PDPR :
KHAMIS 9.9.2021
AHAD 19.9.2021
SELASA 21.9.2021 (sambungan)
LANGKAH PEMBELAJARAN:
1) Baca dan fahami nota di bawah.
Kata adjektif ialah
perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan,
atau perbuatan. Ada
sembilan jenis kata adjektif.
Jenis Kata Adjektif
1. Kata adjektif
sifatan / keadaan
Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut,
sihat,
lemah, kasar, jahat, licin, garang, buas,
condong
2. Kata Adjektif
Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah,
ungu
3. Kata Adjektif
Ukuran
Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi,
rendah, kerdil,
tebal, panjang, kecil
4. Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus,
bulat,
lekuk, bengkok
5. Kata Adjektif
Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat,
nyaris
6. Kata Adjektif
Waktu
Contoh: cepat, lambat, silam, segera,
baharu,
7. Kata Adjektif Perasaan
Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira,
rindu,
marah, sayu, sedih, pilu
8. Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan, segera, deras, laju,
lincah,
sering
9. Kata Adjektif
Pancaindera
Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam, nyaring, gemersik
2) JAWAB SOALAN DI BAWAH.
1 Keropok ubi kayu itu menjadi __________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara.
A kuat C lemau
B tajam D garing
2 Perabot
yang dijual di kedainya itu dibuat daripada kayu __________ yang
diimport.
A nipis C kesat
B tebal D keras
3. "Kamu bukan tidak pandai, cuma __________ membaca buku", kata Cikgu Siti.
A bijak C cerdik
B malas D pandai
4 Janganlah __________ bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu selesaikan.
A asyik C sering
B tekun D kurang
5 Karipap
yang digoreng menggunakan minyak yang berbau ____________ tidak sedap untuk
dimakan.
A hangit C busuk
B tengik D basi
6 Ah Meng
terpaksa bercakap dengan nada yang _______ kerana ayahnya mengalami masalah
pendengaran.
A kuat C tinggi
B kasar D kesat
7 Akar
seruntun memang terkenal dengan rasanya yang __________.
A pahit C masam
B masin D manis
8 Asap
________________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran.
A tebal C berkilat
B nipis D berwarna
9 Keadaan
Pantai Teluk Cempedak yang agak ______ itu membahayakan anak-anak yang bermain
di situ.
A pantai C dalam
B curam D rendah
10 Nasi yang
dimasak oleh nenek terlalu___________.
A mentah C hangit
B lembik D tengik
11 Farisha
__________ tinggal sendirian kerana ahli keluarganya yang lain pergi
membeli-belah.
A aneh C buruk
B boros D bosan
12 Puan
Maisarah menyediakan makanan yang ____________ untuk keluarganya.
A elok C hebat
B lazat D basi
13 Walaupun
harga barang-barang di kedai itu ________ namun pelanggannya
tetap ramai.
A murah
B tinggi
C mahal
D rendah
14 Ibu pulang
dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang ________ dengan barang dapur.
A sarat
B sendat
C sumbat
D sendal
15 Biskut
coklat yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ________ .
A rangup
B lemau
C rapuh
D hangit
16 Nasir
kelihatan sungguh ________ setelah terjatuh ke dalam anak sungai.
A kesat
B basah
C comot
D compang
17 Puan Azura
merupakan seorang ibu yang ________ menghadapi dugaan hidup .
A kuat
B patuh
C cekal
D berani
18 Hazwani
berasa ________ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran
ke luar negara
ditolak .
A kesian
B hampa
C hancur
D resah
19 Abang
melarang kami bermain berhampiran dengan tasik yang __________ itu.
A jauh
B cetek
C dalam
D dangkal
20 Orang
__________ itu menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya.
A kaya C cerdik
B papa D peramah
3) Jawab kuiz online melalui pautan di bawah.
https://wordwall.net/ms/resource/18758762/kata-adjektif4) Screenshoot markah kuiz anda itu dan hantarkan dalam google classroom.
Post a Comment