PdPR BM
AHAD 8.8.2021 - 6 Bestari
PdPR RABU 11.8.21 - 6 Cerdik
Langkah Pembelajaran;
A). Baca dan fahami nota di bawah.
Apakah
Penanda Wacana?
Penanda wacana ialah
kata atau rangkai kata yang menghubungkan ayat.
Penanda wacana
digunakan dalam perenggan yang sama atau perengan yang baru supaya ayat-ayat menjadi lebih teratur
dan mempunyai kesinambungan antara satu
perenggan
dengan perenggan yang seterusnya.
Contoh
penanda wacana seperti berikut:
1. Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,
2. Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,
3. Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala
4. Penanda
memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti
5. Penanda
menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,
6. Penanda
menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,
7. Penanda
menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan
kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian
2)
a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar
8. Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,
9. Penanda
menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,
10. Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........
B) Salin contoh-contoh penanda wacana di atas ke dalam buku BM 1 anda dan hantarkan tugasan anda yang telah siap melalui Google Classroom kelas anda.
PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM AYAT
PdPR Khamis 12.8.2021 (sambungan pembelajaran lepas)
C) Baca dan fahami penggunaan penanda wacana dalam contoh-contoh ayat melalui pautan di bawah;
http://cikgunikfaizul.blogspot.com/2014/05/penanda-wacana.html
D) Uji minda : Mari jawab kuiz melalui pautan di bawah;
https://wordwall.net/ms/resource/1756760/penanda-wacana
E) Latihan bertulis;
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan penanda wacana yang paling sesuai.
1. Sudah beberapa
kali permohonan pinjaman Encik Chai Hock ditolak. _________________, masalah
itu tidak melemahkan semangatnya untuk menjalankan perniagaan.
2 .Puan Yusnita
meletakkan piring kuih itu di atas meja. _______________, dia pun mempersilakan
tetamunya menjamu selera.
3. Pertandingan
bercerita akan diadakan tidak lama lagi. _____________, para peserta yang akan
mengambil bahagian perlu berlatih dengan gigih.
4. Pihak
penguatkuasa sering mengadakan rondaan di kawasan itu. _____________, masih ada
peniaga yang tidak menjaga kebersihan gerai mereka.
5. Mula-mula, saya
akan mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Malaysia. _______________, saya akan
mengulang kaji mata pelajaran Matematik pula.
6. Tabiat merokok
membahayakan kesihatan kita. _________________, tabiat tersebut perlulah kita
hindarkan.
7. Kira-kira lima
tahun yang lalu, Puan Sunita pernah menjadi mangsa ragut. ____________, dia
takut untuk berjalan seorang diri di bandar.
8 .Saya suka
melancong di dalam negara kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang
menarik. ________________, melancong di dalam negara dapat menjimatkan belanja.
9 .Rafik tidak mengendahkan nasihat ibunya supaya dia berjimat cermat. ________________, dia bertambah kerap mengunjungi pusat-pusat hiburan bersama-sama dengan rakan-rakannya.
10 .Wahida sangat lemah dalam mata pelajaran Matematik. _______________ ________________, ibu bapa Wahida telah menghantar anaknya itu mengikuti kelas
tuisyen.
Post a Comment