LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR

 Isnin 26.7.2021 dan Rabu 28.7.2021

Isnin 2.8.2021 dan Rabu 4.8.2021

Tahun 6

Langkah Pembelajaran:

1. Tonton video cara menyemai biji benih melalui pautan di bawah.

a) Menyemai menggunakan span;

https://www.youtube.com/watch?v=YAhHrKWQ5t0


b) Menyemai menggunakan reja benang;

https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=AKONXHbTzdQ


c) Menyemai menggunakan kertas tisu;

https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=oT_PurOHTvY


d) Menyemai menggunakan kapas;

https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=tLei9gYyAqE

2. Aktiviti amali ( Minggu 1)

a) Dapatkan biji benih kekacang atau sayuran, alatan dan bahan menyemai yang terdapat di sekeliling rumah kamu. Apa-apa sahaja boleh digunakan asalkan sesuai. 

b) Lakukan proses menyemai biji benih menggunakan salah satu cara yang ditunjukkan dalam video-video di atas yang telah kamu tonton itu. Anda boleh lakukan aktiviti ini bersama ahli keluarga pada masa lapang.

c) Hantarkan gambar hasil semaian anda (setelah bertunas/ mengeluarkan daun)  ke dalam google classroom RBT kelas anda. Hasil semaian anda itu bolehlah terus ditanam sama ada secara tanaman tanah atau hidroponik.

3. Aktiviti amali ( Minggu 2)

a) Lakukan ulangan (aktiviti minggu 1 di atas) sekiranya semaian anda gagal bercambah atau rosak. 

b) Sekiranya semaian anda telah bertunas dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 helai daun, lakukan aktiviti pemindahan anak pokok tersebut secara hidroponik atau tanaman tanah ( atas tanah atau dalam pasu)

c) Hantarkan gambar hasil tanaman anda setelah dipindahkan itu ke dalam Google Classroom.

d) Lakukan penjagaan kepada tanaman anda setiap hari.


Selamat mencuba.




0 Responses

Post a Comment