LAMAN CIKGU BAHRI
Ragam Ayat
1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
      (a) ayat penyata;
      (b) ayat tanya;
      (c) ayat perintah;
      (d) ayat seruan.
2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:

(a) Ayat penyata
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau
menerangkan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.

Contohnya:
i.  Kakak sedang menyiram bunga. ii. Lembu itu akan dijual.
Budak-budak itu bermain di tepi longkang.
     
(b) Ayat tanya
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :

a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.

Contohnya
i.  Berapakah harga kasut itu?
ii.  Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?

(c) Ayat perintah
1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan

Contohnya:
a. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh :
a) Hantarlah buku itu sebelum pulang.
b) Turunlah dari sini sekarang juga.
Cuci kasut kamu. (suruhan)

b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh :
a)Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
b) Minta hadirin semua bergerak ke bilik jamuan.
c) Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)

c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh :
a) Jangan minum air itu.
b) Usahlah menangis lagi.
Jangan petik bungs itu.(Iarangan)

d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh :
a) Sila bawa sejadah bila ke surau.
b) Jemputlah menikmati
c) Datanglah ke rumah saya. (silaan)

Ayat seruan
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.

Contohnya:
i.  Amboi, cantiknya baju kamu!
ii. Aduh, sakitnya perut aku!
iii. Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
LAMAN CIKGU BAHRI

      Pada cuti sekolah yang lalu, aku telah pulang ke kampung di Negeri Sembilan bersama-sama keluarga. Sebaik tiba di kampung, aku mula berpakat dengan sepupu-sepupuku, Atan dan Usap untuk memancing ikan di Sungai Jelai.

"Jangan main sungai. Bahaya. Hujan lebat semalam. Arus sungai deras," pesan nenekku.

      Bagaimanapun ketika ibu dan ayah berbual dengan nenek di dapur, aku, Atan dan Usop meneruskan rancangan kami memancing di sungai itu.
   
      Setelah beberapa minit mencampakkan mata kail ke dalam sungai, Atan dapat memancing seekor ikan yang besar. Atan berasa sangat gembira. Setelah memasang mata kail yang baharu pada jorannya, Atan mencampakkan pancingnya kembali ke dalam sungai.

      Tiba-tiba Atan tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Atan menjerit meminta tolong. Aku dan Usop cuba mencapai tangannya tetapi gagal kerana arus sungai agak deras. Aku lihat Atan cuba berenang untuk menyelamatkan diri tetapi terus dibawa arus. Tangannya terkapai-kapai dalam air.

      Aku menjerit meminta tolong. Usop pula berlari pulang untuk memberitahu penduduk kampung. Tidak lama kemudian, penduduk kampung datang bersama-sama ibu dan ayah kami. Beberapa orang penduduk berenang ke dalam sungai untuk mencari Atan, tetapi gagal. Aku dan Usop menangis teresak-esak. Lebih kurang tiga jam kemudian, anggota bomba dan penyelamat yang datang menemui mayat Atan tersangkut pada akar pokok. Mayatnya kemudian dibawa ke hospital.

     Aku amat menyesal kerana tidak mendengar nasihat nenekku. Bagaimanapun, penyesalanku sudah tidak ada gunanya kerana "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna."
LAMAN CIKGU BAHRI

DATUKKU PENOREH GETAH
SOALAN

Pada cuti semester yang lalu, anda telah tinggal bersama-sama datuk dan nenek anda di kampung. Datuk anda itu penoreh getah. Ceritakan kehidupan seharian mereka itu.

