LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR Khamis 1.7.2021

Tahun 5

Langkah Pembelajaran.

1. Baca dan fahami nota tentang alatan dan bahan membina kipas solar yang terdapat di dalam buku teks RBT Tahun 5 muka surat 30 dan 31.





2. Jawab soalan di bawah. Anda boleh salin dan lukis  atau cetak dan tampalkan ke dalam buku tulis RBT anda.

A) Tuliskan nama alatan pada gambarnya .


B) Tuliskan nama bahan di bawah gambarnya dan suaikan kegunaannya.


Gambar tugasan yang telah lengkap perlu dihantar ke dalam google classroom kelas anda. Selamat belajar.

LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR 29.6.2021

Tahun 6

Karangan Autobiografi

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Baca dan fahami nota di bawah.

· Karangan jenis ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk menjadikannya lebih menarik.
·      Autobiografi bermaksud penulisan karangan tentang sesuatu benda atau haiwan yang diberi nyawa dan   perasaan seperti manusia. Contohnya, Aku Sebuah Basikal.
·    Unsur nilai murni dan pengajaran yang disisipkan secara tidak langsung menjadikan karangan ini lebih   menarik.
     · Isi karangan mestilah logik, munasabah, serta berkaitan dengan tajuk.

2. Baca contoh karangan autibiografi di bawah.

AKU SEBUAH KAMUS

     Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai sebuah kamus. Namaku Kamus Dewan Pelajar. Badanku berbentuk empat segi. Aku tidak mempunyai kaki mahupun tangan. Badanku setebal empat sentimeter. Aku dilahirkan di sebuah kilang percetakan di Kuala Lumpur.

     Rumah kedua aku ialah Kedai Buku Popular Manaf. Banyak betul buku di kedai itu. Mereka ialah rakan-rakanku. Aku ditempatkan sederet dengan rakan kamus daripada pelbagai syarukat penerbitan. Setelah berada dua bulan di kedai buku tersebut, aku dibeli oleh seorang murid perempuan bernama Maisarah dengan harga RM 28.00 senaskah.

     Rumah ketigaku adalah di rumah Maisarah. Aku diletakkan di atas rak buku di dalam biliknya. Maisarah seorang murid yang rajin. Dia selalu menggunakanku untuk merujuk perkataan yang sukar. Kadangkala dia membawaku ke sekolah.

     Cikgu Razif selalu memuji sikap Maisarah yang membawa kamus ke sekolah. Aku memerhatikan tidak ramai murid yang membawa kamus ke sekolah. Jika aku boleh bercakap sudah tentu aku akan menasihati mereka agar memiliki sebuah kamus untuk meningkatkan kefahaman perbendaharaan kata.

     Kini, Maisarah telah menamatkan pelajarannya di universiti. Namun, aku tetap menjadi pembantu setianya walaupun dia sudah memiliki kamus lain. Aku adalah antara sahabat lamanya yang paling dihargai. Aku berjanji akan tetap memberikan khidmat yang terbaik untuknya.

3. Tuliskan sebuah karangan bertajuk 'Aku Sepohon Pokok Durian' di dalam buku Penulisan 2 (P2). Rangka konsep di bawah boleh dijadikan panduan. Walaubagaimanapun isi lain boleh digunakan asalkan berkaitan dengan tajuk.

AKU SEPOHON POKOK DURIAN
Pendahuluan :
- nama, tempat dilahirkan, tempat tinggal, jenis pokok (akar tunjang, batang berkayu, berbuah dsb.)

Isi 1 :
- mempunyai tuan, nama tuan, seorang yang rajin, mempunyai dusun buah-buahan, contoh pokok yang ditanam.

Isi 2 :
- ditanam di dalam beg semaian, semakin besar, dipindahkan  ke dusunnya, disiram, baja, hidup subur

Isi 3:
- 5 tahun, mula berbunga, mengeluarkan buah, dijaga dengan rapi, disembur racun serangga, buah yang besar dan berkualiti

Isi 4:
- buah telah masak, mengeluarkan bau yang sangat harum, mula gugur, dipungut dan dikumpulkan dijual, mendapat banyak wang, gembira

Penutup:
- bangga menjadi pokok durian, berhasrat akan mengeluarkan  lebih banyak buah


3.



LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR AHAD 27.6.2021

BM TAHUN 6

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Baca dan fahami nota di bawah.

· Karangan jenis ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk menjadikannya lebih menarik.
·      Autobiografi bermaksud penulisan karangan tentang sesuatu benda atau haiwan yang diberi nyawa dan   perasaan seperti manusia. Contohnya, Aku Sebuah Basikal.
·    Unsur nilai murni dan pengajaran yang disisipkan secara tidak langsung menjadikan karangan ini lebih   menarik.
     · Isi karangan mestilah logic, munasabah, serta berkaitan dengan tajuk.


2. Baca contoh karangan autibiografi di bawah.

AKU SEBUAH KAMUS

     Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai sebuah kamus. Namaku Kamus Dewan Pelajar. Badanku berbentuk empat segi. Aku tidak mempunyai kaki mahupun tangan. Badanku setebal empat sentimeter. Aku dilahirkan di sebuah kilang percetakan di Kuala Lumpur.

