LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR KHAMIS 11.11.2021

1. Baca dan fahami nota di bawah.

Kata Bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

i) Kata Bantu Aspek
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu aspek memberitahu sama ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum dibuat. Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada lampau, kini atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, baru, pernah, sedang, masih, akan dan belum.

ii) Kata Bantu Ragam.
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.

Berdasarkan Tatabahasa Dewan edisi Baharu, kata bantu ragam menerangkan perasaan dan pendapat orang yang melakukan perbuatan ini.


3. Mari kita jawab kuiz di bawah bersama-sama  untuk mengasah minda.


3. Isi tempat kosong dalam ayat-ayat yang terdapat dalam pautan di bawah dengan kata kerja dan kata bantu yang sesuai. (Latihan Kendiri)

4. Hantarkan skor markah yang anda perolehi dalam Google Classroom.

Selamat belajar




LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR Ahad 31/10/2021 dan Rabu 10.11.2021

1. Baca dan fahami ayat-ayat  di bawah ( buku teks BM Tahun 6 ms 174)


2. Gunakan pautan di bawah. Tukarkan ayat-ayat yang diberi  kepada ayat songsang .

https://www.liveworksheets.com/worksheets/ms/Bahasa_Melayu_(BM)/Tatabahasa/Ayat_Songsang_Tahun_6_lp2514295gh

3. Hantarkan skor markah yang anda perolehi dalam google classrom BM kelas anda.

Selamat belajar.

LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR KHAMIS 28.10,2021

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

Langkah Pembelajaran:

1. Baca dan fahami poster di bawah (buku PKJR Tahun 6)



2. Isikan maklumat dalam jadual di bawah berpandukan poster yang telah anda baca.


maksud rasional - alasan yang munasabah bagi menyokong sesuatu pernyataan

3. Hantarkan tugasan anda yang telah lengkap dalam bentuk imej (gambar) dalam google classroom BM kelas anda.


LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR AHAD 24.10.2021 dan RABU 27.10.2021

Langkah Pembelajaran:

A. Baca dan fahami tentang gunung di negeri Johor.

KEISTIMEWAAN NEGERI JOHOR

 Terdapat 8 gunung yang mempunyai ketinggian lebih 3000 kaki dari aras laut di Negeri Johor. 

1. Gunung Ledang - 4187 kaki (Taman Negara Ledang) daerah Tangkak
2. Gunung Besar - 3398 kaki  (Labis) daerah Segamat
3. Gunung Tiong - 3328 kaki (Taman Negara Endau Rompin) daerah Mersing
4. Gunung Belumut - 3313 kaki ( daerah Kluang)
5. Gunung Chabang -  3274 kaki (Labis) daerah Segamat
6. Gunung Tunggal - 3244 kaki (Labis) daerah Segamat
7. Gunung Pukin - 3172 kaki  (Labis) daerah Segamat
8. Gunung Bekok, 3126 kaki , (Bekok) daerah Segamat

Daerah-daerah di negeri Johor

B. Tuliskan ulasan tentang gunung-gunung di negeri Johor berpandukan bahan-bahan yang telah anda baca itu.

C. Hantarkan tugasan anda yang telah lengkap dalam Google Classrom BM kelas anda.


Info Tambahan:

1. Lagenda Puteri Gunung Ledang

2. Taman Negara Gunung Ledang - Hutan Lagenda di Johor

3. Gunung Ledang Hutan Lagenda Yang Harus Dilawati

LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR KHAMIS 21.10.2021

Langkah Pembelajaran:

1. Tonton dan fahami video melalui pautan di bawah. Buat catatan had laju dan jarak berhenti bagi setiap kenderaan yang dipaparkan dalam video tersebut.

https://youtu.be/uUTrH1dSu6k

2. Isi maklumat di bawah berpandukan video yang telah anda tonton itu.



3. Baca petikan di bawah.


4. Isikan maklumat di bawah berpandukan petikan yang telah anda baca.





Contoh Jawapan



 





LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR AHAD 17.10.2021 dan RABU 20.10.2021

LANGKAH PEMBELAJARAN:

1 Tonton dan fahami video pembelajaran melalui pautan di bawah;

https://www.youtube.com/watch?v=LxYJZQu36IE


2. Salin isi karangan di bawah menggunakan buku Penulisan anda.



3. Tuliskan karangan berpandukan isi-isi yang telah anda salin itu.
    Paparan di bawah boleh dijadikan panduan untuk anda menuliskan karangan.






LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR SELASA 13.10.2021 dan KHAMIS 14.10.2021

Langkah Pembelajaran:

1. Baca dan fahami petikan di bawah.

Angsa Putih Nenek

     Sepanjang perjalanan ke kampung, Sufian sudah terbayang kehijauan sawah padi, anak sungai dan pokok rambutan gading di halaman rumah usang nenek. Senyuman nenek yang manis itu sudah terukir di matanya. Ah, rindunya kepada nenek! Terasa lambatnya kereta yang dipandu oleh ayah. Kata orang lambat macam kura-kura. Ibu selalu berpesan biar lambat asal selamat. Tiba sahaja di pekarangan rumah nenek, Sufian terus berlari memanjat tangga usang rumah nenek.

     “Nenek, nenek!” panggil Sufian kuat. Kelihatan nenek muncul di muka pintu dengan senyuman bahagia. “Wah, sudah sampai cucu nenek!” Segala indah belaka jika bertamu di rumah Nenek Siah. Nenek memang memanjakan cucu sulungnya itu seperti menatang minyak yang penuh. 

     Selepas menikmati hidangan tengah hari gulai ayam kampung nenek, Sufian meninjau-ninjau belakang rumah nenek. “Nek masih pelihara angsa putih itu?” tanya Sufian. “Ya, Pian, angsa inilah yang menjadi peneman nenek,” ujar Nenek Siah. Sufian teringat kembali peristiwa tiga tahun yang lalu. Setiap kali pulang ke kampung pasti ada sesuatu yang mengganggu keseronokan Sufian menjelajah kampung neneknya itu. Peristiwa dia berlari pantas seperti kilat semasa diserang oleh angsa nenek terasa lucu sekali. Wajahnya ketika itu pucat seperti mayat. Amir dan Yusof yang kurus macam lidi pasti tidak mahu bertandang ke rumah nenek jika angsa kesayangan nenek itu berkeliaran di halaman rumah. Rancangannya untuk bermain perang-perang pasti terganggu. Pernah juga Sufian menyuruh Nenek Siah menjual angsa itu, tetapi nenek enggan. Ternyata angsa putih yang garang itu turut berjasa kepada nenek. Bunyi bising tiga ekor angsa pada subuh hari telah mengejutkan kami yang sedang diulit mimpi. Rupa-rupanya, seorang pencuri yang dikejar angsa berjaya ditangkap oleh Pak Long Man, jiran nenek. Kini, baru Sufian tahu tentang sebab nenek tetap memelihara tiga ekor angsa itu dengan baik. Rasa kasihnya juga tumpah kepada angsa nenek yang putih macam kapas. Besar sungguh jasa angsa putih nenek!


2. Senaraikan perbandingan semacam yang terdapat dalam petikan yang telah anda baca itu. Kemudian, bina ayat berpandukan perbandingan semacam yang telah anda kenalpasti itu. (Gunakan Buku BM 2)


i - lambat macam kura-kura

    Nenek saya yang telah uzur berjalan lambat seperti kura-kura.


ii - .....................................................................

   ..............................................................................................................................


iii - ....................................................................

   .............................................................................................................................


iv - ....................................................................

    ...............................................................................................................................


v -  ....................................................................

     ...............................................................................................................................


Anda boleh rujuk nota mengenai perbandingan semacam melalui pautan di bawah

https://lamancikgubahri.blogspot.com/2021/10/bandingan-semacam.html


LAMAN CIKGU BAHRI

PdPR SELASA 12.10.2021

Langkah Pembelajaran:


1. Baca dan fahami nota di bawah.


BANDINGAN SEMACAM


1 Bandingan semacam merupakan bahasa kiasan yang menunjukkan keadaan, sifat seseorang atau benda secara perbandingan.
2 Ungkapan bandingan semacam digunakan bersama-sama, iaitu bagai, laksana, macam dan  
   seperti.
3 Contoh bandingan semacam :

Bandingan Semacam

Maksud

Adil macam hakimNipis bagai kertas
Berat macam batuPantas bagai kilat
Cepat macam kilatRajin bagai semut
Degil bagai keldaiRiuh bagai pasar
Gelap macam malamSabar bagai nabi
Hitam seperti arangSejuk laksana mayat
Jahat seperti hantuTakut laksana tikus
Keras seperti batuTinggi laksana galah
Licin seperti belutWangi laksana bunga
Manis seperti gulaZalim laksana Firaun

AYAT CONTOH :
(a)    Dia dihormati oleh penduduk kampung kerana sikapnya yang adil macam hakim.
(b)   Kakak berasa geram kerana dia terbeli kuih yang keras seperti batu.
(c)    Kejadian ragut itu berlaku dengan pantas bagai kilat.

