai kuasa 50cc dan bahan bakarnya mengguanakan petrol. Keistimewaan lain, semua lampu dan hon menggunakan kuasa DC daripada power bank. Starter tak ada pakai kaki. Pakai tarik je. Tapi tak susah. Sekali tarik je dah boleh bunyi DUD DUD DUD DUD....Haha....
            Kebanyakan barangan yang saya gunakan adalah barangan terpakai dengan mendapatkannya secara mengutip, meminta atau membeli melalui media sosial khususnya fb dan mudah.my. Nak tau barang2nya. Saya cerita kemudian. Tengok dulu dulu saya possing...Haha...

   
     Antara komponen dan bahan mentah yang digunakan:
  • Badan - guna kaki/besi pemancar astro terbuang
  • Handle - guna besi kaki kerusi terbuang
  • Enjin - guna engin terpakai mesin rumput (rosak n dpt dibaiki sendiri)
  • Seat - barang order Lazada 
  • Rim - motor comel (beli dari fb)
  • Tayar - order Lazada
  • Set break depan n belakang - mintak dari workshop motor
  • Lampu, horn n set suis - order Lazada
  • Cermin sisi - beli kat DIY
  • Mud guard depan n belakang - Paip pvc 4" dan 6" (mintak mamat indon kontrak je...)
  • Power bank - dapat kat tong sampah (repair - tukar baterinya je...)
  • Set gear - order Lazada              

      Meh kita tengok proses nak buat moto ni. Tengok tanpa cuba memang senang. Nak tau senang atau susah keja2 mcm ni, kita tengok sama2 dulu.Tengok je gambar dah boleh bayangkan prosesnya. Saya mulakan dengan nak tunjuk mud guard yang diguna.

paip pvc dibelah utk buat mud guard belakang

wajah dah siap pasang mud guard depan & belakang

             Masa ni masih pening apa nak guna utk part2 yang lain tu. Tetiba plak nampak wak indon jiran bengkel saya tu balik keja bawak paip pvc putih, Zassss terus dtg idea utk buat mud guard guna paip tu. Pendek kata masa ni hampir setiap hari ada je brg Lazada, Shopee yg sya order tu sampai. Semua utk si comel ni le.  
            Ni antara barang yang sempat ambik gambo. Yang lain2 punya syok menukang tak ingat nak ambik gambo. Kita tengok pulak gambo2 masa proses buat. Buat pun masa2 free petang2 lepas buat kabinet. Pagi tengah ngajo budak2 pun kekadang idea bernas tetiba datang. dahsyat betul le kalau dah minat ni... Tu sebab projek ni memakan masa lebih kurang 8 bulan baru siap.




     Mula2 pening jugak nak cari idea. Lepas golek2 besi astro,cantum2 n welding jadi le mcm tu. Ingat nak guna enjin honda bekas enjin sedut air & tak guna rantai. Nak guna belting pasal motor2 besar boleh guna belting kan. Tapi tak berjaya plak cubaanku ini. Terpaksalah repair enjin rumpur buruk hasil pemberian En osman burger awal tahun 2019 dulu. Nak tengok engin tu?


Sesi uji pandu selepas pemasangan peringkat pertama. Lulus....

Ni le engin Robin 50cc dah lepas repair. Power jugak engin ni.. Motor ni boleh lari dlm 60km/j guna engin ni. Spare part engin ni boleh tahan juga susahnya nak cari. Nasib baik ada Mr Lazada. Lepas melalui banyak kali penambahbaikan akhirnya sampail e proses mengecat. Meh tengok proses tu!





      Dah siap spray bhg yg penting2 tu, esok petangnya terus pasang balik. Dah tak sabo nak ride dg motor ni. Hihi... Nasib baik ada wak Daman pekeja mahir saya kat bengkel perabot ni. Bnyk idea juga yg dia bagi utk merealisasikan projek ni.


     Mcm tu le jadinya  lepas pasang2 balik. 

Ni test power setelah siap pasang semula. Rasa mcm nak ride smpi KL je... Hihi..

Jumpa pulak kaki kerusi makan kat tepi jalan. Upgrade handle jadi ala2 chopper pulak.

