LAMAN CIKGU BAHRI

JIRANKU PRIHATIN

Sebulan lepas Puan Rashidah telah mendapat tahu bahawa jiran rumah belakangnya telah berpindah dan rumah tersebut mempunyai penghuni baru iaitu Puan Nandini sekeluarga . Puan Rashidah dan Puan Nandini selalu beramah mesra walaupun Puan Nandini sibuk dengan kerjanya. “Apa khabar Rashidah?” tanya Puan Nandini setiap kali bertembung dengan Puan Rashidah. Manakala Puan Rashidah akan berbalas dan berbual seketika setiap hari. Dua hari lepas Puan Nandini berpesan kepada Puan Rashidah yang dia akan pergi bertugas selama seminggu dan meminta tolong Puan Rashidah untuk memerhati anak dan adik iparnya (yang telah datang ke rumah Nandini untuk menjaga anaknya.

      Setelah dua hari, pada jam 3.30 pagi terdengar suara anak jiran rumah belakang menangis tanpa henti. Dalam keadaan yang masih mengantuk, Puan Rashidah menyelak kain langsir tingkapnya untuk melihat apa yang berlaku di rumah. Kebetulan pula, dia harus membancuh susu untuk anak bongsunya. Tiba-tiba Puan Rashidah terlihat seorang gadis sedang menengking dan memukul anak jirannya “Siapa agaknya gadis itu?”Puan Rashidah berbisik dalam hatinya. “Oh! jadi inilah adik ipar Puan Nandini yang dia katakan hari itu” berbisik lagi Rashidah dalam hati. Puan Rashidah berasa kasihan terhadap anak nandini yang baru 3 tahun itu di dera oleh adik iparnya dan juga teringat akan kedengaran tangisan yang sama malam semalam.

          Selepas beberapa minit melihat apa yang berlaku di rumah jirannya, Puan Rashidah menutup langsir tingkapnya dan membuat keputusan untuk tidak menjaga tepi kain orang lain. Selepas membuat susu untuk anaknya, terdengar lagi anak jirannya menangis kuat. Hati Puan Rashidah tidak tenteram mendengar tangisan itu. Puan Rashidah terus ke kamarnya dan mengejutkan suaminya yang sedang tidur lena. Dia mendesak suaminya untuk menanyakan apa yang sedang berlaku di rumah jirannya. Suami Puan Rashidah iaitu Encik Khairi bergegas ke rumah jirannya. Kedengaran suami Puan Rashidah memanggil Encik Ramu (nama suami Puan Nandini) sambil menekan loceng pintu berkali-kali. Tiba-tiba semua lampu terpadam dan terus senyap. Suami Puan Rashidah pun terus pulang. “ Rashidah tak ada apa- apa kat situ, kamu ni baik jangan masuk campur hal orang lain, dah mari masuk tidur” kata Encik Khairi kepada Puan Rashidah.

          Keesokkan harinya, Puan Rashidah menghubungi Puan Nandini untuk memberitahu tentang hal yang berlaku dirumahnya dan menasihati supaya balik kerumahnya dengan secepat mungkin. Puan Nandini pun sampai pada malamnya, Puan Rashidah menghubunginya. Puan Nandini segera menyiasat apa yang telah berlaku kepada adik iparnya tetapi dia tidak mahu mengaku kesalahannya. Puan Nandini nampak dengan matanya sendiri muka anaknya ada kesan lebam. Apabila disoal balik adik iparnya memberitahu anaknya jatuh tangga.

          Keesokkan harinya lagi, terdengar Puan Nandini dan suaminya bertengkar dan menyuruh suaminya hantar pulang adiknya atau dia akan melaporkan hal ini kepada pihak polis . Selepas beberapa jam kemudian, Puan Rashidah nampak suami Puan Nandini menghantar pulang adiknya menaiki teksi di hadapan rumahnya. “Nasib baik Nandini dah menghalau adik iparnya yang pendera itu" berbisik Puan Rashidah dengan hati yang lega.

          Petang itu, semasa Puan Rashidah dan suaminya menikmati air teh di halaman rumah mereka, didatangi Encik Ramu suami Puan Nandini. Encik Ramu berbual seketika dengan suami Puan Rashidah agar menegur Puan Rashidah supaya tidak mencampuri hal rumah tangga orang lain “Khairi, saya bagi kamu dan isteri kamu amaran agar tidak sibuk perihal keluarga saya” pesan Encik Ramu kepada suami Puan Rashidah .

          “Rashidah, abang kan dah cakap jangan jaga tepi kain orang, sekarang apa dah jadi.lain kali jangan nak sibuk dengan hal orang lain" kata Encik Khairi kepada Puan Rashidah dengan suara yang tinggi. Puan Rashidah hanya berniat baik untuk selamatkan anaknya tetapi Encik Ramu orang tidak mempunyai sifat berterima kasih malah memarahi Puan Rashidah dan suaminya.” Ah! Lain kali shidah tak mahulah campur tangan dalam hal orang lain”. Puan Rashidah berbisik dalam hati.

          Pada waktu malamnya pula didatangi Puan Nandini untuk meminta maaf kepada Puan Rashidah dan suaminya atas kekasaran suaminya petang tadi dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Puan Rashidah. “Cubit paha kanan, paha kiri terasa sama". Begitulah hidup berjiran. 


Hasil Nukilan;

SARVEIN A/L SERI SHANMUGARAJAH

6 Pintar SKTP 2021

0 Responses

Post a Comment