LATIH TUBI KATA
ADJEKTIF
Isikan tempat kosong dengan kata
adjektif yang sesuai.
1 Kaki Pak Senin
digigit pacat, darah __________
meleleh di kakinya.
A cair
B putih
C pekat
D merah
2 Semua seluarnya sudah
menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.
A ketat
B besar
C singkat
D longgar
3 Buah-buahan tempatan
sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.
A kelat
B enak
C manis
D masam
4 Abdul Halim sedang
mengasah sabit kelapa sawit
itu kerana sudah __________.
A tajam
B kasar
C kesat
D tumpul
5 Air sungai itu
__________ kerana sampah sarap
dibuang ke dalamnya.
A jernih
B hitam
C kotor
D bersih
6 Pengawas lelaki itu
sering membawa buku
__________ di dalam poket bajunya.
A kecil
B tebal
C besar
D panjang
7 Cuaca malam ini
__________ kerana petang tadi
hujan turun dengan lebatnya.
A sejuk
B damai
C panas
D nyaman
8 Udara di Calet Air
Panas, Pengkalan Hulu itu
sungguh __________.
A baik
B cergas
C nyaman
D indah
9 __________ sungguh
pemandangan hutan di
kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
A Indah
B Muram
C Kelam
D Sayup
10 Pelajar Tahun Enam
Waja sangat __________
dan hormat kepada guru-guru mereka.
A baik
B malu
C takut
D patuh
11 Marsya
berasa______________semasa
meraikan hari jadinya.
A pilu
B mahu
C cemas
D gembira
12 Samad menjolok buah
mangga itu dengan
menggunakan sebatang galah yang ________
A tinggi
B besar
C kontot
D panjang
13 Asam jawa selalu
digunakan oleh emak untuk menghilangkan
bau___________ikan air tawar.
A hapak
B hanyir
C tengik
D hancing
14 Penyanyi yang
mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh
daripada penonton.
A serak
B garau
C merdu
D nyaring
15 Roziah yang ringan
mulut itu sungguh_____________dengan semua orang
walaupun dengan orang yang baru
dikenalinya.
A sombong
B senang
C ramah
D kasar
16 Para pendaki Gunung
Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi
tanpa berputus asa.
A kegelapan
B kedinginan
C kemalapan
D kepanasan
17 Dahi adik kelihatan
______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
A bengkok
B bengkak
C botak
D lekuk
18 Jalan di Bandaraya
Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari
Raya Aidil Fitri.
A lengang
B senyap
C muram
D suram
19 Mata Aminah
____________ kerana terkena air sabun.
A pedas
B lebam
C pedih
D panas
20 Jambatan yang
_____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk
Kampung Semangat.
A luas
B sempit
C senang
D besar
21 Tapak tangan Pak Abu _____________
selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.
A menggelupas
B menggerutu
C melecur
D melecet
22 Nana berasa ________
apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga
yang dikupasnya itu.
A geli
B haru
C kelam
D gundah
23 Itik itu mempunyai
bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa
kering walaupun berada lama di dalam
air.
A kesat
B telap
C telus
D kalis
24 Pak Tamin begitu
________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah
lagi hari sudah larut malam .
A terkilan
B runsing
C murung
D sengsara
25 Keadaan menjadi
semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu
mengalah .
A pelik
B gawat
C runsing
D rencam
26 Bau ________ pada
bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak
wangi yang ________ itu .
A busuk .tengik
B hanyir. wangi
C hapak . harum
D hancing .mersik
27 Cik Loh sangat
________ mendengar lagu yang dinyanyikan
oleh biduanita itu .
A ghairah
B asyik
C tekun
D leka
28 Durrah tergelincir
semasa melalui jalan yang ________ itu .
A becak C lembap
B lembik D bengkok
29 Tiang-tiang elektrik
di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran.
A serong
B bengkok
C bongkok
D condong
30 Motosikal yang
dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang
datang dari arah bertentangan .
A jauh
B cepat
C dekat
D nyaris
31 Micheal Lim
mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang
kemalangan itu.
A sedih
B hairan
C terkejut
D gembira
32 .Buah
duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya,. kata
Ghani.
A lazat
B busuk
C kelat
D harum
33 Budak itu lemas
kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.
A pantas
B cepat
C deras
D kencang
34 Kerjanya yang
__________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.
A teliti
B lemah
C sopan
D lembut
35 Bangunan yang
__________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam
kerana boleh membahayakan keselamatan
orang ramai.
A baru
B antik
C retak
D runtuh
36 Suasana di Kampung
Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang.
A sibuk
B damai
C serabut
D gembira
37 Kakak tidak suka akan
daging kambing baunya yang ___________
A hapak
B tengik
C hamis
D haring
38 Amirul berjalan
dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.
A tertib C pantas
B gopoh D cermat
39 Nur Hayati berasa
__________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya.
A pilu
B gusar
C geram
D marah
40 Kemalangan jalan raya
itu berpunca daripada __________ pemandunya.
A kelajuan
B kelalaian
C keberanian
D kesibukan
41 Seluar itu tidak
____________ untuk abang kerana pinggangnya besar.
A masuk
B muat
C muak
D mual
42 Dia berazam
untuk______________badannya seperti dua tahun lalu.
A menjadikan
B mengecilkan
C mengecutkan
D menguruskan
43 Kucing hitam itu
mencuri ikan yang_____________digoreng oleh kakak.
A baru
B lama
C segar
D layu
44 Ayah sedang mengasah
parang yang_______________itu
A tumpul
B tajam
C tebal
D nipis
45 Walaupun umur adik
baru empat tahun, tetapi dia____________bercakap.
