LAMAN CIKGU BAHRI
PdPr 1.3.2021
Tahun 5

Kemahiran : Menghasilkan idea dalam membina artikel jahitan.

LANGKAH PEMBELAJARAN
1 Rujuk buku teks RBT Tahun 5 ( spt paparan di bawah). Fahami isi kandungannya.



LAMAN CIKGU BAHRI

PdPr 28.2.2.21 dan 2.3.21

Tahun 6

Kemahiran : Menggunakan kata ganti nama tunjuk.

Objektif : Mengenal pasti kata ganti nama tunjuk.

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Perhatikan dan fahami rajah di bawah.

a) Kata Ganti Nama

Kata ganti nama terbahagi kepada 2 iaitu ;
 i) Kata ganti nama tunjuk
ii) Kata ganti nama diri

2. Baca dan salin rajah Kata Ganti Nama Tunjuk di bawah di dalam buku tulis anda (Buku BM 1 - Tatabahasa)


3. Contoh penggunaan kata ganti nama tujuk dalam ayat.



4. Salin ayat di bawah dan isi tempat kosong dengan kata ganti nama tunjuk yang betul



1. "Buku cerita di atas meja ______ kepunyaan adik", kata ayah kepada Sani.

2. Gunalah duit ______ untuk membeli buku latihan kamu.

3. Lelaki yang berkemeja biru ______ abang saya.

4. Pasu bunga di bawah bangsal _______ dibeli oleh ayah di Sarawak.

5. Suara burung merbuk _____ sangat merdu.

6. Kami tinggal di ______ semenjak lima tahun yang lalu.

7. Kumpulkan buku-buku latihan kamu di _____ supaya mudah untuk saya menyemaknya.

8. Kami akan melawat negeri Kelantan esok. Semasa di ______ kami akan bermalam di rimah datuk Aina.

9. Saya harap kamu akan tinggal di ______ buat selama-lamanya kerana sudah lama berada di perantauan.

10. Jangan datang  ke ________kerana tempat ini tidak selamat.


Latihan Daripada Buku Teks m/s 22
Lengkapkan dialog di bawah menggunakan kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk.


Tuliskan tugasan seperti di bawah.

1. Mengapakah kamu bermuram di ________?

2. ________mahu melihat kehebatan __________.

3. ________menunggu kamu di _______________.

4. Mari ______________ ke _______________.

5. Yang sedang memberikan motivasi itu ________?

6. __________mesti bermain seperti biasa. Kawal minda dengan baiknya. __________kah sebabnya kita perlu mengawal minda semasa bermain?









LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPr 23.2.2021 dan 25.2.2021

PdP 6.4.2022

BM Tahun 6

OBJEKTIF : Mengetahui dan menyebutkan kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga.

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Baca dan fahami jadual di bawah.


2. Salin jadual di atas ke dalam buku tulis Tatabahasa anda.

PENERANGAN:

Kata ganti diri pertama:

Tunggal

  • aku — untuk bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan.
  • saya — untuk bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
  • hamba — untuk diri sendiri pada zaman dahulu.
  • patik — digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
  • beta — digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.

Jamak

  • kami—digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
  • kita—digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.

Kata ganti diri kedua

  • anda—digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
  • awak—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
  • engkau—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga.
  • tuanku—digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.
  • kalian—digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
  • kamu—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

Kata ganti diri ketiga

Tunggal

  • Baginda—digunakan untuk raja, sultan, atau nabi.
  • beliau—digunakan untuk tokoh dan orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin.
  • dia dan ia—digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.

Jamak

  • mereka—digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

3. Jawab soalan latihan di bawah menggunakan buku BM 1 (Tatabahasa).  Anda hanya perlu menuliskan jawapannya sahaja. 

Contoh : 1.  D     2. D     3. A     dan  seterusnya...


