LAMAN CIKGU BAHRI

Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia.. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

            Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Air sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.

            Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Akibatnya semua kehidupan di dalam air akan terganggu dan mengalami kepupusan.

            Tumpahan minyak yang berlaku disebabkan kemalangan kapal juga turut mendorong kepada pencemaran air. Kandungan minyak yang terapung-apung di permukaan laut sedikit sebanyak akan menyebabkan kualiti air laut menjadi berkurangan. Hidupan laut seperti ikan, penyu, udang dan sebagainya akan terjejas disebabkan hal ini.

            Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menjaga alam ini daripada terus dicemari. Kita tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Kata pepatah, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

0 Responses

Post a Comment