LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR Khamis 27.5.2021

Tahun 6

Kemahiran - Memindahkan maklumat ( Membina ayat berpandukan gambar diberi)

Langkah Pembelajaran

1. Perhatikan dan fahami gambar tunggal di bawah. Bina 5 ayat lengkap tentang gambar tersebut.

Latihan 1

G1- juruacara / pengacara majlis

G2 - peserta pertandingan

G3 - juri / pengadil

G4 - penonton

G5 - piala / hadiah


2. Bina 5 ayat lengkap tentang gambar tersebut.


Latihan 2


LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR Selasa 25.5.2021

BM Tahun 6

Kemahiran : Menjawab soalan pemahaman berpandukan petikan yang dibaca.

Langkah Pembelajaran.

1. Baca dan fahami petikan dalam Buku Teks BM Tahun 6 m/s 75.




2. Baca dan jawab soalan berpandukan petikan yang telah anda baca. Gunakan buku BM 2 untuk menuliskan jawapan.

LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR ISNIN 24.5.2021

10.50 -11.50

TAHUN 5

LANGKAH PEMBELAJARAN

1. Rujuk Buku Teks RBT Tahun 5 halaman 22 dan 23.

2. Baca dan fahami nota bergambar di alam buku tersebut.


3. Salin nota tersebut ke dalam buku tulis RBT anda.

Selamat Belajar.





LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR ISNIN 24.5.2021

Kemahiran : Tatabahasa - Kata Ganda

Objektif : Menjawab sekurang-kurangnya 20 soalan dengan betul daripada 25 soalan yang diberikan

Langkah Pembelajaran:

1. Tonton video pengajaran di bawah

https://www.youtube.com/watch?v=LCLHq6vwRpE

2. Baca dan fahami soalan di bawah.

3.Tuliskan satu jawapan yang paling tepat sama ada A, B, C atau D. 

Contoh;

1. C

2. B

3. A

Anda tidak perlu menuliskan keseluruhan soalan. Gunakan buku BM 1 bagi menyiapkan soalan ini.

SOALAN

1 Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.

A kisi-kisi

B orang-orang

C tupai-tupai

D layang-layang

 

2 Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan. 

A riuh-rendah

B gelap-gelita

C porak-peranda

D terang-benderang

 

3 Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.

A comot-momot

B koyak-rabak

C serba-serbih

D compang-camping

 

4 Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.

 A hidup-hidup 

B bulat-bulat

C betul-betul

D terang-benderang

 

5 Pak Chee suka makan sup ____________ ikan.

A bebola

B jejari C

dedaun

D kekabu

 

6 Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.

 A teresak-esak

B terkebil-kebil

C terbahak-bahak

D tergelak-gelak

 

 7 Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu.

A berkelip-kelip

B berpinar-pinar

C berderet-deret

 D berliku-liku

 

8 Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.

A dedaun

B kekabu

C bebola

D bebiri

 

9 Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.

A dedaun

 B kekabu

C bebola

D bebiri

 

10 Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.

 A haru-biru

 B keluh-kesah

C kusut-masai

D tunggang-langgang

 

11 Sereena membalut hadiah itu ___________.

 A kemas-kemas

B ketat-ketat

C kuat-kuat

D erat-erat

 

12 Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.

A lemah-longlai

B lemah-gemalai

C hiruk-pikuk

D cirit-birit

 

13 Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas.

A tercungap-cungap

B terbahak-bahak

C teresak-esak

 D tersipu-sipu

 

 14 Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan jalan pintas.

A ulang-alik

B bolak-balik

C mundar-mandir

D lalu-lalang

 

15 Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang digunakan untuk menyimpan air minuman.

 A kekuda

 B sesiku

C kekisi

D lelabu

 

16 Berbasikal secara ____________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.

A bersaing-saing

B berbaris-baris

C berluncur-luncur

D berderet-deret

 

17 Banyak __________ rendang yang ditahan di kawasan rekreasi itu.

A dedahan

B pepohon

C dedaun

D reranting

 

18 Ada sebuah busut __________ di bawah pokok ketapang itu.

 A jentik-jentik

B pijat-pijat

C anai-anai

D kura-kura

 

19 Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.