Rangka Karangan : 

Pendahuluan
- cuti sekolah / tinggal di kampung
- rumahnya tidak jauh dari kebun getah 
-setiap hari dia pergi menoreh
-pergi dengan berbasikal
                      

Perenggan ke-2

 - awal pagi keluar rumah
 - memakai topi berlampu
 - dapat menoreh walaupun suasana masih gelap
 - menoreh dengan pisau getah tajam
                        

Perenggan ke-3

 - selesai menoreh pukul 10
- rehat / makan bekalan
- mengutip susu getah / ke dalam tong yang besar
- bawa ke pusat pengumpulan
 - sentiasa pastikan kebunnya terjaga
                        

Perenggan ke-4

 - kadang-kadang dijadikan getah skrap
 - susu getah dibiarkan beku di cawan setiap pokok
 - mengutip getah skrap dan dikumpulkan
 - menjual hasil seminggu sekali

Penutup

- dapat menanggung keluarga
- menanam tanaman lain dan ternakan sebagai sampingan
- bangga dengan sikapnya yang rajin

LAMAN CIKGU BAHRI
Kata Hubung



Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1 Guru itu sering dipuji ___________ rajin bekerja.
A atau
B jika
C agar
D kerana

2 Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.
A dan
B tetapi
C manakala
D walaupun

3 Rumainah bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak.
A hingga
B tatkala
C setelah
D supaya

4 Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak.
A agar
B ketika
C hingga
D setelah

5 Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu
hadapan ___________ bulan hadapan?
A dan
B lalu
C atau
D maka

6 Din mengambil surat itu _________ menyerahkannya kepada Rajoo.
A lalu
B agar
C maka
D kerana

7 Charles lulus ujian itu _________ adiknya gagal.
A dan
B serta
C tetapi
D malahan

8 Zamzarina berkata-kata __________ merenung wajah temannya.
A kerana
B sambil
C maka
D lalu

9 Farzana ______ Mei Hua sangat gembira kerana mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
A dan
B lalu
C tetapi
D walhal

10 __________ keluarga Wong tiba, datuknya tiada di rumah.
A Semasa
B Setelah
C Supaya
D Sementara

11 Keluarga Chong Wei mungkin berpindah ke Johor __________ ke Melaka.
A dan
B lalu
C atau
D agar

12 Encik Sulaiman berdoa ________ keluarganya sentiasa sihat.
A untuk
B jikalau
C bahawa
D semoga

13 ___________ pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiada padanya.
A Semoga
B Sewaktu
C Supaya
D Setelah

14 Encik Lim menebas semak-samun _________ isterinya menyapu sampah.
A apabila
B manakala
C walaupun
D sedangkan

15 Halim tetap dengan pendiriannya untuk berhijrah ke bandar __________
ditentang oleh ibunya.
A sementara
B walaupun
C sejak
D agar

16 Hamid tidak datang ke sekolah ____________ minggu lepas.
A semenjak
B sewaktu
C kerana
D selagi

17 Murid-murid diminta beratur __________ menaiki bas.
A ketika
B setelah
C semenjak
D sementara

18 Landskap itu dibina oleh guru-guru, ibu bapa ________ murid-murid sekolah itu.
A lalu
B maka
C serta
D atau

19 __________ menonton drama lucu itu, mereka ketawa berdekah-dekah.
A Apabila
B Kerana
C Sambil
D Semasa

20 Izuddin masuk ke kelas ________ Cikgu Norman sedang mengajar.
A sementara
B malahan
C tatkala
D sambil

21 Ekspo pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya ___________ mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan.
A jika
B ketika
C hingga
D sementara

22 Makanlah makanan yang berkhasiat ___________ badan kamu sentiasa
cergas.
A jika
B sejak
C kerana
D supaya

23 Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti, __________ Azminmengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke bandar.
A dan
B lantas
C manakala
D sementara

24 Tetamu itu bangun _________ turun ke serambi.
A dan
B lalu
C maka
D setelah

25 Manjeet berkata ________ dia pasti akan mengikuti rombongan sambil belajar ke Putrajaya itu.
A bahawa
B seraya
C maka
D agar

26 Ibu tua itu memeluk anaknya _________ membelai rambutnya.
A serta
B walhal
C malahan
D kendatipun

27 Pak Mat mengumpul nira _______ dibuat manisan dan tuak.
A setelah
B semasa
C untuk
D bagi

28 ___________ hujan turun, pasukan bola sepak itu masih bermain di padang.
A Semoga
B Tatkala
C Hingga
D Supaya

