LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR ISNIN 24.5.2021

Kemahiran : Tatabahasa - Kata Ganda

Objektif : Menjawab sekurang-kurangnya 20 soalan dengan betul daripada 25 soalan yang diberikan

Langkah Pembelajaran:

1. Tonton video pengajaran di bawah

https://www.youtube.com/watch?v=LCLHq6vwRpE

2. Baca dan fahami soalan di bawah.

3.Tuliskan satu jawapan yang paling tepat sama ada A, B, C atau D. 

Contoh;

1. C

2. B

3. A

Anda tidak perlu menuliskan keseluruhan soalan. Gunakan buku BM 1 bagi menyiapkan soalan ini.

SOALAN

1 Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.

A kisi-kisi

B orang-orang

C tupai-tupai

D layang-layang

 

2 Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan. 

A riuh-rendah

B gelap-gelita

C porak-peranda

D terang-benderang

 

3 Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.

A comot-momot

B koyak-rabak

C serba-serbih

D compang-camping

 

4 Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.

 A hidup-hidup 

B bulat-bulat

C betul-betul

D terang-benderang

 

5 Pak Chee suka makan sup ____________ ikan.

A bebola

B jejari C

dedaun

D kekabu

 

6 Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.

 A teresak-esak

B terkebil-kebil

C terbahak-bahak

D tergelak-gelak

 

 7 Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu.

A berkelip-kelip

B berpinar-pinar

C berderet-deret

 D berliku-liku

 

8 Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.

A dedaun

B kekabu

C bebola

D bebiri

 

9 Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.

A dedaun

 B kekabu

C bebola

D bebiri

 

10 Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.

 A haru-biru

 B keluh-kesah

C kusut-masai

D tunggang-langgang

 

11 Sereena membalut hadiah itu ___________.

 A kemas-kemas

B ketat-ketat

C kuat-kuat

D erat-erat

 

12 Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.

A lemah-longlai

B lemah-gemalai

C hiruk-pikuk

D cirit-birit

 

13 Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas.

A tercungap-cungap

B terbahak-bahak

C teresak-esak

 D tersipu-sipu

 

 14 Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan jalan pintas.

A ulang-alik

B bolak-balik

C mundar-mandir

D lalu-lalang

 

15 Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang digunakan untuk menyimpan air minuman.

 A kekuda

 B sesiku

C kekisi

D lelabu

 

16 Berbasikal secara ____________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.

A bersaing-saing

B berbaris-baris

C berluncur-luncur

D berderet-deret

 

17 Banyak __________ rendang yang ditahan di kawasan rekreasi itu.

A dedahan

B pepohon

C dedaun

D reranting

 

18 Ada sebuah busut __________ di bawah pokok ketapang itu.

 A jentik-jentik

B pijat-pijat

C anai-anai

D kura-kura

 

19 Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.

A ulang-alik 

B lalu-lalang

C mundar-mandir

D mandi-manda

 

20 Muka Aliyah menjadi ___________ apabila diusik oleh rakan-rakannya.

A kebiru-biruan

B kemalu-maluan

C keanak-anakan

D kemerah-merahan

 

21 Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang mengetahuinya.

A lambat-laun

B sorok-sorok

C senyap-senyap

D sayup-sayup

 

22 Rambut budak lelaki itu kelihatan __________ kerana tidak disisir.

A kusut-masai

B serba-serbih

C comot-momot

D compang-camping

 

23 Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai emas kelmarin.

A bertukar-tukar

B berhujah-hujah

C berbalas-balas

D berganti-ganti

 

24 Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.

A riuh-rendah

B lintang-pukang

C kumat-kamit

D lalu-lalang

 

25 Pengusaha kantin menjadi __________ apabila penyelia kesihatan membuat pemeriksaan kebersihan.

A huru-hara

B remeh-temeh

C kelam-kabut

D kacau-bilau


0 Responses

Post a Comment