LAMAN CIKGU BAHRI

 Megat Zulkifli bin Megat Naziruddin. Beliau merupakan seorang pengusaha gerai yang menjual juadah hidangan makan tengah hari. Gerai yang dimaksudkan terletak berhampiran kawasan taman perumahan dan deretan rumah kedai di daerah Manjung. Gerai makanannya juga terletak bersebelahan dengan Pengkalan Tentera Laut Lumut. Beliau seorang peniaga yang cekal dan gigih berusaha. Setiap hari dia menyediakan lauk yang pelbagai jenis dan beraneka rasa untuk memenuhi selera para pelanggannya. Layanan perkhidmatannya juga cepat dan mesra pelanggan.

Gerainya tidak putus-putus dikunjungi oleh pelanggan yang memang gemar akan juadah yang disediakan. Pilihan makanan yang pelbagai, rasanya juga enak serta harga yang dikenakan amat berpatutan. Selain itu, persekitaran gerainya juga kemas dan bersih. Oleh sebab itu, gerai ini telah terpilih memenangi hadiah tempat pertama dalam “Pertandingan Gerai Terbersih Tahun 2017” bagi daerah Manjung. Justeru, faktor ini menjadi daya tarikan kepada para pelanggan dan orang ramai singgah menjamu selera di gerainya.

Pendapatan hasil perniagaannya bertambah dari sebulan ke sebulan. Namun, beliau tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatannya dalam bank. Duit perniagaan itu jugalah yang digunakan bagi menyara isteri dan lima orang anaknya yang masih belajar. Setelah lima tahun menjalankan perniagaan, beliau berhasrat untuk memperbesar perniagaannya

Encik Megat Zulkifli mempunyai impian dan bercita-cita untuk membeli sebuah rumah kedai bagi dijadikan restoran. Hasratnya tercapai apabila pinjaman yang dipohonnya diluluskan oleh pihak pengurusan bank. Kini, beliau sudah memiliki tiga buah restoran. Ketiga-tiga buah restorannya terletak di pekan Sitiawan, Teluk Batik dan Pulau Pangkor. Usahanya yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan sentiasa bertawakal, menjadikannya seorang peniaga yang berjaya dan memperoleh pendapatan yang lumayan sekali. Bak kata pepatah Melayu, “Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.

1.
Encik Megat Zulkifli bin Megat Naziruddin memulakan perniagaannya di
A
pekan Lumut.
B
pekan Sitiawan.
C
pekan Teluk Batik.
D
pekan Pulau Pangkor.

2.
Mengapakah kita digalakkan menyimpan
sebahagian daripada pendapatan kita di bank?
A
Supaya kita boleh membuka restoran yang baharu
B
Supaya kita mudah membuat pinjaman dengan pihak bank
C
Supaya wang kita selamat dan boleh digunakan ketika perlu
D
Supaya orang ramai tahu yang kita golongan orang yang berharta

3.
Berikut adalah antara nilai murni yang boleh dijadikan contoh teladan berdasarkan petikan tersebut, kecuali
A
berjimat cermat dalam berbelanja.
B
menyediakan menu mengikut harga makanan.
C
cekal dan gigih berusaha ketika melakukan sesuatu.
D
mengamalkan budaya bersih dan kemas pada setiap masa.

4.
Peribahasa “Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” bermaksud
A
kulit rumbia perlu dibuang dahulu sebelum mengambil isinya.
B
seseorang itu mesti bersih dan kemas untuk mendapatkan hadiah.
C
kita perlu membuat pinjaman bank supaya berjaya dalam perniaga.
D
cita-cita kita tidak akan tercapai sekiranya tidak berusaha dengan gigih.
0 Responses

Post a Comment