Baca ucapan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya
PERASMIAN
KEJOHANAN OLAHRAGA KAWASAN SELATAN
Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia
Tan Sri Dato… Mohd.
Rashdan bin Baba (Pengerusi Eksekutif
Telekom Malaysia ), Encik Baharom bin Salleh (Pengurus Telekom Malaysia),
dif-dif jemputan, tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian. Assalamualaikum
dan selamat sejahtera.
Saya , Abdul Halim Hussain, Selaku Pengurus
Telekom Malaysia Kawasan Selatan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
Tan Sri Dato Rashdan keranasudi hadir dan seterusnya merasmikan Kejohanan
Olahraga Kawasan Selatan bagi kali yang keempat. Saya juga mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada semua urus seti yang
telah bersusah payah bagi memastikan kejohanan ini dapat berjalan dengan
lancar.Alhamdulillah , sekali lagi kakitangan Telekom Kawasan Selatan dapat
berinteraksi dan beradu tenaga dalam acara -acara sukan yang dipertandingkan.
Saya berharap semua peserta akan dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang
dan penuh semangat kesukanan di samping mengeratkan silaturahim antara kita. Saya
yakin semua peserta akan lebih bersemangat lagi dengan kehadiran yang berbahagia
Tan Sri Dato Mohd Rashdan .
Walaupun
sibuk dengan pelbagai tugas namun kakitangan Telekom Malaysia Kawasan Selatan
tetap menyokong sebarang kegiatan sukan yang di adakan di kawasan ini. Hal ini
kerana melalui sukan sahaja badan kita akan cergas dan seterusnya dapat
meningkatkan produktiviti dalam pekerjaan. Untuk tujuan itu berbagai-bagai
kelengkapan dan kemudahan sukan telah di sediakan oleh pihak Telekom sebagai
membuktikan komitmen nereka dalam bidang sukan
Akhir
kata, pihak Telekom Malaysia Kawasan Selatan ingin melihat kakitangannya maju
dalam sukan dan juga mencapai mutu perkhidmatan yang cemerlang. Kita mahu
kedua-duanya seimbang. Kepada semua peserta saya mengucapkan selamat maju jaya.
Semoga lebih banyak kegiatan seperti ini di anjurkan untuk manfaat lita
bersama. Majulah Sukan Untuk Negara.
Sekian , wassalam.
1. Siapakah personaliti yang berikut, menjawat jawatan
tertinggi di kalangan
mereka ?
A. Encik Baharom bin Salleh
B. Abdul Halim Hussain
C. Abdul Halim Hassan
D. Tan Sri Dato…
Mohd. Rashdan
2. Apakah tujuan Tan Sri Dato… Mohd.
Rashdan di jemput ke Kejohanan
Olahraga Kawasan Selatan ini ?
A. sebagai penasihat kejohanan
B. sebagai penonton kejohanan
C. sebagai perasmi kejohanan
D. sebagai hakim kejohanan
3. Yang manakah antara berikut bukan tujuan kejohanan
ini diadakan ?
A. untuk mengeratkan silaturahim
B. untuk mencapai prestasi yang cemerlang
C. untuk memilih calon-calon yang layak dalam SUKOM 98…
D. untuk meningkatkan semangat kesukanan
4. Perkataan prestasi dalam petikan ini boleh diganti
dengan
A. potensi
B. persaingan
C. pencapaian
D. penilaian
5. Apakah insiatif pihak Telekom dalam menjayakan kejohanan
ini ?
A. menyediakan kelengkapan sukan
B. menyediakan pelbagai program sukan
C. menjemput Tan Sri Dato… Mohd.
Rashdan
D.
memilih kakitangan yang aktif dalam sukan
Post a Comment