LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR AHAD 27.6.2021

BM TAHUN 6

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Baca dan fahami nota di bawah.

· Karangan jenis ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk menjadikannya lebih menarik.
·      Autobiografi bermaksud penulisan karangan tentang sesuatu benda atau haiwan yang diberi nyawa dan   perasaan seperti manusia. Contohnya, Aku Sebuah Basikal.
·    Unsur nilai murni dan pengajaran yang disisipkan secara tidak langsung menjadikan karangan ini lebih   menarik.
     · Isi karangan mestilah logic, munasabah, serta berkaitan dengan tajuk.


2. Baca contoh karangan autibiografi di bawah.

AKU SEBUAH KAMUS

     Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai sebuah kamus. Namaku Kamus Dewan Pelajar. Badanku berbentuk empat segi. Aku tidak mempunyai kaki mahupun tangan. Badanku setebal empat sentimeter. Aku dilahirkan di sebuah kilang percetakan di Kuala Lumpur.

     Rumah kedua aku ialah Kedai Buku Popular Manaf. Banyak betul buku di kedai itu. Mereka ialah rakan-rakanku. Aku ditempatkan sederet dengan rakan kamus daripada pelbagai syarukat penerbitan. Setelah berada dua bulan di kedai buku tersebut, aku dibeli oleh seorang murid perempuan bernama Maisarah dengan harga RM 28.00 senaskah.

     Rumah ketigaku adalah di rumah Maisarah. Aku diletakkan di atas rak buku di dalam biliknya. Maisarah seorang murid yang rajin. Dia selalu menggunakanku untuk merujuk perkataan yang sukar. Kadangkala dia membawaku ke sekolah.

     Cikgu Razif selalu memuji sikap Maisarah yang membawa kamus ke sekolah. Aku memerhatikan tidak ramai murid yang membawa kamus ke sekolah. Jika aku boleh bercakap sudah tentu aku akan menasihati mereka agar memiliki sebuah kamus untuk meningkatkan kefahaman perbendaharaan kata.

     Kini, Maisarah telah menamatkan pelajarannya di universiti. Namun, aku tetap menjadi pembantu setianya walaupun dia sudah memiliki kamus lain. Aku adalah antara sahabat lamanya yang paling dihargai. Aku berjanji akan tetap memberikan khidmat yang terbaik untuknya.

3. Rujuk buku teks BM muka surat 113. Baca dan sambungkan karangan bertajuk Kisah Hidup Sepotong Kayu. 


4. Tuliskan karangan anda di dalam buku Penulisan 1 (P1).




1 Response

Post a Comment