LAMAN CIKGU BAHRI
Ayat Aktif

Ayat yang mengutamakan si pelaku sebagai subjek.Mengandungi kata kerja yang berawalan MeN-

me-

men-

menge-

meny-


Contoh ayat :

1. Saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah.

2. Ayah membelah kayu api itu.

3. Mereka sedang menganyam tikar mengkuang itu.


Ayat Pasif

Ayat yang mengutamakan objek dan perbuatannya.Mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh.

Contoh ayat :

1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan.

2. Kayu api itu dibelah oleh ayah.

3. Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh mereka.


Elakkan daripada membina ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.

Contoh :

1.Bilik tidur itu mereka kemaskan (X)

2.Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka (/)

3.Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X)

4.Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (/)


Latihan 1
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.

2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.

3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.

4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.

5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

Latihan 2
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.

2. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.

3. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.

4. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung.

5.Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah.

Tukar ayat pasif yang berikut kepada ayat akti tanpa mengubah maksud asalnya (tahun 2018)
(i)          Barangan yang penting sahaja perlu kita bawa ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.(2018)
(ii)         Majalah berkaitan sejarah Malaysia itu telah dibaca oleh Hashim pada minggu lalu di perpustakaan sekolahnya.(2018)
(iii)        Amalan kitar semula seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat demi penjagaan alam sekitar.(2018)
(iv)       Emak diberitahu oleh kakak bahawa adik sedang membaca buku cerita di dalam biliknya.
(v)         Semua murid tingkatan lima diminta oleh Cikgu Syahir untuk ke dewan sekolah bagi mendengar taklimat khas tentang peperiksaan.
(vi)       Keluhan dan masalah anak-anak remaja perlu didengar oleh ibu bapa supaya mereka dapat mengatasi gangguan emosi mereka.
7 Responses
  1. maszuria Says:

    Mcm mana nak buat ayat pasif dan aktif
    Kenal



  2. Unknown Says:

    Still lagi tak paham


  3. Baru saya faham, saya tahun 5. Terima kasih, cikgu.



  4. Unknown Says:

    Thanks you cikgu


  5. Unknown Says:

    saya minta izin kongsi ye


Post a Comment