PdPR Isnin 24.8.2021 dan 25.8.2021 (sambungan)
Tahun 6
Langkah Pembelajaran:
1) Baca contoh-contoh ayat bagi Perkataan Hampir Sama Bunyi :
- bertitah – Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana.
……bertatah – Rantai leher yang dipakainya bertatah berlian dan permata.2. gumpal – Kami menemui tiga gumpal wang kertas lama di dalam gua itu.
……gempal – Badannya kelihatan agak gempal dan kulitnya keputih-putihan.3. mencolek – Adik mencolek sedikit kek itu dengan jarinya.
……menculik – Penjahat itu menculik anak Encik Tong untuk mendapatkan tebusan.4. memerah – Hamreesh sedang memerah susu kambing di belakang rumahnya.
……memeras – “Jangan cuba untuk memeras pelajar yang lemah”, kata Encik Chew.5. melencong – Pagi itu dia tidak ke sekolah tetapi melencong ke tempat lain.
……melancong – Pada cuti penggal pertama dia melancong ke Bangkok.6. bertelur – Penyu itu sedang bertelur di tepi pantai.
……bertelor – Pemuda itu bertutur dengan bertelor Kelantan.7. berkenan – Ibu amat berkenan dengan baju yang bercorak batik itu.
……berkenaan – Ceramah itu adalah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah.8. menempa – Ahli sukan itu telah menempa nama dalam bidang karate.
……menempah – Puan Chong menempah makanan daripada pekerja di kantin itu.9. menyurut – Air banjir di kampung itu semakin menyurut sejak semalam.
……menyorot – Pada waktu lapang, dia suka menyorot sajak-sajak di buku lama itu.10. melagakan – Dialah yang telah melagakan Ah Chong dengan Ayapan sehingga bergaduh. .....melegakan - Air kelapa itu dapat melegakan tekak yang kering
2) Bina ayat daripada perkataan-perkataan di bawah bagi membezakan maksudnya. Gunakan Buku BM 2.
a. kerangka / rangka
kerangka -
rangka - https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSVfYF2s_y3VeBFiQ8f6cYDq1ave999wMY6-g&usqp=CAU
b. melarik / melirik
melarik - https://www.youtube.com/watch?v=cgI7cFThunc
melirik - https://akcdn.detik.net.id/visual/2016/03/28/988de1e5-ae38-4ac6-a866-7066ce36cb6f_169.jpg?w=650
c. menjurus / menjirus
menjurus - https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=menjurus
menjirus - https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=menjirus
d. menghembuskan / menghamburkan
menghembuskan - https://makna.online/menghembus/
menghamburkan - https://makna.online/menghamburkan/
e. meraung / melaung
meraung - https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=raung
melaung - https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=melaung
3. Hantarkan tugasan yang yang telah lengkap dalam Google Classroom kelas anda.
Post a Comment