PENDAHULUAN
Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh
tokoh-tokoh pendidik Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005: 1245,1246), “Pulih” bermaksud kembali seperti biasa
(keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian
kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada
kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan
biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau
memperbetul sesuatu.
Menurut
Sharifah
Alwiah Alsagoff, 1983 : 371, pemulihan bermaksud satu tindakan khusus yang
diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan
dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang
dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada
sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
Seorang
tokoh barat pula iaitu Blair (1956) mentafsirkan pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan
untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala
kebiasaan-kebiasaan dan amalan-amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid
lambat.
Bagi Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984): mentafsirkan
bahawa,
'...langkah-langkah khusus yang
dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu
dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik
sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.'
Merujuk
kerangka konsep Modul BMM3106, Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah, dapat dibahagikan kepada 2 iaitu Pendidikan Pemulihan dan
Pendidikan Imbuhan.
Skop kajian pendidikan pemulihan ini
banyak terbatas kepada pedagogi di dalam bilik darjah. Program ini juga hanya
meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini
disebabkan objektif utama pendidikan pemulihan ini adalah untuk membetulkan
kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.
Murid-murid pemulihan ini juga dianggap sebagai murid-murid yang gagal
menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan
mereka tidak boleh dianggap disebabkan oleh kecacatan. Kadangkala mereka ini
diberi label pencapaian rendah yang bermaksud bahawa mereka memperlihatkan
taraf pendidikan yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata
rakan-rakan sebaya mereka atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi
murid-murid pada peringkat persekolahan.
Antara program pemulihan biasa yang
dijalankan di dalam kelas termasuklah Pemulihan KBSR, KIA2M dan PROTIM. Program
Pemulihan Khas pula ialah Sistem
Penarikan Keluar (withdrawal System) di mana murid yang dikenal
pasti akan dihantar ke kelas pemulihan pada waktu tertentu untuk mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Matematik. Mereka akan dihantar balik ke kelas setelah menguasi
kemahiran asas yang ditentukan. Melalui kelas khas pula, mereka yang
dikenalpasti akan dimasukkan ke kelas pemulihan sepenuh masa sehingga mereka
menguasai kemahiran 3M.
Pendidikan imbuhan pula, merupakan satu program
pendidikan yang meliputi bukan sahaja usaha-usaha mengatasi kelemahan
pembelajaran tetapi juga usaha-usaha untuk mencegah berlakunya sebarang masalah
pembelajaran murid dari peringkat awal. Berbanding dengan pendidikan pemulihan,
skop kajian pendidikan imbuhan lebih meluas kerana pendidikan imbuhan meliputi
bukan sahaja unsur-unsur pedagogi dalam kelas seperti pendidikan pemulihan,
tetapi juga unsur-unsur sosioekonomi dan politik di luar kelas.
Konsep pendidikan imbuhan muncul
disebabkan ketidakseimbangan peluang pendidikan antara golongan berada dan
miskin. Ini bermaksud kanak-kanak dalam golongan bawahan tidak mendapat
kemudahan pelajaran yang sepatutnya. Peluang-peluang untuk mendapat pendidikan
itu banyak direbut oleh mereka dari golongan atasan. Murid-murid miskin dan
kurang bernasib baik menghadapi kekurangan dari segi kemudahan pelajaran,
motivasi pembelajaran, kesihatan, kewangan, pendedahan pengetahuan dan
sebagainya. Justeru untuk merapatkan jurang perbezaan ini Pendidikan Imbuhan
telah di rancang khas dan merupakan pendekatan yang berkesan. Objektif utamanya
adalah untuk merapatkan jurang dalam peluang pendidikan di antara golongan kaya
dengan golongan miskin.
1. MASALAH
UTAMA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Masalah utama murid-murid dalam
pendidikan pemulihan Mata Pelajaran Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada 4
kemahiran. Ianya adalah ;
i) Kemahiran Lisan
ii) Kemahiran Bacaan
iii) Kemahiran Ejaan
iv) Kemahiran Tulisan
Dalam tugasan ini, saya akan
menghuraikan masalah utama dalam pendidikan pemulihan Bahasa Melayu di sekolah
iaitu kemahiran bacaan. Seterusnya saya cuba mengemukakan punca-punca atau
faktor-faktor yang menyebabkan masalah tersebut.
Kemahiran Bacaan
Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna
dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui pembacaan, seseorang itu dapat
memperoleh berbagai-bagai maklumat yang diperlukannya. Kita membaca akhbar
untuk mengetahui berita yang disiarkan di dalamnya. Kita membaca pelbagai
arahan bertulis dan mematuhinya kerana ingin menjalankan tugas seharian dengan
betul dan sempurna . Murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
daripada buku-buku yang dirujuknya. Wajar bagi seseorang murid untuk menguasai
kemahiran membaca.
Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan.
Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk
memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau
bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan
seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili
bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang
telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan
mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999).
Menurut Atan Long (1976): Membaca adalah proses
kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali
lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan
bertulis itu. Melalui definisi yang diberikan di atas sudah cukup untuk menjelaskan
bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks.
Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya,
Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan bahawa proses membaca adalah perlakuan
perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen
kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran
mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Selain
daripada itu, perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain
pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk menjadi pembaca
yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat
menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan yang dibacanya. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca.
menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan yang dibacanya. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca.
Kesimpulannya, membaca adalah satu proses yang memerlukan
pemikiran yang aktif. Berdasarkan definisi membaca dan rumusan yang dibuat
berkaitan dengan proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca adalah
kemahiran yang kompleks yang melibatkan beberapa kemahiran lain.
1.1 JENIS-JENIS MASALAH KEMAHIRAN BACAAN
Terdapat beberapa jenis
masalah kemahiran membaca yang dikenalpasti dalam Pendidikan Pemulihan Bahasa
Melayu di sekolah. Antara masalah tersebut adalah;
1.1.1 - Salah sebutan
Murid salah menyebut
perkataan-perkataan yang dibacanya berikutan mereka tidak mengenal huruf atau
tidak tahu membunyikan sesuatu huruf. Oleh itu mereka akan cenderung untuk
melakukan kesalahan dalam menyebut huruf atau perkataan tersebut.
Contohnya perkataan,
perkataan 'lidi' disebut 'lili', perkataan 'mari' disebut 'mali' atau perkataan
'lari' disebut 'lali'. Kesalahan-kesalahan ini biasanya berlaku kepada
murid-murid berbangsa Cina kerana mereka tidak dapat menguasai kemahiran
membunyikan huruf 'r' dengan tepat.
Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan
mereka adalah seperti berikut:
a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh
a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh
perkataan.
b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar,
c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum
b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar,
c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum
menyebut
sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak
pasti akan bacaannya,
d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,
e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,
f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut,
d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,
e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,
f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut,
menggeleng
kepada, dan sebagainya,
h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau ”blurring”,
i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,
j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan
k) tidak boleh membaca langsung.
h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau ”blurring”,
i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,
j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan
k) tidak boleh membaca langsung.
Terdapat juga kesalahan
dalam menyebut perkataan-perkataan ketika membaca disebabkan pengaruh dialek
atau loghat sesuatu tempat. Murid-murid di negeri Terengganu akan menyebut
perkataan 'makan' menjadi 'makang', perkataan 'pinggan' menjadi 'pinggang'. Keadaan
ini akan menyebabkan perkataan tersebut
tidak bermakna atau akan merubah maksud ayat-ayat yang dibacanya.
1.1.2 - Tidak kenal huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama
kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan
kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf itu sesuka hati atau dengan meneka
sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna.
Biasanya
mereka memerlukan masa yang agak lama untuk membacakan huruf atau satu-satu
perkataan itu. Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana mereka menggunakan masa
itu untuk mengingat kembali nama dan bunyi huruf-huruf tersebut sebelum
membacanya. Apabila mereka tidak dapat mengingati huruf-huruf itu, mereka akan
menyebutkan apa-apa sahaja huruf yang terlintas di dalam kotak ingatannya.
Kemampuan untuk mengingati satu-satu perkara juga hanyalah bersifat sementara.
Murid tidak membunyikan atau meninggalkan
bunyi huruf, perkataan dan imbuhan juga menjadi punca masalah dalam kemahiran
membaca. Contohnya perkataan “sudah” disebut “udah” atau perkataan “sendal”
disebut “sedal”. Perkataan tertentu di dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa
membaca.
Contohnya, “ Kucing itu
sangat comel”, dibaca sebagai “Kucing itu comel:” Adakalanya murid meninggalkan
imbuhan tertentu contohnya dalam perkataan “mengiringi” disebut sebagai
“mengiring”.
1.1.4 - Mengulang perkataan
Murid yang berhadapan
dengan masalah membaca kerap mengulang-ulang perkataan atau suku kata tertentu
semasa membaca. Perbuatan mengulang ini disebabkan murid tidak tahu untuk
membunyikan perkataan seterusnya selepas sesuatu perkataan tertentu dibaca.
Contohnya ayat "
Kami makan di Restoran Aminah". Murid-murid yang mengalami masalah
seumpama ini akan mengulang-ulang perkataan 'Kami maka di' atau perkataan 'di'
kerana mereka tidk dapat membaca perkataan 'Restoran' atau cuba untuk mengeja
perkataan tersebut.
