Baca surat di
bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya
Khairul bin Ahmad,
Jalan utama,
Taman Sungai
Serada,
21300, Manir
Terengganu.
_________________________________________________
Yang Dipertua,
Majlis
Perbandaran Kuala Terengganu,
20200 Kuala
Terengganu,
Terengganu. 16 OGOS 2017
Tuan,
Masalah
Kekotoran
Dengan
hormatnya, saya selaku wakil penduduk Taman Sungai Serada berasa kecewa kerana
pihak Majlis Perbandaran Kuala Terengganu masih belum mengambil sebarang
tindakan terhdap masalah di atas. Saluran najis di kawasan perumahan kami
tersumbat dan mengakibatkan tangki najis itu pecah. Apabila tangki pecah, najis
melimpah keluar. Keadaan ini tidak menyenangkan kami kerana penduduk yang
terpaksa menutup pintu dan tingkap sehari suntuk bagi mengelakkan bau busuk itu
masuk ke dalam rumah. Kami sudah tidak tahan lagi dengan bau busuk itu yang
sekaligus menghilangkan selera makan.
Masalah ini bertambah teruk apabila
hari hujan. Tangki najis yag pecah itu menyebabkan air najis mengalir ke
kawasan-kawasan lain. Akibatnya penduduk di taman ini menghidapi berbagai-bagai
jenis penyakit kulit. Selain itu, sampah sarap tidak diangkut berminggu-minggu
oleh MPKT. Keadaan ini menyebabkan sampah sarap bersepah di sana sini akibat
diselongkar oleh kucing
dan
anjing liar. Sesetengah penduduk pula membuang sampah sarap ke dalam parit. Air
parit tidak dapat mengalir dengan lancar dna bertakung. Air yang bertakung memudahkan
nyamuk membiak dan bertelur, terutamanya nyamuk aedes.
Kami bimbang penduduk di kawasan ini
akan dijangkiti penyakit demam denggi. Taman permainan kanak-kanak di tempat
perumahan kami tiada kelengkapan yang sempurna. Rumput padang terlalu panjang
kerana tidak dimesin, tambahan pula alatalat permainan kanak-kanakseperti
buaian dan gelongsor sangatlah uzur. Ini amat membahayakan kanak-kanak dan
boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diduga. Saya bagi pihak penduduk taman
ini memohon agar pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi
masalah itu secepat mungkin. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan
amatlah kami hargai.
Sekian,
terima kasih.
Yang
benar,
KHAIRUL
(KHAIRUL
BIN AHMAD)
Wakil
Penduduk, Taman Sungai Serada.
1. Manakah yang
merupakan tunggak keamanan sesebuah
negara?
A. rakyat yang
suka brjimat cermat
B. adanya
semangat bersatu padu di kalangan rakyat
C. mengutamakan
tugas sendiri
D. membantu
orang susah
2. Apakah tujuan
penulis menulis surat kepada Majlis Perbandaran Kuala Terengganu ?
A. untuk mebuat
rayuan supaya diadakan tempat membuang sampah
B. untuk membuat
aduan tentang penduduk taman yang menghidap berbagai-bagai jenis penyakit kulit
C. untuk membuat
aduan tentang masalah saluran najis yang tersumbat , sampah sarap yang tidak diangkut dan ketiadaan taman permainan kanak-kanak yang sempurna
D. untuk membuat
aduan tentang penduduk yang dijangkiti penyakit deman denggi
3. Apakah jenis
pencemaran yang berlaku di tempat tinggal penulis ?
A. pencemaran
air, udara dan bunyi
B. pencemaran
air
C. pencemaran
bunyi
D. pencemaran
udara
4. Makna bagi
perkataan selongkar dalam surat di atas adalah
A. digeledah
B. dimakan
C. dibuang
D. dikais
5. Apakah yang
menyebabkan penyakit deman denggi merebak ?
A. Nyamuk tiruk
B. Nyamuk aedes
C. Tikus
D. Lalat
Post a Comment