     Rumah kedua aku ialah Kedai Buku Popular Manaf. Banyak betul buku di kedai itu. Mereka ialah rakan-rakanku. Aku ditempatkan sederet dengan rakan kamus daripada pelbagai syarukat penerbitan. Setelah berada dua bulan di kedai buku tersebut, aku dibeli oleh seorang murid perempuan bernama Maisarah dengan harga RM 28.00 senaskah.

     Rumah ketigaku adalah di rumah Maisarah. Aku diletakkan di atas rak buku di dalam biliknya. Maisarah seorang murid yang rajin. Dia selalu menggunakanku untuk merujuk perkataan yang sukar. Kadangkala dia membawaku ke sekolah.

     Cikgu Razif selalu memuji sikap Maisarah yang membawa kamus ke sekolah. Aku memerhatikan tidak ramai murid yang membawa kamus ke sekolah. Jika aku boleh bercakap sudah tentu aku akan menasihati mereka agar memiliki sebuah kamus untuk meningkatkan kefahaman perbendaharaan kata.

     Kini, Maisarah telah menamatkan pelajarannya di universiti. Namun, aku tetap menjadi pembantu setianya walaupun dia sudah memiliki kamus lain. Aku adalah antara sahabat lamanya yang paling dihargai. Aku berjanji akan tetap memberikan khidmat yang terbaik untuknya.

3. Rujuk buku teks BM muka surat 113. Baca dan sambungkan karangan bertajuk Kisah Hidup Sepotong Kayu. 


4. Tuliskan karangan anda di dalam buku Penulisan 1 (P1).




LAMAN CIKGU BAHRI

 RBT TAHUN 5

PdPR Khamis 24.6.2021

Langkah Pembelajaran:

1. Tonton dan fahami video pengajaran melalui pautan di bawah;

https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=BT0uKL_hiDE

2. Buka buku teks RBT Tahun 5 muka surat 26 (seperti di bawah). Salin fan lukis rajah blok yang terdapat pada halaman tersebut di dalam buku tulis anda.


Selamat belajar.


LAMAN CIKGU BAHRI

 RBT TAHUN 6

PdPR Isnin 21.6.2021

PdPR Rabu 23.6.2021

Langkah Pembelajaran:

1. Tonton dan fahami video pengajaran melalui pautan di bawah.

https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=IF1Au2ij9rc

2. Rujuk, baca dan fahami nota dalam buku teks RBT muka surat 46.


3. Salain nota alatan menyemai dan fungsinya ke dalam buku tulis RBT. Gambar alatan boleh dilukis dicetak atau photostat. 

Selamat belajar.

LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR AHAD 22.6.2021

BM TAHUN 6

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1. Baca dan fahami nota di bawah.









2. Salain nota di atas di dalam buku BM 1 (Tatabahasa)

3. Jawab soalan kuiz melalui pautan di bawah untuk mengasah minda anda.

LAMAN CIKGU BAHRI

 RBT TAHUN 5

PdPR Khamis 17.6.2021

Langkah pembelajaran.

1. Tonton dan fahami video pengajaran melalui pautan di bawah.

https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=MT5cY6C3WuE


 2. Seterusnya anda perlu menyalin, mencetak atau photostat nota daripada buku teks RBT muka surat 24 dan 25 sebelum menampalkannya ke dalam buku tulis RBT anda.

Berikut adalah kandungan yg terdapat dalam buku teks RBT muka surat 24 dan 25.



3. Bagi menguji kefahaman anda dalam tajuk ini, anda bolehlah menjawab soalan kuiz melalui pautan di bawah.

Selamat belajar.



LAMAN CIKGU BAHRI

PdPR Isnin 14.6.2021 (6 P1)

PdPr Rabu 16.6.2021 (6C2 dan 6B1)

RBT Tahun 6

Kemahiran : Pengenalan Hidroponik 

Langkah pembelajaran:

1. Baca dan fahami buku teks RBT Tahun 6 m/s 43, 44 dan 45.

2. Salin dan lukis maklumat m/s 45  iaitu Teknik Hidroponik dan Kebaikan Hidroponik ke dalam buku tulis RBT anda. Anda juga boleh photostat atau mencetak m/s tersebut sebelum menampalkanya ke dalam buku tulis anda.


3. Anda perlu hantarkan gambar tugasan yang telah siap ke dalam Google Classroom RBT kelas anda.

Selamat belajar.

LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR Ahad 13.6.2021

Tahun 6

Kemahiran : Menjawab soalan pemahaman

1. Baca dan fahami petikan di bawah (Buku Teks BM Tahun 6 m/s 103)


2. Baca dan jawab soalan-soalan di bawah berpandukan petikan yang telah anda baca. Gunakan Buku BM 2 (Pemahaman)

a) Apakah tugas utama Angkatan Tentera Malaysia?

b) Senaraikan aset Angkatan Tentera Malaysia.

    i) Tentera Darat Malaysia -

    ii) Tentera Udara Diraja Malaysia -

    iii) Tentera Laut Diraja Malaysia -

c) Sebagai rakyat Malaysia, mengapakah kita patut bersyukur dan berbangga terhadap perajurit negara kita?

d) Bagaimanakah anda dapat menunjukkan rasa cinta dan sayang kepada negara ini. Jelaskan.


Tugasan tambahan (dari 13/6/2021 - 17.6.2021)

Buku Aktiviti  ( Mesra Digital) - Buat dari m/s 49 hingga m/s 54.