2. Jawab soalan kuiz dibawah.
LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR ISNIN 11.10.2021

TAHUN 5

Langkah Pembelajaran:

1. Baca dan fahami nota di bawah. 

2. Salin dan lukis gambar bahan di atas dalam buku tulis RBT anda. 

3. Hantarkan tugasan lengkap anda melalui Google Classroom.


LAMAN CIKGU BAHRI

  PdP SELASA 24.5.2022

 11.50 am - 12.50 pm  - 6 Bestari


STANDARD KANDUNGAN : 

3.3 - Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul

STANDARD PEMBELAJARAN :
3.3.3 - Membina dan menulis jawapan secara kritis dan kreatif dengan betul

OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
Pada akhir pembelajaran murid dapat menuliskan ayat majmuk berpandukan gambar yang dipaparkan dengan betul.

KRITERIA KEJAYAAN:
Menuliskan sekurang-kurangnya 5 ayat majmuk berpandukan gambar yang dipaparkan dengan betul.

LANGKAH PEMBELAJARAN

1. Mari kita bersenam.

 https://www.youtube.com/watch?v=6ONRnrfdiS8

2. Gambar di bawah merupakan aktiviti gotong-royong di sebuah taman permainan. Senaraikan aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut.


 

3. Bina ayat majmuk berpandukan gambar di atas menggunakan kata hubung  yang sesuai.

Ayat Majmuk

1. Ayat majmuk ialah 

~ ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal.

~ menggunakan kata hubung

Contoh :

a) Pak Hamid memotong rumput. (ayat tunggal)

b) Encik Ali menyapu sampah. (ayat tunggal)

c) Pak Hamid memotong rumput manakala Encik Ali  menyapu sampah. (ayat majmuk)

2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu:
a) Ayat majmuk gabungan (menggunakan kata hubung gabungan)
b) Ayat majmuk pancangan (menggunakan kata hubung pancangan)
c) Ayat majmuk campuran (menggunakan kata hubung berpasangan)










4. Tuliskan 5 ayat majmuk berpandukan aktiviti dalam gambar di atas.


AKTIVITI PENGAYAAN
Mari cabar minda anda dengan kuiz melalui pautan di bawah.


























LAMAN CIKGU BAHRI

 PdPR RABU 6.10.2021dan AHAD 10.10.2021

KEMAHIRAN : Tatabahasa ( Kata Bilangan )

OBJEKTIF : Mengisi tempat kosong dengan kata bilangan yang betul dalam ayat.

KRETIRIA KEJAYAAN : Menjawab sekurang-kurangnya 15 daripada 20 soalan objektif yang diberikan dengan betul.

LANGKAH PEMBELAJARAN :

1. Baca dan fahami nota di bawah.




Kata bilangan ialah kata yang menyatakan bilangan atau urutan. Terdapat enam jenis kata bilangan,iaitu:



Kata Bilangan
Kata bilangan ialah kata yang menyatakan bilangan atau urutan. Terdapat enam jenis kata bilangan,iaitu:
A . Kata Bilangan Tentu                                 
B. Kata Bilangan Tak tentu                           
C. Kata Bilangan Himpunan                        
D. Kata Bilangan Pisahan
E. Kata Bilangan Pecahan
F. Kata Bilangan Tingkat

(A)   Kata Bilangan Tentu
Kata bilangan tentu ialah kata yang menyatakan bilangan yang tentu seperti satu,seratus,seribu, dan dua juta.

(B)   Kata Bilangan Tak tentu
Kata bilangan tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan yang tidak tentu seperti beberapa,sebahagian,semua,seluruh,segala,segelintir,segenap,sebilangan,sekalian,para dan berbagai-bagai.

