1) Ayat perintah ialah ayat yang digunakan utnuk
menyuruh atau memerintah seseorang supaya melakukan sesuatu atau berbuat
sesuatu
2) Dalam ayat perintah predikatnya dipentingkan
dan dikedepankan. Oleh itu, ayat perintah ialah ayat songsang kerana subjeknya
di belakang dan predikatnya di depan
3) Ada dua jenis ayat perintah, iaitu ayat perintah aktif dan ayat perintah
pasif
4) Ayat perintah aktif terdiri daripada ayat
penyata biasa dengan kata kerja transitif. Contohnya
Subjek
|
Predikat
|
Pergilah
|
Anda
|
Berdirilah
|
Engkau
|
Menarilah
|
Kamu
|
5) Dalam ayat perintah aktif di atas, kata ganti
diri kedua yang menjadi subjek boleh dilenyapkan
6) Dengan demikian, terbentuklah ayat perintah
atau ayat suruhan yang berikut:
a) pergilah
b) berdirilah
c) menarilah
2) Apabila di dalam ayat perintah terdapat frasa
kerja pasif dan subjeknya pula menjadi penderita maka ayat perintah tersebut
dikenali sebagai ayat perintah pasif. Contohnya
a) Bacalah surat ini
b) Jangan ganggu adik kamu
c) Usahlah kamu menderhaki ibu
bapamu
Post a Comment