1.1.5 - Menggantikan huruf atau
perkataan
Kadangkala, murid yang
belum menguasai kemahiran membaca akan menggantikan huruf atau perkataan dalam
ayat yang dibaca. Contohnya “ladang” disebut “lalang”, "sekolah"
disebut "selokah" dan "bajak" disebut "jabak".Kadangkala,
terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga mengubah
maksud ayat tersebut.
Mereka yang mengalami
masalah membaca juga akan menambah huruf atau perkataan ketika membaca.
Perkataan yang akan disebut merupakan perkataan yang biasa didengar atau mereka
gunakan sehari-hari. Selain itu mereka juga akan membunyikan perkataan-perkataan
tersebut mengikut bunyiyang dirasakannya sesuai. Contohnya perkataan “ buah”
akan dibaca sebagai “buwah”.
Ada juga perkataan-perkataan tertentu ditambah dalam ayat. Sebagai
contohnya “ Saya suka bermain bola” dibaca sebagai “ Saya sangat suka bermain
bola". Hal ini boleh berlaku terutama kepada murid-murid yang membaca
secara mengeja perkataan demi perkataan. Setelah mereka membaca seluruh
perkataan dalam satu-satu ayat tersebut, mereka akan membacanya pula tanpa mengeja. Ketika itu mereka akan
membunyikan perkataan melalui hafalan tanpa melihat perkataan yang dibacanya.
1.1.7 - Huruf atau perkataan
dibaca terbalik
Murid-murid yang
memerlukan pemulihan dalam kemahiran bacaan juga mengalami masalah membaca
huruf atau perkataan itu secara terbalik. Contohnya perkataan “bala” dibaca
sebagai “laba”.
Contoh ayat yang dibaca
terbalik pula adalah sepeti ayat “ Dia makan nasi” dibaca sebagai “Dia nasi
makan”. Keadaan seperti ini kerap terjadi kepada murid-murid berbangsa India
akibat dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka.
1.1.8 - Tidak memahami apa yang
dibaca
Ada juga murid yang
suka dan telah menguasai kemahiran membaca tetapi mereka tidak memahami apa
yang dibacanya. Antara masalah dalam memahami bahan bacaan ialah gagal memahami
maksud perkataan dan frasa, gagal membuat urutan idea atau peristiwa yang
terdapat dalam teks, lambat memberi tindak balas kerana tidak memahami arahan
yang dibaca, gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan seterusnya
tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah dan lain-lain
dalam bahan bacaan.
1.1.9 - Mengeja ketika membaca
Mengeja ketika membaca
juga salah satu masalah dalam kemahiran bacaan.Proses membaca sememangnya
bermula dengan mengenal huruf, membunyikan huruf dan seterusnya mengeja
perkataan. Bagi mereka yang sepatutnya telah menguasai kemahiran membaca,
mereka tidak perlu mengeja perkataan demi perkataan ketika mereka membaca.
Contohnya bagi murid tahap 2, mereka tidak sewajarnya mengeja ketika membaca. Sekiranya
perkara seperti ini masih lagi dialami, mereka perlu melalui program pemulihan.
1.2 PUNCA
MASALAH KEMAHIRAN BACAAN
Menurut Guy L.B dan rakan-rakan (1994), punca
masalah membaca boleh dibahagikan kepada tiga faktor utama iaitu;
i) Faktor fizikal
ii) Faktor kognitif dan bahasa
iii) Faktor emosi, persekitaran
dan pendidikan.
1.2.1
Faktor Fizikal
Antara
faktor fizikal yang boleh mempengaruhi masalah membaca ialah masalah
penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan dan masalah neurologikal
iaitu kerosakan otak seperti serebral palsi, aphasia, terencat akal dan lain-
lain.
Murid-murid pendidikan pemulihan tidak dapat mengenal huruf yang mereka
baca berpunca daripada faktor fizikal. Masalah penglihatan seperti rabun atau
silau boleh menyebabkan murid menghadapi masalah ketika membaca. Kanak-kanak
yang mengalami penyakit dyslexia akan melihat satu-satu
objek itu terbalik dan sentiasa bergerak.
Saya
ingin kongsikan pengalaman saya menonton filem Hindi bertajuk Taare Zameen Par
arahan Aamir Khan ( seperti Lampiran 6). Cerita tersebut mengisahkan seorang
kanak-kanak bernama Ishaan Awasthi lakonan Darsheel Safary yang mengalami disleksia.
