LAMAN CIKGU BAHRI

LAMAN CIKGU BAHRI

LAMAN CIKGU BAHRI

LAMAN CIKGU BAHRI



LAMAN CIKGU BAHRI
Baca surat di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya

Khairul bin Ahmad,
Jalan utama,
Taman Sungai Serada,
21300, Manir
Terengganu.
_________________________________________________

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kuala Terengganu,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu.                                                      16 OGOS 2017

Tuan,       
                                     
Masalah Kekotoran

Dengan hormatnya, saya selaku wakil penduduk Taman Sungai Serada berasa kecewa kerana pihak Majlis Perbandaran Kuala Terengganu masih belum mengambil sebarang tindakan terhdap masalah di atas. Saluran najis di kawasan perumahan kami tersumbat dan mengakibatkan tangki najis itu pecah. Apabila tangki pecah, najis melimpah keluar. Keadaan ini tidak menyenangkan kami kerana penduduk yang terpaksa menutup pintu dan tingkap sehari suntuk bagi mengelakkan bau busuk itu masuk ke dalam rumah. Kami sudah tidak tahan lagi dengan bau busuk itu yang sekaligus menghilangkan selera makan.

            Masalah ini bertambah teruk apabila hari hujan. Tangki najis yag pecah itu menyebabkan air najis mengalir ke kawasan-kawasan lain. Akibatnya penduduk di taman ini menghidapi berbagai-bagai jenis penyakit kulit. Selain itu, sampah sarap tidak diangkut berminggu-minggu oleh MPKT. Keadaan ini menyebabkan sampah sarap bersepah di sana sini akibat diselongkar oleh kucing
dan anjing liar. Sesetengah penduduk pula membuang sampah sarap ke dalam parit. Air parit tidak dapat mengalir dengan lancar dna bertakung. Air yang bertakung memudahkan nyamuk membiak dan bertelur, terutamanya nyamuk aedes.
            Kami bimbang penduduk di kawasan ini akan dijangkiti penyakit demam denggi. Taman permainan kanak-kanak di tempat perumahan kami tiada kelengkapan yang sempurna. Rumput padang terlalu panjang kerana tidak dimesin, tambahan pula alatalat permainan kanak-kanakseperti buaian dan gelongsor sangatlah uzur. Ini amat membahayakan kanak-kanak dan boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diduga. Saya bagi pihak penduduk taman ini memohon agar pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah itu secepat mungkin. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

KHAIRUL
(KHAIRUL BIN AHMAD)
Wakil Penduduk, Taman Sungai Serada.

1. Manakah yang merupakan tunggak keamanan sesebuah  negara?
A. rakyat yang suka brjimat cermat
B. adanya semangat bersatu padu di kalangan rakyat
C. mengutamakan tugas sendiri
D. membantu orang susah

2. Apakah tujuan penulis menulis surat kepada Majlis Perbandaran Kuala Terengganu ?
A. untuk mebuat rayuan supaya diadakan tempat membuang sampah
B. untuk membuat aduan tentang penduduk taman yang menghidap berbagai-bagai jenis penyakit kulit
C. untuk membuat aduan tentang masalah saluran najis yang tersumbat ,sampah sarap yang tidak diangkut dan ketiadaan taman permainan kanak-kanak yang sempurna
D. untuk membuat aduan tentang penduduk yang dijangkiti penyakit deman denggi

3. Apakah jenis pencemaran yang berlaku di tempat tinggal penulis ?
A. pencemaran air, udara dan bunyi
B. pencemaran air
C. pencemaran bunyi
D. pencemaran udara

4. Makna bagi perkataan selongkar dalam surat di atas adalah
A. digeledah
B. dimakan
C. dibuang
D. dikais

5. Apakah yang menyebabkan penyakit deman denggi merebak ?
A. Nyamuk tiruk
B. Nyamuk aedes
C. Tikus

D. Lalat
LAMAN CIKGU BAHRI
Teliti jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jenis pertandingan
Masa
Tempat
Kumpulan Umur
Pertandingan mewarna
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Di kantin sekolah
5 – 7 tahun
Pertandingan bercerita
8.00 pagi – 10.00 pagi
Di dewan sekolah
8 – 10 tahun
Mendeklamasikan sajak
10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Di dewan sekolah
10 – 12 tahun
Mencari harta karun
2.00 petang – 4.00 petang
Di tempat perhimpunan
12 tahun dan ditemani ibu bapa
Sukaneka
4.00 petang – 6.00 petang
Di padang sekolah
7 – 12 tahun dan para ibu bapa


1)  Mengapakah pertandingan mewarna dan bercerita diadakan
pada masa yang sama ?
A Kedua-dua pertandingan itu dijangka mendapat sambutan
   yang hangat.
B Kumpulan umur bagi kedua-dua pertandingan itu tidak sama.
C Kedua-dua pertandingan itu mengambil masa yang agak lama.
D Kedua-dua pertandingan itu terbuka kepada murid-murid
   sahaja.