A laju
B petah
C bising
D pandai
46 Wajah
Azril____________apabila disindir oleh rakan-rakannya.
A masam
B masin
C manis
D manja
47 Hujan___________telah
mengakibatkan tanah di lereng bukit itu runtuh.
A kuat
B lebat
C hebat
D renyai
48 Kereta itu terbabas
kerana dipandu terlalu______________.
A laju
B tajam
C cepat
D lambat
49 Pemerintah negara itu
sangat_______________kerana telah menindas rakyatnya.
A baik
B keras
C kejam
D waras
50 Encik Haziq memandu
van_____________nya itu dengan berhati-hati.
A kecil
B baharu
C usang
D elok
51 Air kopi itu ________
kerana langsung tidak dimasukkan gula.
A pahit
B masin
C manis
D masam
52 Lalu-lintas di situ
kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam
kemalangan itu dialih ke tepi.
A tegang
B gelap
C pulih
D pilu
53 Anak Encik Nazri yang
berusia tujuh tahun begitu ________ menggunakan
komputer.
A geliga
B cekap
C petah
D fasih
54 Rasa pisang muda amat
________ kerana masih mengandungi banyak getah.
A kelat
B pahit
C manis
D masam
55 Zurina berasa takut
apabila tinggal di dalam bilik yang ________ itu.
A senyap
B sunyi
C diam
D riuh
56 Perut ikan buntal
yang _______ itu menarik perhatian saya .
A lebar
B buncit
C sendat
D runcing
57 Pokok kelapa yang
__________ itu telah tumbang dipukul ribut petang semalam.
A luas
B tinggi
C rimbun
D panjang
58 Pada hari minggu,
Albert Lim menonton televisyen hingga __________ malam.
A hari
B larut
C gelap
D nampak
59 Keadaan jalan raya di
selekoh tersebut sangat __________ selepas hari hujan.
A laju
B rata
C licin
D lekuk
60 Kamus dwibahasa edisi
baharu yang __________ itu berharga RM45.00 sahaja.
A nipis
B tebal
C berkilat
D berwarna
61 Abang melarang kami
bermain berhampiran dengan tasik yang __________ itu.
A jauh
B cetek
C dalam
D dangkal
62 Orang __________ itu
menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya.
A kaya
C cerdik
B papa D peramah
63 Keropok ubi kayu itu
menjadi __________ kerana tidak disimpan di dalam bekas
kedap udara.
A kuat C lemau
B tajam D garing
64 Perabot yang dijual
di kedainya itu dibuat daripada kayu __________ yang
diimport.
A nipis C kesat
B tebal D keras
65 .Kamu
bukan tidak pandai, cuma __________ membaca buku,. kata Cikgu Siti
Noridah.
A bijak C cerdik
B malas D pandai
66 Janganlah __________
bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu
selesaikan.
A asyik C sering
B tekun D kurang
67 Karipap yang digoreng
menggunakan minyak yang berbau ____________ tidak sedap untuk dimakan.
A hangit C busuk
B tengik D basi
68 Ah Meng terpaksa
bercakap dengan nada yang _______ kerana ayahnya mengalami masalah pendengaran.
A kuat C tinggi
B kasar D kesat
69 Akar seruntun memang
terkenal dengan rasanya yang __________.
A pahit C masam
B masin D manis
70 Asap ________________
meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran.
A tebal C berkilat
B nipis D berwarna
71 Keadaan Pantai Teluk
Cempedak yang agak ______ itu membahayakan anak-anak yang bermain di situ.
A pantai C dalam
B curam D rendah
72 Nasi yang dimasak
oleh nenek terlalu___________.
A mentah C hangit
B lembik D tengik
73 Farisha __________
tinggal sendirian kerana ahli keluarganya yang lain pergi
membeli-belah.
A aneh C buruk
B boros D bosan
74 Puan Maisarah
menyediakan makanan yang ____________ untuk keluarganya.
A elok C hebat
B lazat D basi
75 Walaupun harga
barang-barang di kedai itu ________ namun pelanggannya
tetap ramai.
A murah
B tinggi
C mahal
D rendah
76 Ibu pulang dari pasar
dengan membawa sebuah bakul yang ________ dengan barang dapur.
A sarat
B sendat
C sumbat
D sendal
77 Biskut coklat yang dibeli
oleh emak sungguh enak dan ________ .
A rangup
B lemau
C rapuh
D hangit
78 Nasir kelihatan
sungguh ________ setelah terjatuh ke dalam anak sungai.
A kesat
B basah
C comot
D compang
79 Puan Azura merupakan
seorang ibu yang ________ menghadapi dugaan hidup .
A kuat
B patuh
C cekal
D berani
80 Hazwani berasa
________ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran
ke luar negara ditolak .
A kesian
B hampa
C hancur
D resah
Kata Adjektif
1 D 31
A 61 C
2 A 32
A 62 A
3 B 33
C 63 C
4 D 34
A 64 D
5 C 35
C 65 B
6 A 36
B 66 A
7 A 37
C 67 B
8 C 38
C 68 C
9 A 39
A 69 A
10 D 40
B 70 A
11 D 41
B 71 B
12 D 42
D 72 B
13 B 43
A 73 D
14 C 44
A 74 B
15 C 45
B 75 C
16 B 46
A 76 A
17 B 47
B 77 A
18 A 48
A 78 C
19 C 49
C 79 C
20 B 50
B 80 B
21 D 51
A
22 A 52
C
23 D 53
B
24 B 54
A
25 B 55
B
26 C 56
B
27 B 57
B
28 A 58
B
29 D 59
C
30 D 60 B
Post a Comment