29 _____________ letih, pelumba basikal itu meneruskan kayuhannya sehingga ke garisan penamat.
A Tatkala
B Semasa
C Sungguhpun
D Walau bagaimanapun

30 Pertahanan negara perlu diperkuat ___________ keamanan negara sentiasa terjamin.
A agar
B untuk
C hingga
D bahawa

31 Sri Devi tidak akan makan _________ ibu tidak memujuknya.
A setelah
B apabila
C sekiranya
D sementara

32 Setelah mendapati rakan-rakan lain berdiam diri, Rodiah __________
mengangkat tangan untuk menjawab soalan Matematik itu.
A maka
B lantas
C sambil
D justeru

33 Sekumpulan pekerja sedang berehat sambil berbual-bual ___________
menyambung tugas masing-masing.
A sementara
B semenjak
C sebelum
D semasa

34 Bukan Amirul sahaja yang pemurah __________ anaknya juga dermawan.
A malahan
B namun
C tetapi
D maka

35 __________ kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, kita pasti berjaya.
A Semenjak
B Sekiranya
C Semasa
D Selagi

36 ___________ sebelum kejadian itu berlaku, mereka kelihatan bermain bola ditepi pantai.
A Apabila
B Justeru
C Sejurus
D Ketika

37 Wafiy akan terus berusaha _________ cita-citanya untuk menjadi seorang angkasawan belum tercapai.
A sementara
B walaupun
C apabila
D selagi

38 Sampah itu dikutipnya ___________ dibuangnya ke dalam tong sampah.
A seraya
B apabila
C bahawa
D kemudian

39 ___________ menunggu bas, Norita membaca buku cerita.
A Setelah
B Jikalau
C Walaupun
D Sementara

40 Perlawanan itu akan dibatalkan __________ hujan turun dengan lebatnya.
A semoga
B kerana
C jikalau
D untuk
LAMAN CIKGU BAHRI

Baca petikan dan tuliskan nilai murni yang terdapat di dalam petikan di bawah.

Sudah acap kali Pak Murad menasihati jirannya  Kassim seorang pengusaha bengkel motosikal  tentang sampah sarap di belakang rumahnya itu. Botol-botol plastik, tin kosong, malah tayar buruk juga dilonggokkan di situ. Malangnya, Kassim keras kepala orangnya. Nasihat Pak Murad  jirannya langsung tidak diendahkannya.
            Suatu hari, anaknya Faridah  jatuh sakit. Suhu badannya panas meningkat mendadak. Demamnya berulang-ulang, sekejap surut sekejap naik semula suhu badannya.  Seluruh badan Faridah  juga mula ditumbuhi bintik-bintik merah.
            Ubat klinik tidak berkesan ditubuhnya.  Akhirnya, Kassim  membawa Faridah  ke hospital. Doktor yang merawat Faridah mengesahkan Faridah  menghidap demam denggi.  Keadaannya itu menyebabkan Faridah  terpaksa ditahan dan diasingkan di wad.
            Kassim sangat sesal dengan sikap keras kepalanya selama ini. Kedegilannya menyebabkan anaknya terlantar di hospital. Dia sedar akan kesilapannya. Dia berazam untuk membersihkan kawasan belakang rumahnya secepat mungkin.

LAMAN CIKGU BAHRI

Baca petikan dan tuliskan nilai murni yang terdapat di dalam petikan di bawah.

Amir termenung sendirian di kantin. Semenjak ayahnya jatuh sakit, dia dan ibunya patah kandar. Mereka hilang tempat bergantung. Selama ini, ayahnya bekerja keras mencari rezeki di kebun getah mereka.
            “Amir, cikgu lihat kamu seperti ada masalah. Boleh cikgu membantu kamu?” tanya Cikgu Rajeswari.
            “Sebenarnya, saya runsing memikirkan yuran yang belum dijelaskan, cikgu. Ayah saya sakit sekarang ini. Tetapi, saya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Saya tidak mahu menagih simpati daripada orang lain,” kata Amir.
            “Amir, usahlah kamu runsing lagi. Tentang yuran, biarlah pihak sekolah selesaikan. Cikgu akan mengadakan kutipan derma untuk membantu keluarga kamu. Kamu perlu menjaga ayah kamu itu. Tetapi, jangan kamu mengabaikan pelajaran pula,” kata Cikgu Rajeswari.
            “Terima kasih, cikgu. Saya berasa bersyukur kerana ada orang yang mengambil berat tentang keluarga saya. Budi cikgu tidak dapat saya balas,” kata Amir.






