LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR Isnin 24.8.2021 dan 25.8.2021 (sambungan)

Tahun 6

Langkah Pembelajaran:

1) Baca contoh-contoh  ayat bagi Perkataan Hampir Sama Bunyi : 

  1. bertitah – Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana.
    ……bertatah – Rantai leher yang dipakainya bertatah berlian dan permata.

    2. gumpal – Kami menemui tiga gumpal wang kertas lama di dalam gua itu.
    ……gempal – Badannya kelihatan agak gempal dan kulitnya keputih-putihan.

    3. mencolek – Adik mencolek sedikit kek itu dengan jarinya.
    ……menculik – Penjahat itu menculik anak Encik Tong untuk mendapatkan tebusan.

    4. memerah – Hamreesh sedang memerah susu kambing di belakang rumahnya.
    ……memeras – “Jangan cuba untuk memeras pelajar yang lemah”, kata Encik Chew.

    5. melencong – Pagi itu dia tidak ke sekolah tetapi melencong ke tempat lain.
    ……melancong – Pada cuti penggal pertama dia melancong ke Bangkok.

    6. bertelur – Penyu itu sedang bertelur di tepi pantai.
    ……bertelor – Pemuda itu bertutur dengan bertelor Kelantan.

    7. berkenan – Ibu amat berkenan dengan baju yang bercorak batik itu.
    ……berkenaan – Ceramah itu adalah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah.

    8. menempa – Ahli sukan itu telah menempa nama dalam bidang karate.
    ……menempah – Puan Chong menempah makanan daripada pekerja di kantin itu.

    9. menyurut – Air banjir di kampung itu semakin menyurut sejak semalam.
    ……menyorot – Pada waktu lapang, dia suka menyorot sajak-sajak di buku lama itu.

    10. melagakan – Dialah yang telah melagakan Ah Chong dengan Ayapan sehingga bergaduh.                                   .....melegakan - Air kelapa itu dapat melegakan tekak yang kering


2) Bina ayat daripada perkataan-perkataan di bawah  bagi membezakan maksudnya. Gunakan Buku BM 2.

a. kerangka / rangka

kerangka -

https://media.karousell.com/media/photos/products/2019/01/08/kontraktor_atap__bumbung_kekuda_besi_1546945750_5a08d20c0_progressive

rangka - https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSVfYF2s_y3VeBFiQ8f6cYDq1ave999wMY6-g&usqp=CAU


b. melarik / melirik

melarik - https://www.youtube.com/watch?v=cgI7cFThunc 

melirik - https://akcdn.detik.net.id/visual/2016/03/28/988de1e5-ae38-4ac6-a866-7066ce36cb6f_169.jpg?w=650


c. menjurus / menjirus

menjurus - https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=menjurus

menjirus - https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=menjirus


d. menghembuskan / menghamburkan

menghembuskan - https://makna.online/menghembus/

menghamburkan -  https://makna.online/menghamburkan/


e. meraung / melaung

meraung - https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=raung

melaung - https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=melaung


3. Hantarkan tugasan yang yang telah lengkap dalam Google Classroom kelas anda.



LAMAN CIKGU BAHRI
Menuliskan Ulasan


Tajuk : SATU MURID SATU POKOK

ARAHAN:
1. Baca dan fahami maklumat dalam buku teks halaman 128.
2. Catat isi tersurat dan tersirat dalam petikan tersebut.
3. Tuliskan ulasan seperti paparan di atas. 

LAMAN CIKGU BAHRI

Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia.. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

            Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Air sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.

            Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Akibatnya semua kehidupan di dalam air akan terganggu dan mengalami kepupusan.

            Tumpahan minyak yang berlaku disebabkan kemalangan kapal juga turut mendorong kepada pencemaran air. Kandungan minyak yang terapung-apung di permukaan laut sedikit sebanyak akan menyebabkan kualiti air laut menjadi berkurangan. Hidupan laut seperti ikan, penyu, udang dan sebagainya akan terjejas disebabkan hal ini.

            Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menjaga alam ini daripada terus dicemari. Kita tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Kata pepatah, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

LAMAN CIKGU BAHRI
Apa yang anda faham tentang AYAT SONGSANG


BACA DAN FAHAMI
  • Ayat-ayat dalam bahasa melayu boleh disusun dengan dua cara, susunan biasa dan susunan songsang.
  • Ayat-ayat biasa terbentuk daripada susunan biasa, manakala ayat songsang terbentuk daripada susunan songsang.
  • Ayat biasa dan songsang mempunyai makna yang sama. Ayat-ayat itu hanyalah berbeza dari segi penekanannya.
  • Untuk membezakan ayat biasa daripada ayat songsang, kita mestilah mengkaji susunan subjek dan predikat dalam sesuatu ayat itu.
  • Ayat biasa mempunyai susunan predikat yang mendahului subjeknya.
  • Susunan ayat biasa dan ayat songsang dapat dilihat seperti di bawah :



AYAT BIASA ----à  SUBJEK + PREDIKAT


AYAT SONGSANG -----à PREDIKAT + SUBJEK






FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:                 
Nomborkan penggalan ayat.
1
2
3
Dia
membeli
buku
di kedai itu.
KGND - Ketiga
Frasa Kerja Transitif
Objek
Frasa Keterangan
Subjek
Predikat

FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i.        2+3+1
ii.       2+1+3
iii.      3+1+2
iv.     3+2+1

Ayat Biasa:
1
2
3
Dia
membeli buku
di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)
2
3
1
Membeli buku
di kedai itu
dia

Contoh ayat songsang (ii)
2
1
3
Membeli buku
dia
di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)
3
1
2
Di kedai itu
dia
membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)
3
2
1
Di kedai itu
membeli buku
dia


TUGASAN :
Baca dan salin semula ayat-ayat di bawah.