A ulang-alik 

B lalu-lalang

C mundar-mandir

D mandi-manda

 

20 Muka Aliyah menjadi ___________ apabila diusik oleh rakan-rakannya.

A kebiru-biruan

B kemalu-maluan

C keanak-anakan

D kemerah-merahan

 

21 Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang mengetahuinya.

A lambat-laun

B sorok-sorok

C senyap-senyap

D sayup-sayup

 

22 Rambut budak lelaki itu kelihatan __________ kerana tidak disisir.

A kusut-masai

B serba-serbih

C comot-momot

D compang-camping

 

23 Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai emas kelmarin.

A bertukar-tukar

B berhujah-hujah

C berbalas-balas

D berganti-ganti

 

24 Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.

A riuh-rendah

B lintang-pukang

C kumat-kamit

D lalu-lalang

 

25 Pengusaha kantin menjadi __________ apabila penyelia kesihatan membuat pemeriksaan kebersihan.

A huru-hara

B remeh-temeh

C kelam-kabut

D kacau-bilau


LAMAN CIKGU BAHRI

PdPR KHAMIS 20.5.2021

TAHUN 6

KATA GANDA

Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.

Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu : 

1) Kata ganda seluruh / penuh

2) Kata ganda separa

3) Kata ganda berentak/berima

4) Kata ganda berimbuhan

 

KATA GANDA SELURUH/PENUH

Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.

Contoh kata ganda seluruh  iaitu: 

KATA NAMA

KATA KERJA

KATA ADJEKTIF

Buku-buku

Pusing-pusing

Cantik-cantik

Murid-murid

Geleng-geleng

Panjang-panjang

Meja-meja

Gelak-gelak

Merah-merah

Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.

PENGANDAAN

MAKNA JAMAK

MAKNA TUNGGAL

Api-api

Banyaknya api

Sejenis serangga

Kuda-kuda

Banyaknya kuda

Kayu penyangga

Anak-anak

Banyaknya anak

mainan

 

KATA GANDA SEPARA

Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya.  Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf  e .Contoh :

KATA DASAR

KATA GANDA

KATA GANDA SEPARA

Layang

Layang-layang

Lelayang

Kuda

Kuda-kuda

Kekuda

Tupai

Tupai-tupai

Tetupai

Siku

Siku-siku

Sesiku

Bola

Bola-bola

Bebola

Jari

Jari-jari

Jejari

Langit

Langit-langit

Lelangit

 Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini seperti pepejal, cecair, tetuang dan sesendi.


KATA GANDA BERIMA/BERENTAK

Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.

Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:

JENIS KATA GANDA

CONTOH

CONTOH AYAT

Persamaan bunyi di hujung

Kuih-muih, lauk-pauk

Kuih-muih itu terhidang di atas meja

Persamaan bunyi di pangkal

Batu-batan, bukit-bukau

Aktiviti gotong-royong akan diadakan esok

Persesuaian bunyi keseluruhan

Kusut-masai, simpang-siur

Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin.

 

KATA GANDA BERIMBUHAN

Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran.  Contoh :

IMBUHAN

CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN

Awalan

Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat

Apitan

Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya

Sisipan

Tulang-temulang,turun-temurun, gilap-gemilap

Akhiran

Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan


 UJI MINDA

Jawab soalan kuiz melalui pautan di bawah.

1) https://gengsekolah.com/kuiz-kata-ganda-tahun-6/

2) https://app.quizalize.com/view/quiz/tatabahasa-kata-ganda-berentak-a48b7226-39a2-4493-9ae6-944ffe63a48c

Selamat Belajar  


 

LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPr RABU 19.5.2021

TAHUN 6

Kemahiran : Menuliskan karangan tindakan

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Baca contoh karangan melalui link di bawah

http://lamancikgubahri.blogspot.com/2014/04/mengakhiri-cerita-3.html


2. Baca dan fahami soalan di bawah.

Soalan:

Sambung cerita di bawah.

Semasa aku dan rakan-rakan ingin ke kantin, aku ternampak seorang murid menangis di tepi longkang. Aku pun...