LAMAN CIKGU BAHRI

1)    1)  Digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat
2)      Contoh:
a)      Emak membeli baju dan seluar (penggabungan kata)
b)      Ali kurus tetapi tidak boleh berlari (penggabungan frasa)
c)      Ali mengemop lantai sementara Ahmad mengelap tingkap (penggabungan ayat)
3)      Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
a)      Kata hubung gabungan
b)      Kata hubung pancangan
c)      Kata hubung berpasangan
Kata Hubung Gabungan
Contoh
Atau
Saya hendak makan mee atau nasi lemak
Dan
Saya dan adik bermain di taman
Lalu
Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian
Lantas
Saya bangun malas dan lantas ke dapur
Sambil
Bapa mendengar radio sambil membaca surat khabar
Maka
Apabila melihat polis telah pergi semua maka dia pun keluarlah
Serta
Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah
Tetapi
Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar
Sebab
Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi
Kalau
Kamu akan dipenjara kalau melakukan kesalahan
Supaya
Kita harus mandi selalu supaya kelihatan bersih
Kemudian
Sila baca soalan kemudian mula menjawab
Malahan
Saya disini baik sahaja malahan kamu
bahkan
Bahkan kamu menang saya, saya akan berusaha lebih kuat lagi

Kata Hubung Pancangan
Contoh
Agar
Saya berharap agarkamu dapat dating
Apabila
Saya terkejut apabila mendengar berita itu
Bahawa
Saya yakin bahawa cerita kamu adalah benar
Biarpun
Biarpun dia mengatakan saya, saya tetap betul dalam hal ini
Hingga
Saya belajar hingga ke peringkat universiti
Jika
Jika kamu larang saya, kamu akan terima padahnya
Kecuali
Jawab semua soalan kecuali soalan dua
Kerana
Dia sakit hati kerana kenakalan anaknya
Ketika
Ketika menunggu kamu, saya hampir tertidur
Lantaran
Lantaran kes ini, saya rasa Ali bersalah
Manakala
Saya membaca buku manakala adik sedang bermain
Meskipun
Dia berasa mengantuk meskipun malam itu baru pukul lapan
Sebelum
Sebelum melintas jalan raya, pelajar itu melihat ke kiri dan ke kanan dahulu
Sejak
Sejak dia berpindah rumah, perangainya sudah berubah
Sehingga
Kamu hendaklah menyiapkan kerja sekolahsehingga habis
Sekiranya
Sekiranya dia dating, berikan nota ini kepadanya
Selagi / seraya
Selagi/Seraya ayah tidur, jangan buat bising
Semenjak
Semenjak kematian ibubapanya, kehidupan dia tidak teratur
Sementara
Dia bekerja sambilan sementaramenunggu keputusan SPM
Setelah
Setelah kerja sekolah siap, kamu pergi mandi dahulu
Selama
Selama ini saya mencari kamu
Tatkala
Tatkala itu anak miskin itu pun masuklah
Walaupun
Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu
Sungguhpun
Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari
Yang
Saya adalah seorang pelajar yangcemerlang
Jikalau
Jikalau kamu pergi, saya pun akan pergi juga
Andai
Andai kata, kamu yang merosakkan pintu itu
Untuk
Saya berbuat begitu untuk kebaikkan kamu


