Bacapetikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.
Sekurang-kurangnya separuh daripada orang yang datang berjumpa
doktor setiap hari kerana mengadu pening kepala. Sementara itu, satu perempat
daripada kakitangan firma yang besar-besar tidak datang bekerja disebabkan oleh
sakit kepala. ‘Gejala’ ini menjadi punca yang mengganggu kebanyakan manusia
setiap hari. Pening kepala dikatakan ‘gejala’ kerana ia sebenarnya bukan
sejenis penyakit tertentu.
Banyak faktor yang menyebabkan
pening kepala. Para doktor mendapati sukar untuk menentukan sebab-sebab pening
kepala yang dihadapi oleh seseorang itu pada satu-satu ketika. Ini kerana ia
memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi. Beberapa pengelasan dibuat
untuk mengumpulkan sebab-sebab berlakunya pening kepala dengan pelbagai cara
dan dijadikan panduan bagi mengetahui cara-cara mengkajinya.
Pakar-pakar perubatan telah
mengumpulkan 203 sebab berlakunya sakit pening kepala di bawah tiga
kelas : mekanikal, sebab-sebab bisa dan racun, dan sebab berfungsi.
Pening kepala yang mekanikal
berhubung dengan keadaan yang ada sangkut-paut dengan kepala itu sendiri.
Misalnya, apabila rongga dahi menjadi sebu, perubahan tekanan udara akan
menimbulkan pening kepala. Apabila selaput hidung bengkak, rongga itu menjadi
sebu dan menimbulkan pening kepala.
Bagi sesetengah orang
jarang-jarang diserang pening kepala manakala sesetengahnya pula sering
diserang sakit ini. Pening kepala yang berlaku sekali-sekala mungkin dapat
dikesan dan ditentukan berhubung dengan tindakan yang berlaku sekali-sekala,
misalnya terlalu banyak menghisap rokok, minum minuman keras, dan memakan ubat
serta dadah. Bahan-bahan beracun yang terkumpul mungkin menukar tekanan di
dalam tengkorak dan dengan demikian mengakibatkan pening kepala.
Tekanan darah yang tinggi juga
boleh mengakibatkan pening kepala. Jika tekanan darah itu turun semasa rehat,
maka pening kepala itu akan hilang pada waktu itu. Bengkak yan tumbuh dalam
tengkorak, apabila cukup besar akan menjadi punca pening kepala yang
berkekalan.
Menjaga kesihatan badan kita
secara keseluruhannya iaitu dengan bersenam, menjaga makan dan minum serta
membuang air besar dan kecil, biasanya dapat mengurangkan pening kepala yang
berkekalan. Jika seseorang itu tidak pernah mendapat sakit kepala dan tiba-tiba
mula diserang pening kepala yang berterusan, maka ia perlu mendapat pemeriksaan
doktor.
Jika doktor dapat mengesan
hubungan pening kepala dengan faktor-faktor mental dan fizikal serta dapat
mengawal faktor itu, besar kemungkinan sakit pening kepala dapat dicegah.
1. 1. Mengapakah
penyakit pening kepala dikatakan satu ‘gejala’?
A Kerana separuh daripada orang yang datang
berjumpa doktor setiap hari mengadu
mereka
menghidap pening kepala
B Kerana satu perempat daripada kakitangan firma
tidak datang bekerja akibat pening
kepala
C Kerana pening kepala bukan sejenis penyakit yang
mengganggu kebanyakan manusia
D Kerana pening kepala mengganggu hampir semua
orang sama ada orang awam atau
kakitangan firma
2. 2. Mengapakah
para doktor mendapati sukar untuk
menentukan sebab-sebab
pening kepala yang dihidapi
oleh seseorang pada
sesuatu ketika?
A Kerana memerlukan kepakaran dan kemahiran
yang tinggi dalam ilmu
perubatan
B Kerana doktor terpaksa membuat pengelasan untuk
mengumpulkan sebab-sebab pening
kepala
C Kerana para doktor susah hendak mencari sebab
yang mengakibatkan pening kepala
D Kerana sakit pening kepala dapat dikumpulkan
kepada tiga kelas, antaranya sebab
mekanikal
3. 3. Bilakah
seseorang itu diserang pening kepala yang berpanjangan?
A Apabila mengidap penyakit darah tinggi
B Apabila tumbuh bengkak pada tengkorak
C Jika salah makan atau mengambil ubat
D Apabila seseorang itu banyak makan ubat
4. 4. Apakah
kebiasaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan daripada
tekanan pening kepala?
A Menjaga makan dan minum
B Selalu buang air besar dan kecil
C Menjaga kesihatan badan
D Mengamalkan senaman setiap hari
5. 5. Berikut
ialah maklumat yang tidak benar tentang sakit pening kepala?
A Terdapat 203 sebab berlakunya sakit pening
kepala
B Tekanan pada rongga dahi boleh mengakibatkan
pening kepala
C Pening kepala boleh disebabkan oleh tekanan
darah
D Hanya doktor pakar sahaja yang boleh mengesan
sebab pening kepala
Post a Comment