1  Bryan seorang murid yang pintar.  ____ belajar di kelas 6 jujur.
A   Hamba
B   Patik
C   Saya
D  Dia

2 “ _____ akan berjumpa dengan Cikgu Harum pada petang nanti” kata David kepada Siti.
A   Beta
B   Saya
C   Patik
D  Kami

3 “Bolehkah ____ tunjukkan jalan ke perpustakaan Negara?” kata  Devi kepada gadis itu.
A   mereka
B   kamu
C   beliau
D  dia

4  “ ______ perlu menggalahkan pasukan lawan supaya dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya,' kata ketua pasukan bola keranjang itu kepada ahli-ahlinya.
A   Kami
B   Beliau
C   Kita
D   Saya

5 “ _____akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada  sultan.
A   Hamba
B   Beta
C   Baginda
D   Patik

6  Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Lim kerana ____ tidak menyiapkan kerja sekolah.
A   dia
B   mereka
C   anda
D   beliau

7  Puan Mastura ialah Guru Besar SJK (C ) Ching Mun.  _____ telah berkhidmat di sekolah     itu selama hampir tujuh tahun.
A   Baginda
B   Beliau
C   Hamba
D  Patik

8  “ _____ berjanji akan membangunkan kawasan ini” titah Sultan Sulaiman.
A   Baginda
B   Beta
C   Hamba
D  Patik

9  Cikgu Faizal memuji Wai Ling atas tindakan _____ menolong seorang mangsa kemalangan pada pagi tadi.
A   anda
B   –nya
C   dia
D   ia

10  ______ mestilah taat kepada ibu bapa kerana mereklah yang membesarkan kita.
A  Tuanku
B  Mereka
C  Kita
D  Kami

11 “ Wahai pelajar-pelajar , ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke menara gading!' nasihat Guru Besar kepada kami.
A   kalian
B   engkau
C   kami
D  saya

12 “Lebih baik ____ segera pergi menelefon pihak bomba,” arah Kai Weng kepada kawannya apabila ternampak kebakaran.
A   saya
B   mereka
C   dia
D  kamu

13 Sultan Johor akan menghadiri majlis itu.  ______ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.
A   Beliau
B   Baginda
C   Beta
D   Patik

14  “ _____ berasal dari mana?” tanya Encik Abu kepada pemuda itu.
A   Kamu
B   Kalian
C   Aku
D  Dia

15 “Bilakah  _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya bendahara kepada Sultan Iskandar.
A   beta
B   kamu
C   tuanku
D   hamba


4. CABAR MINDA

Jawab kuiz melalui link di bawah.

https://wordwall.net/resource/1643652/nama/kuiz-kata-ganti-nama-diri






LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPr 23.2.2021

RBT Tahun 6

Objektif : Mengenal nama dan kegunaan alatan tangan yang dilihat.

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1.Perhatikan gambat dan baca nota di bawah ini.

Pistol Perekat Panas

Pistol perekat panas (bahasa InggerisHot glue gun atau Hot-melt adhesive) digunakan bersama-sama dengan rod perekat panas (hot melt glue). Di dalam pistol perekat panas, terdapat elemen pemanas yang berfungsi untuk mencairkan rod perekat panas. Ia digunakan untuk mencantumkan bahan.

2. Tonton video di bawah tentang cara menggunakan Pistol Perekat Panas.

Tiada tugasan bertulis hari ini.


LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPr 21.2.2021

TAHUN 6

KEMAHIRAN : MENDENGAR DAN BERTUTUR

OBJEKTIF : Menyampaikan pesanan dengan betul menggunakan bahasa yang santun

LANGKAH PEMBELAJARAN :

1. Rujuk Buku Teks BM m/s 18. Baca dan fahami maklumat yang dipaparkan.


2.Mengenalpasti pesanan yang disebutkan oleh Cikgu Mazidah kepada Izuni.

Pesanan Cikgu Mazidah kepada Izuni

Pesanan kepada Sameela


Pesanan kepada Jega

Pesanan kepada Siew Mei dan Amar

3. Menyampaikan pesanan Cikgu Mazidah  kepada rakan-rakan dengan melengkapkan dialog.


4. Menuliskan dialog di dalam buku tulis tatabahasa.

Izuni :Cikgu Mazidah berpesan,..........................................

Sarmeela :Terima kasih.

Izuni :Jega,........................................................................

Izuni :Siew Mei dan Amar,.................................................

Siew Mei :Baiklah.

5. Hantar tugasan yang telah lengkap melalui Google Classroom anda.



LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPr 16.2.2021

TAHUN 5

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Baca nota di bawah.

- Jahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki kelepet merentas.

- Jahitan ini boleh menggantikan jahitan mesin.


2. Langkah jahitan jelujur halus;


Langkah 1

Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.

Jahit dengan halus dan sama jarak lebih kurang 3 mm hingga 5 mm seperti dalam rajah.



