LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPr 31.1.2021

BAHASA MELAYU TAHUN 6

Kemahiran : Bercerita menggunakan kata nama am dan penjodoh bilangan.

LANGKAH PEMBELAJARAN

1) Baca permulaan cerita berpandukan petikan dan teliti  gambar bersiri di bawah (dipetik daripada Buku Teks BM Tahun 6 - ms 6)


2) Anda perlu menyambung cerita  berpandukan gambar bersiri tersebut. Gunakan seberapa banyak kata nama am dan penjodoh bilangan yang sesuai dalam cerita anda itu. Kerangka di bawah boleh dijadikan panduan untuk anda menyiapkan tugasan ini.

3) Tuliskan karangan lengkap cerita di atas menggunakan buku latihan anda. Karangan tersebut perlu disiapkan dalam 6 perenggan. 

Perenggn 1 - (Pendahuluan)
Keluarga Amar sering melakukan aktiviti rekreasi ...............................( salin semula ayat-ayat seperti  perenggan 1 dalam permulaan cerita di atas)

Perenggan 2 - Isi 1
Ceritakan maklumat yang terdapat dalam gambar A

Perenggan 3 - Isi 2
Ceritakan maklumat yang terdapat dalam gambar B

Perenggan 4 - Isi 3
Ceritakan maklumat yang terdapat dalam gambar C

Perenggan 5 - Isi 4
Ceritakan maklumat yang terdapat dalam gambar D

Perenggan 6 - (Penutup)
Perkelahan tersebut bukan sahaja................................( salin semula ayat-ayat seperti perenggan akhir dalam petikan cerita di atas)

4) Hantarkan tugasan yang telah siap ke dalam Google Classroom kelas anda (dalam bentuk gambar)

Selamat Belajar.

# Pautan di bawah juga dapat membantu tugasan anda.




LAMAN CIKGU BAHRI

PdPr 26.01.2021

TAJUK : MATA JAHITAN

OBJEKTIF : MENGENALI MATA JAHITAN

LANGKAH PEMBELAJARAN :

1. Mulakan dengan menekan link di bawah:  Tonton video dan fahami video tersebut.

ttps://www.youtube.com/watch?v=a5HsX_xrrPM

2. Baca nota-nota untuk menambahkan pengetahuan anda melalui carian di google mengenai mata jahitan. 

3. Tuliskan KEGUNAAN bagi jenis-jenis mata jahitan di bawah. Buat latihan tersebut di dalam buku latihan anda.

a) Jahitan Kia                                               

b) Jahitan Jelujur Halus

c)  Jahitan Jelujur Kasar

d) Jahitan Insang Pari

e) Jahitan Sembat

f) Jahitan Silang Pangkah


SELAMAT BELAJAR



LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPr 26.01.2021

Tajuk : Bahan Projek

Objektif : Di akhir pembelajaran murid dapat;

    ~ Mengenal dan menamakan bahan projek ( PVC dan Perspeks)  yang yang dilihat melalui paparan video.

    ~ Memberikan contoh kegunaan bahan projek yang telah diketahui.

LANGKAH PEMBELAJARAN :

1. Mulakan dengan menekan link di bawah.

https://www.youtube.com/watch?reload=9&v=fjUYaEnnsqY

2. Tonton dan fahami  video tersebut.

3. Jawab soalan yang dikemukakan dalam video tersebut.

" SEKIRANYA MURID-MURID INGIN MEMBUAT SANGKAR UNTUK HAMSTER, BAHAN MANAKAH YANG INGIN KAMU GUNAKAN ?  MENGAPA?"

4. Jawab soalan anda dalam ruangan komen di bawah (Enter your comment...). Sertakan nama  dan kelas anda.

    Contoh cara menjawab soalan  :

 Ali bin Abu (6 Bestari). Saya memilih bahan ............kerana............

5. Setelah selesai menuliskan jawapan anda, tekan butang Publish

SELAMAT BELAJAR





LAMAN CIKGU BAHRI
TAHUN 2 

TAHUN 3 

TAHUN 4 

TAHUN 6
LAMAN CIKGU BAHRI

PdPr 26/1/21

ARAHAN:

1) Baca dan fahami petikan di bawah
    ( Buku teks BM Th 6 - m/s 3)


2) Jawab soalan pemahaman (1 hingga 4) yang diberikan secara bertulis berpandukan petikan yang telah anda baca. 

3) Gunakan buku garis satu. Buku lebihan daripada tahun-tahun lepas boleh digunakan. Namakan buku tersebut sebagai BUKU BM 2 (PEMAHAMAN)

3) Setelah selesai, ambil gambar tugasan ini dan sebaik-baiknya  dihantar melalui Google Classroom atau whatssap peribadi guru BM anda.

SELAMAT BELAJAR

AKTIVITI PENGAYAAN :
Anda boleh mengasah minda dengan menjawab kuiz di bawah bagi mengisi masa lapang sambil bersantai bersama keluarga melalui link di bawah.
                     # score kuiz ini tidak perlu dihantar