Karangan Dialog / Temu Ramah / Perbualan /
Wawancara
· terbahagi kepada dua jenis:
i. Dialog
dan Perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa
seperti
bertanya khabar dan perbualan menerusi telefon.)
ii. wawancara dan temu
ramah ( lebih kepada perbualan rasmi,
pertanyaan kepada orang
yang lebih
dihormati , atau ingin tahu
sesuatu
perkara )
· setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya
dua watak atau lebih
· sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi
janganlah terlalu panjang. Lihat contoh :
Abu diminta oleh guru
kelas menemu ramah Guru Besar sebelum beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan
dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah
tersebut.
· Format karangan ini
nama watak
ditulis selari di sebelah kiri
selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari
contoh :
Nama
A : Assalamualaikum, Makcik.
Nama
B : Waalaikummussalam
Nama
A : Apa khabar Makcik ?
Nama
B :
· Mulakan perbualan
dengan ucap selamat
· Perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual
itu berumur gunakan panggilan “Encik”, “Tuan”, ataupun “Makcik”
· pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan ditulis untuk bahan temuramah / dialog.
· boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ‘tak’ , ‘dah’,
'nak' dan lain-lain
· soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit.
Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus
bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
· Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
· elakkan penggunaan soalan yang cuma
memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”.
· soalan-soalan disusun dengan baik supaya
terus berkesinambungan.
· kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
· tanda baca yang
digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat tanya
kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
· mesti di tulis mengikut format ( terpesong
format , tolak 3 markah )
· soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di
beri markah penuh
· Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.
Contoh Soalan
Kawan kamu selalu mendapat tempat pertama dalam
peperiksaan. Kamu berbual-bual dengan rakan kamu itu untuk mengetahui tentang
rahsia kejayaannya. Tulis perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.
Rangka karangan.
Pendahuluan
|
|
Bertanyakan khabar.
-Elakkan berbual-bual.
-Sedang menyiapkan latihan.
|
|
Idea
|
|
1)Memberi tumpuan ketika di dalam kelas.
-Elakkan berbual-bual.
-Bertanyakan guru jika tidak faham.
2)Di rumah, membaca nota yang diberi oleh
guru.
-Maklumat kekal diingatan,
-Membuat nota kecil.
|
3)Ayah sentiasa membeli buku ulang kaji.
-Membuat latihan ketika ada waktu terluang.
-Dilakukan pada hari minggu.
4)Menghadiri kelas tuisyen.
-Kelas dari jam 8.00 malam hingga 9.30
malam.
-Memantapkn ilmu pengetahuan.
|
Penutup
|
|
Mengucapkan penghargaan kerana sudi
berbual.
-Berjaya kerana gigih belajar.
-Boleh berjaya jika rajin belajar.
|
Post a Comment