Langkah 2

Jahit sehingga siap.

Matikan jahitan dengan jahitan kia.


3. Salin dan lukis nota Langkah-langkah jahitan jelujur halus di dalam buku tulis RBT anda.


4. Muatnaik tugasan ini ke dalam Google Classroom.


Selamat Belajar.



LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPr SELASA 16.2.2021

TAHUN 6

12.00-1.00


Kegunaan - Mencantum kepingan yang nipis dan lembut seperti papan lapis / mounting board.
                   Digunakan bersama dawai pengokot.

1. Cara menggunakan pistol pengokot (stapler gun) adalah tajuk pembelajaran hari ini. Maklumat lanjut mengenainya perlu ditonton melalui pautan di bawah.


https://www.youtube.com/watch?v=18twY2YSMAo


2.  Sekiranya di rumah anda terdapat pistol pengokot, anda boleh hantarkan tunjuk cara penggunaannya melalui video pendek ke dalam Google Classroom.  


3. Tiada tugasan bertulis untuk hari ini. 

Tk


LAMAN CIKGU BAHRI

1.       Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.

2.       Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3.       Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Ayat seru perlu diletakkan tanda bacaan koma (,) dan tanda seru (!) pada akhir ayat tersebut.
5.       Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.

Kata SeruPenggunaannyaAyat Contoh
aduh

untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum

1. Aduh, sakitnya tanganku!

2. Aduh, besarnya rumahmu!

aduhaiuntuk menyatakan perasaan sedihAduhai, malang sungguh nasibku!
ah

untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu

1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!

2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!

amboi/wah

untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum

1. Amboi, mahal betul kereta itu!

2. Wah, berani betul budak itu!

cis/cih

untuk menyatakan perasaan marah dan benci

1. Cis, berani dia menentangku!

2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !

eh

untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut

1. Eh, kamu sudah sampai!

2. Eh, tadi dia ada di sini!

hai

untuk menegur seseorang atau menarik perhatian

1. Hai, diamlah sikit!

2. Hai, sudah lama kita tidak bertemu!


Contoh lain kata seru dan ayat
Kata SerumaksudContoh ayat
wahaimenyatakan perasaan sayang atau merayuWahai adik ku sayang !
amboimenunjukkan perasaan kagumAmboi, tingginya bangunan KLCC ini !
hai Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah Nah, terimalah habuanmu !
aduhperasaan sakitAduh, sakitnya tanganku ini !
wahperasaan hairanWan, cantiknya merak ini !
ceh Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebahmarahBedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cismarah atau jijikCis, awak rupanya yang menjadi batu api !
ohterkejut hairan, gembira atau mengharap

Oh, itu rupanya rumah kamu !

Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !

ehhairanEh, bila ia terjadi !
syabasgembira, puas, memuji atau ucap tahniahSyabas, awak berjaya juga akhirnya !
alahaimenghinaAlahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamakterkejutAlamak, sudah pukul 8.00 pagi !
hahairanHa, budak itu yang menang !

6. LATIHAN: 

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai seperti contoh jawapan di bawah. Gunakan buku BM 1 (tatabahasa). Hantar tugasan melalui GC.

Contoh soalan:

"______________, siapa yang telah menconteng dinding itu?" kata Pak Mat kepada budak-budak itu.

A  Eh

B  Nah

C  Wah

D  Oh

Contoh jawapan:

Eh, siapa yang telah menconteng dinding itu ? kata Pak Mat kepada budak-budak itu?


SOALAN:

1   _____ , teriknya cahaya matahari sejak kebelakangan ini!
A  Oh
B  Cis
C  Nah
D  Syabas

2  ______, kamu juga suka datang berenang di sini!
A  Eh
B  Hai
C  Wahai
D  Amboi

3  ______ , cepatnya adik kamu mengira!
A  Hai
B  Wah
C  Aduh
D  Aduhai

4  “ _____, berani kamu semua mengganggu keamanan kampung ini”  kata ketua kampung dengan marah.
A  Amboi
B  Cis
C  Ah
D Oh

5  _____, cantik sungguh gaun yang dipakai oleh pengantin itu!
A Eh
B Oh
C Aduhai
D Wah

6  _____, malangnya mangsa kebakaran yang tinggal sehelai pinggang itu!
A  Aduhai
B  Aduh
C  Cis
D  Ah