(C)   Kata Bilangan Himpunan
Kata bilangan himpunan digunakan untuk menyatakan sesuatu secara himpunan.Kata bilangan tersebut adalah seperti berpuluh-puluh,berates-ratus, dan ketiga-tiga.

(D)   Kata Bilangan Pisahan
Kata bilangan pisahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara satu per satu  atau berasingan.Hanya ada dua kata bilangan pisahan, iaitu masing-masing dan setiap/ tiap-tiap.

(E)    Kata Bilangan Pecahan
Kata bilangan pecahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu yang berupa pecahan seperti dua per tiga, satu per empat dan setengah.

(F)    Kata Bilangan Tingkat
Kata bilangan tingkat ialah kata yang menyatakan urutan atau giliran seperti pertama, kedua,kesepuluh dan keseratus.

2. Baca dan jawab soalan objektif di bawah.

KATA BILANGAN

Bulatkan jawapan yang paling tepat.

1 Kakak amat menggemari telur ayam masak ______________.

A semua

B seluruh

C separuh

D sesetengah


2 ________________kawasan lapang di belakang rumah Pak Dollah ditanam

dengan sayur-sayuran.

A Setiap

B Segelintir

C Sebilangan

D Sebahagian

 

3 Syazwani gemar mengumpulkan _____________jenis setem luar negara.

A berbagai

B pelbagai

C seluruh

D segala

 

4 ____________ orang penjenayah itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.

A Ketiga

B Tiap-tiap

C Sesetengah

D Kedua-dua

 

5 Lembu peliharaan Pak Samad ada ______________ekor?

A beberapa

B keempat

C separuh

D berapa

6 _____________helai kertas melayang apabila Kamariah menghempas fail ke

atas mejanya.

A Seluruh

B Ribuan

C Setengah

D Beberapa

 

7 Haji Ahmad akhirnya meninggal dunia setelah_______________menderita

penyakit angin ahmar.

A berhari-hari

B berabad-abad

C bertahun-tahun

D berkurun-kurun

  

8 ________________jenis cenderamata dijual di ______________ gerai itu.

A Pelbagai. setiap

B Berbagai.semua

C Beberapa.segala

D Pelbagai.segala

 

9 _______________tubuhnya terasa lemah ____________kali diserang demam

panas.

A Tiga suku. sekalian

B Setengah.beberapa

C Seluruh.sekalian

D Seluruh.setiap

 

10 Tuan Zaidi mendermakan ____________ daripada hartanya kepada anak-anak

yatim.

A sebahagian

B sesetengah

C beberapa

D ribuan

11 ______________murid diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.

A Para

B Setiap

C Ribuan

D Setengah

 

12 Majikan itu melayani ________________pekerjanya dengan adil tanpa pilih

kasih.

A separuh

B beberapa

C sebahagian

D semua

 

13 Pihak imigresen memeriksa _______________badan penumpang kapal terbang

sebagai langkah keselamatan.

A seluruh

B setengah

C segelintir

D beberapa

 

14 Aiman sudah diberitahu ______________, tetapi dia tetap terlupa akan pesanan

itu.

A beberapa

B beribu-ribu

C berkali-kali

D beratus-ratus


15 ______________hadirin dipersilakan menikmati jamuan ringan.

A Para-para

B Setengah

C Segala

D Para


16 _________________hujung bulan dia ke pasar raya itu untuk membeli belah.

A Semua

B Setiap

C Setengah

D Beberapa

 

17 Stadium itu penuh sesak dengan ___________penyokong Pasukan Hijau

Kuning.

A puluhan

B ribuan

C setiap

D separa

 

18 _____________buah tong hilang dipercayai mengandungi sisa toksik ditemukan

di tepi belukar itu.

A Beberapa

B Setengah

C Separuh

D Sebahagian

 

19 _______________kali selepas bersolat , dia mengangkat __________belah

tangannya dan berdoa kepada Tuhan.

A Beberapa. kedua-dua

B Pertama .semua

C Setiap.kedua-dua

D Setengah-setengah.dua

 

20 _____________pandangannya menjadi gelap apabila ___________belah

matanya terkena semburan cecair itu.

A Seluruh.kedua-dua

B Kedua-dua.seluruh

C Setiap.kedua-dua

D Sesetengah.semua


3. Jawab kuiz di bawah.

https://wordwall.net/resource/1596476/bahasa-melayu-kata-bilangan