Di kelas, ketika Ishaan diminta gurunya untuk membuka dan membaca buku pada
halaman 38, bab 4, perenggan ke 3, dia seperti kebingungan dengan perintah
gurunya. Setelah dua kali diminta untuk membaca, dia berkata bahawa semua hurufnya
menari-nari.
Begitu juga dengan masalah pendengaran kerana proses membaca memerlukan
deria pendengaran untuk meniru bunyi-bunyi huruf yang diperdengarkan oleh guru.
Biasanya keadaan ini berlaku sejak kanak-kanak itu dilahirkan lagi
Murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah dan terencat akal pula akan menghadapi masalah serius dalam menguasai kemahiran membaca. Di sekolah saya iaitu SK Taman Perling misalnya, terdapat 36 orang murid Pendidikan Khas. Kebanyakan mereka mengalami masalah kecacatan mental berpunca daripada diserang demam panas ketika bayi lagi |
Kekurangan makanan berzat juga akan merosakkan kesihatan murid seterusnya mempengaruhi kesediaan murid untuk belajar. Mereka tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru, kurang bersemangat untuk menyiapkan kerja dan cepat letih. Murid yang kurang sihat mudah diserang pelbagai penyakit dan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran. Faktor sosio-ekonomi keluarga yang tidak stabil mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak.
1.2.2 Faktor Kognitif dan Bahasa
Tahap kognitif seseorang murid yang rendah juga merupakan punca sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Antara simtom-simtom murid yang berhadapan dengan masalah ini ialah lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan lain-lain. Hal ini terjadi ada kaitannya dengan faktor genetik atau sejarah ketika mereka di dalam kandungan lagi. Keadaan ini sudah tentu menjejaskan mereka untuk mengenal huruf-huruf dalam masa yang singkat.
Faktor bahasa pula melibatkan bahasa penerimaan yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.
1.2.3 Faktor Emosi, Persekitaran dan Pendidikan
Masalah membaca selalunya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Ia juga berkait rapat dengan masalah psikologi. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan murid kecewa dan menjejas emosi mereka.
Faktor persekitaran bagi murid yang kurang beruntung seperti tidak
mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga dan
lain-lain akan menjejaskan pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan
membaca. Ia berkait rapat dengan keadaan sosio-ekonomi keluarga. Peranan ibu
bapa dalam memastikan keperluan anak-anak untuk mencapai kejayaan tidak dapat
diberikan sepenuhnya. Hasilnya, anak-anak semakin jauh ketinggalan dari segi
pencapaian dalam pelajarannya berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka.
Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran
secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca
kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah,
penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan dan lain-lain.
Terima kasih di atas penulisan yang sangat baik dan memberikan pengetahuan kepada ibu bapa tentang masalah anak di dalam proses pembelajaran. Saya adalah salah seorang ibubapa yang menghadapi masalah ini. Sekarang anak saya sudah di Tahun 4. Ketika kecil, sy akui melihat kelemahannya untuk menguasai bahasa terutamanya Bahasa Melayu. Maka sekarang saya dapati dia menghadapi masalah yg lebih besar kerana dia tidak memahami apa yang dibaca seperti dinyatakan pada 1.1.8. Dia berupaya membaca tetapi gagal memahami maka tidak mampu membuat ayat. Saya amat risau akan perkembangannya. Sekiranya Tuan boleh bantu sy, apa yang patut sy lakukan? Adakah anak sy patut dibawa untuk didiagnos untuk masalah perkembangan? Untuk pengetahuan Tuan juga, dia juga gagal untuk berkomunikasi dengan baik kerana keupayaan bahasa yang terhad. Maka dia sering gagal untuk menyampaikan sesuatu yang ingin disampaikan. Pemilihan perkataan yang salah dan kerisauan ini sy rasa perlukan penyelesaian. Kerana kegagalan untuk memahami, dia tidak gemar membaca. Namun kebanyakan perkataan yang dikutip melalui televisyen, youtube, games dll terutamanya bahasa Inggeris. Namun begitu perkembangan pembelajaran lain seperti matematik dan hafazan amat memberansangkan. Pelajaran seperti sains, sejarah, agama yang melibatkan pembacaan, penulisan, pemahaman akan mengurangkan minat dan menunjukkan pencapaian yang kurang memberansngkan. Namun begitu, pelajaran bahasa inggeris dia tidak menghadapi masalah malah antara matapelajarannya yang terbaik. Saya mohon atas pengalaman tuan, apa yang patut sy lakukan untuk membantu meningkatkan minat serta keyakinan dia. Sy mahu lakukan sesuatu sebelum semuanya makin terlambat. Mohon bantuan. Terima kasih tuan
terima kasih...