7  “ ____ , kumpulan kamu telah menjuarai pertandingan ini” kata Cikgu Kumaran kepada Malek dan kawan-kawannya.
A  Wahai
B  Syabas
C  Oh
D Nah

8  _____, ambilah buku cerita yang kamu mahu!
A  amboi
B  hai
C  nah
D  eh

9  “ _____ murid-murid, ingatlah pesanan kedua-dua orang tua kamu!” nasihat cikgu Mark.
A  Wahai
B Wah
C Hai
D Eh

10  _____, sakitnya dahiku!
A  Aduh
B  Wah
C Aduhai
D Cis

11 _____ , terimalah tumbukanku yang hebat ini!
A  Nah
B  Oh
C  Cis
D  Hai

12  _____, Chee Han! Sudah lama tidak berjumpa dengan kamu.
A  Nah
B  Wahai
C  Hai
D  Amboi

13  _____, susah betul soalan peperiksaan akhir tahun!
A cis
B oh
C wah
D syabas

14  _____, aku tidak bersetuju dengan pendapat kamu itu!
A  ah
B  wah
C  hai
D  wahai

15  ___, ramping ibu kamu, Zaleha!
A  Amboi
B  cis
C  Aduhai
D  Syabas

Sebagai latihan minda juga, anda boleh menjawab soalan kuiz melalui link di bawah. Hasil markah kuiz ini tidak perlu dihantar.

https://wordwall.net/ms/resource/2130879/kata-seru


LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPr RBT Tahun 6 

9.2.2021

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Rujuk dan baca buku teks RBT ms 7. (spt paparan di bawah)


2. Catat nota 2 bahan tersebut dalam buku tulis RBT anda. Anda boleh lukis gambar bahan itu secara free hand atau cetak dan tampal. 

3. Hantar tugasan anda yang telah lengkap ke dalam Google Classroom.

Selamat balajar.



LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPr 9.2.2021 Tahun 5

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Perhatikan langkah-langkah menjahit jahitan kia di bawah. Tulis dan lukis langkah menjahit jahitan tersebut di dalam buku Tulis RBT anda (mencatat nota).

Langkah Menjahit Jahitan Kia







2. Nota yang telah siap boleh dihantar kepada guru anda melalui Google Classroom.

3. Sebagai persediaan untuk latihan amali, anda boleh tonton video pengajaran cara menjahit jahitan kia melalui pautan di bawah;

Selamat Belajar











LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPr 9.2.2021

BM TAHUN 6

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Tonton dan fahami video pengajaran melalui pautan di bawah;

https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=W99T6Fi8xWw

2. Salin dialog yang terdapat pada langkah 3 dalam video tersebut. Isikan jawapan yang sesuai pada setiap tempat kosong dalam dialog itu.

3. Dialog tersebut terdapat dalam buku teks BM Tahun 6 muka surat 11.

4. Tugasan ini perlu dibuat dalam buku penulisan (buku hijau -  panjang )

5. Hantar tugasan yang telah lengkap ke dalam GC.

Selamat belajar. 

LAMAN CIKGU BAHRI

 


LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPr 2.2.2021

TAHUN 5

UNIT :TEKNOLOGI RUMAH TANGGA

TAJUK : KENALI ALATAN JAHITAN

LANGKAH PEMBELAJARAN :

1. Tonton dan fahami video pembelajaran di bawah. Berikan tumpuan anda terhadap penerangan guru pada tajuk alatan jahitan.

https://www.youtube.com/watch?v=DtFnRxKUDBc

2. Rujuk juga buku teks RBT Tahun 5 muka surat 7. 

3. Buat nota  alat tangan yang telah anda pelajari. Tuliskan nama alatan, kegunaannya dan lukis atau tampal gambar alatan tangan tersebut. Gunakan buku tulis RBT yang lalu untuk membuat nota ini.