 (Ceritakan tindakan anda seterusnya)


3. Tuliskan isi karangan berpandukan soalan diberi. 

Contoh isi karangan :

a. pergi ke arah budak yang menangis itu.

b. bertanya - mengapa menangis / nama/ kelas

c. tiada wang saku - hilang

d. beritahu guru

e. bawa ke kantin

f. beri wang daripada pungutan rakan-rakan

g. gembira - dapat tolong murid yang dalam kesusahan

# anda boleh gunakan isi-isi atau jalan cerita yang lain asalkan bersesuaian.


4. Tuliskan karangan di dalam buku Penulisan 2.

Semasa aku dan rakan-rakan ingin ke kantin, aku ternampak seorang murid menangis di tepi longkang. Aku pun


Selamat Belajar.


LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPr SELASA 18.5.2021

TAHIN 6

Kemahiran : 4.4.1 - Murid memahami maksud sajak

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Baca, deklamasikan dan fahami sajak yang terdapat dalam Buku Teks BM Tahun 6 m/s 57.



2. Perbincangan maksud setiap rangkap sajak

3. Menuliskan maksud sajak di dalam buku BM 2.

Rangkap 1 
Penyajak menasihatkan kita agar sentiasa menjaga keselamatan diri walau di mana sahaja kita berada. Keselamatan diri perlu diutamakan.

Rangkap 2
Penyajak mengingatkan kita juga supaya sentiasa menjaga ______ agar tidak hilang. Sekiranya dompet kita hilang, kita pasti akan berasa _____________.

Rangkap 3
Penyajak juga mengingatkan kita supaya _________________________________________________

Rangkap 4
________________________________________________________________________________

Rangkap 5
________________________________________________________________________________

4. Tugasan yang telah siap bolehlah dihantar melalui Google Classroom kelas masing-masing.

Selamat Belajar.







LAMAN CIKGU BAHRI

PdPr ISNIN 17.5.2021

10.50-11.50

SUBJEK : RBT TAHUN 5

 ARAHAN :

1. Rujuk, baca dan fahami buku teks RBT ms 20 

2. Tonton video pembelajaran melalui link di bawah

https://www.youtube.com/watch?v=06q8DbZdqA4

3. Jawab kuiz di bawah

https://quizizz.com/join/game/U2FsdGVkX18uc%252BBUbI5Bk26NuAdvWO7kQzjbE1ruSYPLELmBks2YlA0ge7%252B78leW?gameType=solo

Selamat Belajar

LAMAN CIKGU BAHRI

  PdPr 17.5.2021 (ISNIN)

Tahun 6

Kemahiran : 3.6.1 Mengenalpasti idea utama dan idea sampingan berdasarkan bahan

Langkah Pembelajaran:

1. Teliti gambar di halaman 56 buku teks BM Tahun 6. Baca rangkaikata dan perkataan bagi setiap gambar.


2. Kenalpasti maklumat yang tersurat dan tersirat di dalam setiap gambar. 

Contoh:

Gambar 1  

Guru memastikan bilangan murid ketika menuruni bas (tersurat)

Supaya murid tidak hilang / tercicir (tersirat)


Gambar 2

Murid mengunci pintu ketika berada di dalam tandas (tersurat)

Supaya orang lain tidak masuk (tersirat)


Gambar 3

Makan secara berkumpulan (tersurat)

Supaya tidak hilang / tersesat (tersirat)


Gambar 4

Guru mengawasi murid menaiki bas (tersurat)

Supaya tidak berlaku kemalangan (tersirat)


3. Baca dan lengkapkan email yang dipaparkan. Tuliskan email tersebut di dalam buku Penulisan 2.


    Cikgu Zaiton mengingatkan saya tentang keselamatan diri ketika berada di kawasan rehat dan rawat. Cikgu telah memastikan bilangan murid supaya..................................................................... Kita juga perlu mengunci pintu ketika di dalam tandas supaya .................................................................... Kita wajarlah makan secara berkumpulan agar .................................................... Akhirnya cikgu telah ........................................................................................supaya .............................................................................................


Selamat Belajar.