Sila baca puisi
di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya
Kail mengena si
ikan jelawat,
Ditangkap
nelayan bersama lokan ;
Ekonomi negara
semakin gawat,
Tenangkan hati
menerima ujian
Indah berseri
hiasan jati,
Jati tumbuh di
puncak bukit;
Jangan berbelanja
sesuka hati,
Ada wang lebih
simpanlah sedikit.
Petang redup
pergi ke pekan,
Pergi ke pekan
menaiki basikal:
Belanja sekolah
boleh dikurangkan,
Galakkan anak
membawa bekal.
Pergi ke surau
bersama-sama rakan ,
Singgah sebentar
di rumah Noja;
Barang tempatan
patut diutamakan,
Jenama luar
lupakan sahaja.
Anak kecil
berhidung mancung,
Pandai mengaji
sopan tuturnya;
Jika tergerak
untuk melancong,
Negara sendiri
patut diutama.
Gadis manis
tersedu-sedu,
Ditinggalkan
bonda dalam bahtera;
Marilah kita bersatu
padu,
Negara aman
Rakyat sejahtera.
1. Apakah jenis
puisi di atas?
A. Syair
B. Gurindam
C. Pantun
nasihat
D. Pantun adat
2. Pernyataan
yang berikut betul tentang pantun kecuali
A. pantun
mempunyai pembayang dan maksud
B. pantun
mempunyai antara 8-12 sukukata
C. pantun
mempunyai rima yang sama
D. pantun di
atas ialah pantun empat kerat
3. Manakah
antara yang berikut BUKAN harapan penulis ?
A. Berjimat
cermat
B. Tenangkan
fikiran menghadapi dugaan
C. Teruskan
bersatu padu
D. Mengaji dan
berkelakuan sopan
4. Pernyataan
yang berikut ada kaitan dengan ungkapan tenangkan hati
menerima ujian kecuali
A. tidak
menimbulkan kekecohan
B. selalu
beringat bahawa kehidupan kita tidak selamanya mewah
C. setiap ujian
yang kita terima perlu dihadapi kerana ada nikmatnya
D. kesusahan berlaku atas kesilapan
manusia sendiri
Post a Comment