4. Gunakan kreativiti anda untuk menyiapkan nota ini. 

5. Setelah selesai membuat nota, anda boleh menguji minda melalui link kuiz di bawah;

https://wordwall.net/ms/resource/1807619/quiz-alatan-jahitan 

SELAMAT BELAJAR



LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPr 2.2.2021

RBT TAHUN 6

UNIT 1 : PENGHASILAN PROJEK

TAJUK : ALATAN TANGAN

LANGKAH PEMBELAJARAN:

A. Tonton video pembelajaran melalui link di bawah;

https://www.youtube.com/watch?v=GJJ3QN70zl8

B. Rujuk, baca dan fahami juga buku teks RBT mukasurat 4,5 dan 6.

C. Buat nota berkenaan alatan tangan yang telah anda pelajari di dalam buku tulis. Buku-buku lebihan tahun lepas boleh digunakan. Tuliskan nama alatan tangan, kegunaannya dan lukis atau tampal gambar alatan tangan tersebut.

Tajuk : Alatan Tangan

1. Gergaji Tangan : 



    Kegunaan :


2. Gergaji Lengkung Halus




Kegunaan :


3. Gergaji Kerawang : 



    Kegunaan :


4. Pahat

Uploading: 1070 of 1070 bytes uploaded.

Kegunaan :


5. Pisau Pemotong Perspeks




Kegunaan :


6. Pistol Pengokot : 



    Kegunaan :


7. Pistol Perekat Panas

Uploading: 1070 of 1070 bytes uploaded.

Kegunaan :


D) Setelah menyiapkan nota di atas, anda boleh menguji minda melalui  link kuiz di bawah. Markah kuiz ini anda boleh masukkan dalam ruang comment dibawah sebagai eviden tugasan.

Selamat Belajar.








LAMAN CIKGU BAHRI

PdPr 2.2.2021

TAJUK : AYAT TANYA

KEMAHIRAN : Membina ayat tanya menggunakan kata tanya dan tanpa menggunakan kata tanya.

LANGKAH PEMBELAJARAN :

A) Baca dan fahami nota di bawah.

 1. Ayat tanya merupakan ayat yang bertujuan  untuk menanyakan sesuatu. Ada ayat tanya yang menggunakan kata tanya dan ada pula ayat tanya yang tidak menggunakan kata tanya.

2. Kata tanya adalah seperti berikut;

       Kata Tanya

Tujuan Pertanyaan

1

Siapa (kah)

Orang

2

Apa (kah)

Benda, perkara, hal, binatang, tumbuhan

3

Mana (kah)

Tempat

4

Bagaimana (kah)

Cara

5

Bila (kah)

Masa atau tempoh masa

6

Berapa (kah)

Bilangan

7

Ada (kah)

Setuju atau tidak

 

3. Lazimnya kata tanya disertai bentuk penegas –kah jika digunakan pada permulaan ayat. Jika kata tanya digunakan di hujung ayat maka penggunaan penegas -kah tidak perlu digunakan. 

4. Ayat tanya mestilah dibubuh tanda soal (?) diakhir ayat. 

5. Terdapat juga ayat tanya yang tidak memerlukan kata tanya. Lihat contoh di bawah;

 

 

AYAT TANYA DENGAN KATA TANYA

AYAT TANYA TANPA KATA TANYA

1

Siapakah nama awak?

Kamu sudah makan?

2

Di manakah kamu tinggal?

Kerja rumah awak belum siap?

3

Berapakah harga buku rujukan ini?

Nasi ini basi?

4

Bagaimanakah cara membuat kek ini?

Meja itu rosak?

5

Kenapakah muka awak bengkak?

Pagi tadi hujan?

6

Mengapakah kamu tidak datang ke rumah?

Awak menangis?

 

B) Siapkan latihan di bawah. 

(Gunakan buku garis 1 ( BM 1 - Tatabahasa)
Hantar tugasan yang telah siap  melalui Google Clasroom kelas anda.

Arahan :
Bina ayat tanya berpandukan ayat penyata di bawah. 

Contoh ;
 Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Guru Besar.
 Siapakah yang menyampaikan hadiah kepada para pemenang?

1.Kempen menabung itu dilancarkan di sebuah bank terkemuka
__________________________________________

2. Cara penjagaan gigi yang betul dapat mengelakkan penyakit gusi.
_____________________________________

3. Gelas itu telah diletakkan di bawah meja.
_____________________________________

4. Nama anak kucing yang comel itu ialah Belang.
_____________________________________

5. Ya, anak Pak Samad seorang doktor.
_____________________________________

6. Semalam petang sebuah lori sampah telah terbabas di situ.
_____________________________________

7. Ayah memandu keretanya dengan berhati-hati.
_____________________________________

8. Baju merah itu lebih cantik daripada baju kuning.
_____________________________________