2) Sebagai murid Tahun Lima, pertandingan apakah yang disertai oleh Asma ?
A Pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, dan mencari
   harta karun.
B Acara sukaneka, pertandingan bercerita, mencari harta karun,  
   dan mendeklamasikan sajak. 
C Mendeklamasikan sajak dan sukaneka..
D Mendeklamasikan sajak, mencari harta karun, dan sukaneka.

                                                                                                         
3) Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan ibu bapanya telah
berhimpun untuk menyertai suatu pertandingan.
Berdasarkan jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh mereka ?
A Sukaneka.
B Mendeklamasikan sajak.
C Mencari harta karun.
D Mencari harta karun dan sukaneka.

4) Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh
pihak pengajur supaya setiap pertandingan yang diadakan mudah
untuk dikendalikan ?
A Memendekkan masa pertandingan.
B Penyertaan perlu dihadkan.
C Menyediakan petugas yang lebih banyak.
D Mengetatkan peraturan bagi setiap pertandingan.

5) Antara yang berikut, yang manakah bukan matlamat yang
semua pertandingan tersebut diadakan ?
A Untuk beradu kekuatan.
B Untuk mencungkil bakat.
C Untuk mengeratkan hubungan.
D Untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.


LAMAN CIKGU BAHRI


LANGKAH PEMBELAJARAN :

1. Baca petikan di  bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu.

"Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh.

            “Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ” ujar Pak Mail.
            Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua mereka.

            Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan.

            Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke muka pengadilan.
                                                                                    
1) Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan  anak buahnya supaya berwaspada setiap masa ?

A Terdapat lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam.
B Kemungkinan akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu.
C Kampung itu sering didatangi oleh orang yang mencurigakan.
D Ada penduduk yang telah terserempak dengan lembaga hitam
    berkepala anjing.

2)   Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya
Dalam untuk menangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu ?
A Melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
B Mengadakan kawalan pada waktu malam.
C Membuat jadual rondaan.
D Menangkap orang yang bersalah.
    
3)   Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?
A Di rumah Ketua Kampung Paya Dalam.
B Di Kampung Kaki Bukit.
C Di Kampung Paya Dalam.
D Di pantai Kampung Paya Dalam.

4) Rangkai kata mematahkan semangat dalam petikan bermaksud
A mengalahkan kuasa.
B membuat keputusan.
C mengalihkan pendapat.
D mengalahkan kemahuan.

5) Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak buahnya ?
A Menjalankan kegiatan menyamun.
B Menjalankan kegiatan pecah rumah.
C Menjalankan kegiatan menakut-nakutkan penduduk kampung.
D Menjalankan kegiatan pecah rumah dan menakut-nakutkan  
    penduduk kampung.

    
LAMAN CIKGU BAHRI
Sila baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya

Kail mengena si ikan jelawat,
Ditangkap nelayan bersama lokan ;
Ekonomi negara semakin gawat,
Tenangkan hati menerima ujian

Indah berseri hiasan jati,
Jati tumbuh di puncak bukit;
Jangan berbelanja sesuka hati,
Ada wang lebih simpanlah sedikit.

Petang redup pergi ke pekan,
Pergi ke pekan menaiki basikal:
Belanja sekolah boleh dikurangkan,
Galakkan anak membawa bekal.

Pergi ke surau bersama-sama rakan ,
Singgah sebentar di rumah Noja;
Barang tempatan patut diutamakan,
Jenama luar lupakan sahaja.

Anak kecil berhidung mancung,
Pandai mengaji sopan tuturnya;
Jika tergerak untuk melancong,
Negara sendiri patut diutama.

Gadis manis tersedu-sedu,
Ditinggalkan bonda dalam bahtera;
Marilah kita bersatu padu,
Negara aman Rakyat sejahtera.


1. Apakah jenis puisi di atas?
A. Syair
B. Gurindam
C. Pantun nasihat
D. Pantun adat

2. Pernyataan yang berikut betul tentang pantun kecuali
A. pantun mempunyai pembayang dan maksud
B. pantun mempunyai antara 8-12 sukukata
C. pantun mempunyai rima yang sama
D. pantun di atas ialah pantun empat kerat

3. Manakah antara yang berikut BUKAN harapan penulis ?
A. Berjimat cermat
B. Tenangkan fikiran menghadapi dugaan
C. Teruskan bersatu padu
D. Mengaji dan berkelakuan sopan

4. Pernyataan yang berikut ada kaitan dengan ungkapan tenangkan hati
menerima ujian kecuali
A. tidak menimbulkan kekecohan
B. selalu beringat bahawa kehidupan kita tidak selamanya mewah         
C. setiap ujian yang kita terima perlu dihadapi kerana ada nikmatnya  

D. kesusahan berlaku atas kesilapan manusia sendiri