1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
Kata Seru | Penggunaannya | Ayat Contoh |
aduh | untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum | 1. Aduh, sakitnya tanganku! 2. Aduh, besarnya rumahmu! |
aduhai | untuk menyatakan perasaan sedih | Aduhai, malang sungguh nasibku! |
ah | untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu | 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah! 2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima! |
amboi/wah | untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum | 1. Amboi, mahal betul kereta itu! 2. Wah, berani betul budak itu! |
cis/cih | untuk menyatakan perasaan marah dan benci | 1. Cis, berani dia menentangku! 2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku ! |
eh | untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut | 1. Eh, kamu sudah sampai! 2. Eh, tadi dia ada di sini! |
hai | untuk menegur seseorang atau menarik perhatian | 1. Hai, diamlah sikit! 2. Hai, sudah lama kita tidak bertemu! |
Kata Seru | maksud | Contoh ayat |
wahai | menyatakan perasaan sayang atau merayu | Wahai adik ku sayang ! |
amboi | menunjukkan perasaan kagum | Amboi, tingginya bangunan KLCC ini ! |
hai | Hai, ke mana kamu menghilang selama ini ! | |
nah | Nah, terimalah habuanmu ! | |
aduh | perasaan sakit | Aduh, sakitnya tanganku ini ! |
wah | perasaan hairan | Wan, cantiknya merak ini ! |
ceh | Ceh, usah membantah kata-kataku ini ! | |
bedebah | marah | Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku ! |
cis | marah atau jijik | Cis, awak rupanya yang menjadi batu api ! |
oh | terkejut hairan, gembira atau mengharap | Oh, itu rupanya rumah kamu ! Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku ! |
eh | hairan | Eh, bila ia terjadi ! |
syabas | gembira, puas, memuji atau ucap tahniah | Syabas, awak berjaya juga akhirnya ! |
alahai | menghina | Alahai, itu pun awak tak boleh buat ! |
alamak | terkejut | Alamak, sudah pukul 8.00 pagi ! |
ha | hairan | Ha, budak itu yang menang ! |
6. LATIHAN:
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai seperti contoh jawapan di bawah. Gunakan buku BM 1 (tatabahasa). Hantar tugasan melalui GC.
Contoh soalan:
"______________, siapa yang telah menconteng dinding itu?" kata Pak Mat kepada budak-budak itu.
A Eh
B Nah
C Wah
D Oh
Contoh jawapan:
Eh, siapa yang telah menconteng dinding itu ? kata Pak Mat kepada budak-budak itu?
SOALAN:
1 _____ , teriknya cahaya matahari sejak kebelakangan ini!
A Oh
B Cis
C Nah
D Syabas
2 ______, kamu juga suka datang berenang di sini!
A Eh
B Hai
C Wahai
D Amboi
3 ______ , cepatnya adik kamu mengira!
A Hai
B Wah
C Aduh
D Aduhai
4 “ _____, berani kamu semua mengganggu keamanan kampung ini” kata ketua kampung dengan marah.
A Amboi
B Cis
C Ah
D Oh
5 _____, cantik sungguh gaun yang dipakai oleh pengantin itu!
A Eh
B Oh
C Aduhai
D Wah
6 _____, malangnya mangsa kebakaran yang tinggal sehelai pinggang itu!
A Aduhai
B Aduh
C Cis
D Ah
7 “ ____ , kumpulan kamu telah menjuarai pertandingan ini” kata Cikgu Kumaran kepada Malek dan kawan-kawannya.
A Wahai
B Syabas
C Oh
D Nah
8 _____, ambilah buku cerita yang kamu mahu!
A amboi
B hai
C nah
D eh
9 “ _____ murid-murid, ingatlah pesanan kedua-dua orang tua kamu!” nasihat cikgu Mark.
A Wahai
B Wah
C Hai
D Eh
10 _____, sakitnya dahiku!
A Aduh
B Wah
C Aduhai
D Cis
11 _____ , terimalah tumbukanku yang hebat ini!
A Nah
B Oh
C Cis
D Hai
12 _____, Chee Han! Sudah lama tidak berjumpa dengan kamu.
A Nah
B Wahai
C Hai
D Amboi
13 _____, susah betul soalan peperiksaan akhir tahun!
A cis
B oh
C wah
D syabas
14 _____, aku tidak bersetuju dengan pendapat kamu itu!
A ah
B wah
C hai
D wahai
15 ___, ramping ibu kamu, Zaleha!
A Amboi
B cis
C Aduhai
D Syabas
Sebagai latihan minda juga, anda boleh menjawab soalan kuiz melalui link di bawah. Hasil markah kuiz ini tidak perlu dihantar.
https://wordwall.net/ms/resource/2130879/kata-seru
Hafzan Hashimi(6 Cerdik)~
skor:10/12
masa:2:04
Skor diperolehi 12/12, Nurkhaira Syifa Binti Ismail. Kelas 6 Cerdik.
Ashraf hakimi(6cerdik)
Skor:12/12
Time:2.03
DANISH ZAKUAN(6CERDIK) SKOR:12/12