CONTOH MENUKARKAN AYAT BIASA KEPADA AYAT SONGSANG:

1.Kanak-kanak itu mandi di sungai.
Ayat songsang : Mandi di sungai kanak-kanak itu.

2 Kebanyakan orang Asia bertubuh kecil.
Ayat songsang : Bertubuh kecil kebanyakan orang Asia.

3 Bangunan tinggi itu belum tentu selamat.
Ayat songsang: belum tentu selamat bangunan tinggi itu.

4 Ibu Fauziah sedang sakit tenat di hospital.
Ayat songsang: Sedang sakit tenat ibu Fauziah di hospital.

5 Kelihatan anak-anak kecil itu berkejar-kejaran di padang. 
Ayat songsang : Berkejar-kejaran di padang kelihatan anak-anak kecil itu.

6 Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin.
Ayat songsang: Pada awal pagi, keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu sungguh dingin.


LATIHAN

Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.

1. Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.

2. Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak.

3. Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan.
4. Bangunan lama di pinggir bandar dirobohkan oleh pekerja.

5. Pemberita melaporkan keadaan banjir semakin surut.

6. Kami berkumpul di rumah nenek di kampung pada hari raya pertama.
7. Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.
8. Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.
9. Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.

10. Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagisungguh dingin

LAMAN CIKGU BAHRI
PdPR Ahad 4.7.2021 & Selasa 6.7.2021
Tahun 6

Langkah Pembelajaran:

1. Rujuk, baca dan fahami buku teks BM Th 6 - ms 121

2. Salin dan isikan maklumat ke dalam bentuk
 grafik di bawah berpandukan teks di atas.


LAMAN CIKGU BAHRI
Kata ganti nama diri terbahagi kepada 3;

1. Kata ganti nama diri pertama merujuk kepada diri sendiri.
Contoh: aku, saya, patik, hamba, beta

2. Kata ganti nama diri kedua merujuk kepada orang yang bercakap dengan kita.
Contoh: awak, kamu, anda, engkau, tuanku

3. Kata ganti nama diri ketiga merujuk kepada orang lain yang dicakapkan
Contoh : dia, beliau, mereka

Soalan

    1.       Hana dan Hani ialah pasangan kembar. ______ merupakan anak kepada seorang ahli perniagaan.
A.      Dia
B.      Mereka
C.      Kita
D.      Kami
    2.       Pengemis di kaki lima itu kelihatan sungguh lemah kerana sudah sehari suntuk  ______ tidak makan
A.       beliau
B.       baginda
C.       dia
D.       kita
    3.       “Bilakah  ______ hendak dating ke rumah saya untuk membuat ulang kaji bersama-sama ?” tanya Munir kepada Aiman dan Salim.
A.      kita
B.      kalian
C.      mereka
D.      kami
    4.       Cikgu Hasanah berasa terharu kerana  ______ dipilih untuk menerima anugerah Tokoh Guru Peringkat Negeri Melaka.
A.      beliau
B.      dia
C.      baginda
D.      saya
    5.       “______ perlu bercakap dengan sopan terutama dengan orang yang lebih tua daripada kita ,” kata Cikgu Normah kepada murid-muridnya.
A.      saya
B.      kalian
C.      kita
D.      mereka
    6.       “Walau apa pun yang terjadi, ______ rakyat Malaysia harus bersatu padu untuk menjamin kesejahteraan Negara kita,” kata Perdana menteri.
A.      kita
B.      kami
C.      awak
D.      saya
    7.       “Peraduan ini terbuka kepada semua pendengar Radio Ceria dan  ______ diminta menulis nama serta alamat dengan jelas,” kata juruhebah itu.
A.      anda
B.      engkau
C.      patik
D.      mereka
    8.       “______ berharap agar rakyat jelata memberikan kerjasama untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi,” titah Sultan Selangor
A.      Dia
B.      Beta
C.      Kami
D.      Beliau
    9.       Pastikan  ______ semua mematuhi peraturan yang telah ditetapkan agar tidak akan tersesat,” kata Cikgu Umar kepada semua ahli pasukan Pengakap.
A.      kita
B.      kamu
C.      anda
D.      mereka
    10.   “Tun Perak, panggil Laksamana Hang Tuah mengadap  ______ sekarang juga,” titah Sultan Melaka.
A.      patik
B.      tuanku
C.      hamba
D.      beta