JIRANKU
PRIHATIN
Apakah yang dimaksudkan dengan
perkataan “Jiran”? Jiran ialah individu yang tinggal berhampiran dengan kita
dan merupakan individu pertama yang akan menolong kita apabila kita berada
dalam kesusahan.
Dalam zaman era moden ini,jiran
merupakan satu agenda atau elemen penting dalam kehidupan seharian kita.Nama
jiran saya ialah Hasmah dan jiran saya merupakan seorang individu yang prihatin
serta sentiasa mengambil berat terhadap keluarga saya. Hal ini kerana suatu
peristiwa telah berlaku yang membuktikan bahawa jiran saya merupakan individu
yang prihatin.
Cuti sekolah telah bermula. Kami sekeluarga telah bercadang
untuk pulang ke kampung. Saya dan adik berasa sangat gembira seperti itik
mendapat air. Saya menelefon nenek dan memberitahu tentang perkara tersebut.
Nenek pun berkata “Baguslah kalau begitu sudah lama kamu tidak menziarahi
nenek”. Ibu pula sangat sibuk seperti lebah untuk melakukan persiapan bagi
pulang ke kampung.
Pada waktu tengah hari, ibu menggosok pakaian
kami untuk dimasukkan ke dalam bagasi sambil mendengar lagu yang merdu(la..la…laa)
sebagai halwa telinga. Saya dan adik pula menonton televisyen.
Tiba-tiba, ibu saya telah mendapat
panggilan telefon daripada rakan karibnya. ”Kring…kring… ”ibu pun menjawabnya.
Namun, ibu terlupa untuk menutup suis seterika selepas digunakan. Semasa
berbual-bual dengan rakan karibnya, ibu terhidu bau asap yang kuat. Aduh, apa
bau ini ! Busuknya .. ibu berkata. Ibu berlari ke bilik dan terkejut apabila
melihat bilik tidur kami dijilat api. Ibu panik sambil meminta tolong .
Tolong…tolong…..Permintaan ibu terdengar oleh Pn Hasmah.
Dia dengan segera menolong kami dan sekeluarga. Eeeeehekhek…eeeehekhekhek….
(menangis) oleh saya dan adik. Kami tersangkut di ruang tamu dan segera di
selamatkan oleh Pn. Hasmah dan jiran- jiran yang lain. Malang tidak berbau ibu
saya pula tersangkut di bilik pula. Api merebak dengan mara. Semua jiran usaha
untuk selamatkan ibu, tapi tidak kesampaian. Tolong…tolong …inilah suara yang
saya kedengaran dari ibu tapi wajah ibu masih tidak kelihatan.
Akhirnya, pihak bomba tiba.Mereka
dengan segera berjaya memadamkan api yang mara itu. Ibu..ibu ..ini panggilan saya
kepada ibu sejurus dia dikeluarkan. Tapi ibu tidak sedarkan diri. Eh.apa
sebenarnya terjadi? Pn Hasmah dengan segera membawa ibu ke hospital. Doktor
merawat ibu dan mengesahkan ibu patah kaki kiri. Aku berasa sedih. Tetapi kami
sekeluarga menerima hakikat ini. Saya berterima kasih kepada jiran saya yang
prihatin.
Hasil Nukilan;
VESHALLRAJ A/L LIGENDRAN
6 BESTARI SKTP 2021
Post a Comment