       Seterusnya saya nak cerita pulak tentang sistem lampu depan, belakang dan hon. Lampu depan memang style motor chooper. Saya beli lampu kat Lazada. Harganya RM 39.00 je. Nampak canggih tapi bodynya plastik je pun. Cuma disalut dengan crome je. Tu yang berkilat. Lampu tu datang dengan mentol 12 volt. Kalau nak menyala kena guna bateri 12v. Pasal nak guna power bank so saya tukar mentol guna led 3volt. Saya ambik dari mentol lampu kepala yg ada jual kat kedai DIY. Rm4.90 je harganya pun lampu ni. 

Lampu depan & signal

        Signal saya beli juga kat kedai DIY.  Harganya cuma RM14.00 utk sepasang. Signal ni 3volt dan bukan senang nak cari signal mcm ni kat pasaran. Wiring semua saya guna je wayar2 usb cas telefon yg dah rosak2 tu. Sama juga side mirror tu. Saya beli kat kedai DIY je. RM4.00 je pun sepasang. Lambang bintang 3 ala2 Mercedes tu saya guna aksesori stainles steel yang biasa saya guna utk kerja2 buat grill @ gate. Ada jual kat kedai hardware barangan stainles steel.

Power bank

Lampu belakang

spedo meter

     Power bank boleh guna yang murah2 je. Saya guna yang dah rosak je pun. Tukar baterinya dah boleh guna semula. Power bank tu saya letak dalam bekas yang saya buat guna perspek lebih2 yang ada kat bengkel saya. Lampu belakang saya beli kat Lazada. Set lampu ni siap dengan set suis brek, signal dan hon siren. Bagusnya ada 8 bunyi siren. Harganya RM15.00 je. Spedo meter ni saya beli kat Lazada. RM28.00 harganya. Cuma susahnya nak pasangkan cable meternya je. Sebab gigi gear meter tak sama dengan gear pada hub kat rim tu maka jarum meter pusing jadi terbalik. Motor belum jalan jarum dah kat km 60. Tapi kalau pulas habis jarum akan pusing sampai no kosong. So motor ni boleh lari sampai 60 km/j le.


       Setelah melalui beberapa perubahan maka terhasil lah motor yang seperti video dalam paparan paling atas tadi. Alhamdulillah motor ni sesekali saya bawak g kedai dekat rumah n ride g masjid. Pak imam, bilal n kariah masjid dah test. Diakui sirim. Hahaha....

Ni lah bengkel perabot tempat saya berkarya

       Terima kasih, tank kayu, shea shea, kesuwon atas kesudian membaca sampai abis. Komen dalam ruang SINGGAH BERTAMU sebagai tanda kalian dah baca sampai abis.Ok wassalam...


LAMAN CIKGU BAHRI

KATA NAMA

Soalan 1 hingga 5.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1
Pak Amir menebang serumpun buluh menggunakan sebilah __________.

A
pisau
B     
parang

C
gunting
D
sabit

2
Ariana menempah juadah untuk jamuan hari jadinya di __________.

A
Hospital Ipoh
B
Bank Rakyat

C
Restoran Sinar
D
Pasar Raya Jaya

3
Intan bekerja sebagai __________ di Hospital Selayang.

A
juruukur
B
juruterbang

C
jurukira
D
jururawat

4
Program itu dikendalikan oleh beberapa orang __________ dari Universiti Putra Malaysia.

A
mahasiswa
B
pelajar

C
calon
D
peserta

5
Sang Tupai memarahi __________ kerana kicauannya terlalu bising.

A
Sang Kancil
B
Pak Belang

C
Si Tompok
D
Si Murai

Soalan 6 hingga 10.
Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya.
Tulis perkataan yang betul dalam ruangan yang disediakan.

6
Guru baharu itu bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah.
7
Suasana petang itu di sawah padi, ribut bertiup sepoi-sepoi
 bahasa.
8
Abang menyarung sebentuk subang pada jari manis kakak.
9
Petani itu membawa selaras senapang untuk berburu 
di hutan.
10
Pelancong itu menginap di sebuah asrama di tepi pantai.
 [5 markah]

Soalan 11 hingga 15.
Garis jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.
11
Amin dan kawan-kawannya mandi-manda di ( paya , caruk , sungai ).
12
Nazifah menggunakan (telefon , kamera , radio ) untuk menghubungi rakannya.
13
Syamilah gemar membaca cerpen dan sajak yang tersiar dalam ( kamus , risalah , majalah ).
14
Afifi membenarkan Faris melihat gambar-gambar keluarganya yang terdapat di dalam ( potret , album , buku ).
15
Puan Anis memasukkan adunan kek ke dalam ( acuan , ramuan , aduan ) berbentuk rama- rama.
[5 markah]


 15