Kata Hubung Berpasangan
Contoh
Baik…ataupun
Baik kamu mengaku ataupun kamu dipukul
Baik…baik
Baik Ali baik adiknya samasama pintar.
Baik…mahupun
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
Bukan saja…bahkan juga
Ali bukan saja nakal bahkan juga selalu ponteng sekolah
Bahkan saha…tetapi juga
Ali bukan saja nakal tetapi juga pandai belajar
Jangankan…pun
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pundia tak ada.
Sedangkan…apatah lagi
Sedangkan dia seorang yang malasapatah lagi adiknya
Semakin…semakin
Encik Ali semakin kaya semakinpemurah
Sungguhpun…namun
Sungguhpun dia rajin belajar namunpeperiksaannya tetap gagal
Sungguhpun...tetapi
Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari
walaupun...namun
Walaupun dia buta namun dia tetap gigih berusaha
sedangkan...inikan pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut
Sama ada…ataupun
Guru Besar meminta sama ada bapaataupun ibu murid hadir ke Sekolah
Kian…kian
Kian lama kian banyak orang ke sana
Entah…entah
Khabar anghin itu entah betul entah tidak
Bukan…sahaja malah
Ali bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

UJI MINDA

1 Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ______ jalan itu sangat licin.
A  tetapi
B  bahawa
C  supaya
D  kerana

2  Kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal ______ sebuah lori.
A  atau
B  hingga
C  dan
D  kecuali

3  Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja ______ menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.
A  sementara
B  manakala
C  jika
D  kerana

4  Kakinya bengkak _____ disengat  oleh seekor lebah.
A  kerana
B  agar
C  tetapi
D  kalau

5  Aiman menutup suis komputer ______ keluar dari makmal komputer.
A  dan
B  lalu
C  sambil
D  serta

6  Kenneth membaca majalah kesukaanya _______ mendengar radio.
A  sambil
B  manakala
C  atau
D  hingga

7  Saya tidak akan menyertai perkhemahan itu _____ ibu bapa tidak memberi kebenaran.
A  jika
B  tetapi
C  walaupun
D  meskipun

8  Chin Leong mendapat 92 markah dalam peperiksaan Matematik ______ dia masih tidak berpuas hati.
A  tetapi
B  kerana
C  kalau
D  malahan

9  Tangan kita perlu sentiasa dicuci _____ tidak dijangkiti kuman.
A  jikalau
B  ketika
C  lalu
D  agar

10   Banjir ______ gempa bumi merupakan bencana alam yang sering berlaku di sesetengah negara.
A  seraya
B  dan
C  hingga
D  kecuali

11  Seng Yuk membuat laporan polis ______ mendapat kad pengenalannya hilang.
A  sebelum
B  setelah
C  sungguhpun
D  kecuali

12  Setiap murid boleh memilih sama ada menyertai kelab Badminton _____ Kelab Olahraga sebagai aktiviti kokurikulum mereka.
A  dan
B  atau
C  serta
D  tatkala

13  Puan Laila bukan sahaja tekun bekerja ______ dia juga seorang suri rumah tangga yang baik.
A  malahan
B  dan
C  bahawa
D  kerana

14  Klinik itu beroperasi 18 jam setiap hari _____ hari Ahad.
A  kecuali
B  atau
C  dan
D  selepas

15  Vishu minum empat gelas air _____ terlalu dahaga.
A  meskipun
B  tetapi
C  kerana
D  supaya

16  Pekerja bengkel itu sedang membaiki kereta _____ pengurusnya sedang melayan pelanggan.
A  bahawa
B  manakala
C  atau
D  sambil

17  Mesyuarat tergempal itu berlanjutan ______ ke tengah malam.
A  selepas
B  sebelum
C  lalu
D  hingga

18  _______ Ji Han miskin,  namun demikian dia tetap berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai cita-citanya.
A  Sungguhpun
B  sekiranya
C  Selepas
D  Ketika

19  John sekeluarga tidak dapat keluar dari tempat letak kereta itu _____ mereka belum menjelaskan ticket bayaran.
A  selagi
B  lalu
C  selepas
D  atau

20  Pokok itu tumbang _____ hujan turun dengan lebat.
A  melainkan
B  semasa
C  seraya
D  agar