Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan
jawapan yang paling sesuai.
1 ______________
pantas kuda berwarna putih itu berlari.
A Nian
B Benar
C Sekali
D Terlalu
2 Haiwan
yang ___________ besar di darat ialah gajah.
A betul
B benar
C sekali
D paling
3 Antara
batu permata itu, berlian yang ___________mahal.
A paling
B sekali
C benar
D betul
4 Rasa
kopi yang dibancuh oleh Ros _________ manis.
A nian
B agak
C betul
D benar
5 Arumugam
merupakan penjaga gol pasukan negara yang __________ handal.
A paling
B sekali
C betul
D nian
6 Tulisan
Sulaiman _________ cantik dan kemas.
A sungguh
B sekali
C benar
D nian
7 Cerita
yang dikarang oleh Maniam itu _________ menarik.
A amat
B betul
C benar
D sekali
8 Rasa
buah durian tembaga itu _________ sedap.
A betul
B benar
C sekali
D sangat
9 Sang
Kancil merupakan haiwan yang __________ pintar.
A paling
B sekali
C betul
D nian
10 . ________ cantik pemandangan yang kamu lukis
ini,. puji Halim kepada
Zainal.
A Sungguh
B Sekali
C Betul
D Nian
11 Biskut
coklat yang dibuat oleh Mak Cik Yam ____________rangup.
A sekali
B betul
C amat
D nian
12 Suhu
di dalam bilik hotel ________ sejuk sehingga saya menggigil.
A terlalu
B sekali
C betul
D nian
13 Pantas
___________ kuda putih itu berlari meninggalkan kuda-kuda yang lain.
A agak
B sekali
C paling
D terlalu
14 Haiwan
yang besar ___________ di air ialah ikan paus.
A agak
B paling
C sekali
D terlalu
15 Antara
murid Tahun 6 Rajin, Murni yang tinggi ___________.
A paling
B sekali
C agak
D terlalu
16 Nescafe
yang dibancuh oleh Ratni manis_________rasanya.
A agak
B benar
C terlalu
D paling
17 Pesawat
itu mendarat dengan laju _______ lalu terbabas di hujung landasan.
A paling
B sekali
C agak
D terlalu
18 Tulisan
tangan Salina cantik dan kemas_________.
A terlalu
B paling
C benar
D agak
Soalan
19 dan Soalan 20
Semua jawapan untuk ayat
di bawah adalah betul kecuali
19 Cerita
yang dikarang oleh Murally itu menarik _________ .
A amat
B betul
C agak
D sekali
20 Rasa
buah durian tembaga sedap _________.
A agak
B benar
C sekali
D sungguh
Soalan
21 dan Soalan 24
Pilh
penggunaan kata penguat yang betul.
21 Pintar
__________Sang Monyet kerana berjaya menipu Sang Harimau yang
garang itu.
A sungguh
B terlalu
C paling
D agak
22 .Cantik ________ gambar yang kamu lukis ini,. puji Halim kepada Zainal.
A terlalu
B paling
C benar
D agak
23 Puding
jagung yang dibuat oleh kakak lembik ___________.
A agak
B betul
C paling
D terlalu
24 Air
sungai itu jernih __________ sehingga kelihatan ikan-ikan di dalamnya.
A amat
B agak
C paling
D terlalu
Soalan 25 hingga soalan
30.
Pilih
penggunaan kata penguat yang betul.
25 A Bodoh nian kamu jika cepat mempercayai
kata-kata jurujual itu.
B Sungguh kurang sopan
perangai kamu.
C Betul kurus kamu
sekarang.
D Lembut nian kek yang
dibuat oleh Mazni itu.
26 A Gulai lemak kepala ikan yang emak masak
enak betul.
B Soalan-soalan ujian
Bahasa Melayu kali ini
susah paling.
C Datuk dan nenek paling
gembira apabila
cucunya pulang ke kampung.
D Kebun datuk kelihatan
nian hebat di kampung
itu.
27 A Perangai budak-budak itu baik sekali.
B Kek yang dibuat oleh Kak
Ummi nian lembut.
C Pahlawan Melayu yang
nian handal ialah
Hang Tuah.
D Keris
Taming Sari itu tajam paling
28 A. Awal
terlalu kalian sampai pagi ini,. kata
Encik Ali kepada anak buahnya.
B. Mengapakah nian lambat awak ke sini?.
tanya
Encik Tan kepada Swee Meng.
C.Siti paling cantik di mata para peminatnya,.
jelas
seorang peminat kepada
seorang wartawan hiburan.
D.Sarifah berbaju amat tercantik pada pagi ini,.
kata rakan-rakannya.
29 A Ramai
sekali pengunjung berkelah di Teluk
Batik.
B Makanan yang dijual di
gerai itu nian murah
dan sedap.
C Bangunan itu adalah yang
paling tertinggi
sekali di bandar Teluk Intan.
D Benar sukar untuk
menjawab soalan-soalan
yang dikemukakan ini.
30 A Anak
kucing itu comel sangat.
B Suara penyanyi popular
itu betul merdu.
C Nani berasa paling amat
lega kerana semua
kerjanya telah siap.
D Rasa buah mangga muda
itu kelat paling.
Soalan
31 hingga Soalan 36
Pilih
ayat-ayat yang yang betul.
31 I Cuaca pada hari ini panas betul.
II Samad sekali kurang
minat untuk belajar.
III Pemandangan di Pulau
Kapas amat indah
IV Sally kelihatan sungguh
manis apabila berbaju
kurung.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D I,
III dan IV
32 I Ruang
bilik ini sangat sempit.
II Cantik nian
puteri-puteri di dalam istana itu.
III Tukang masak itu handal
paling memasak
makanan barat.
IV Kawan-kawan Ramli sering mengganggunya
kerana sikapnya yang lembut terlalu.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D I, III dan IV
33 I Betul
cantik tulisan kamu.
II Ibu jatuh sakit kerana
sangat sedih setelah
kematian ayah.
III Saya berasa senang
sungguh apabila awak
dapat membantu saya.
IV Pertumbuhan ekonomi negara meningkat ke
tahap yang paling tinggi.
A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D II, III dan IV
34 I Comel
nian anak kucing ini.
II Nian gemuk badan awak
sejak kebelakangan
ini.
III Mengapakah mahal sangat
baju kegemaran
saya ini?
IV Mengapakah lambat agak awak mula
mengulang kaji pelajaran?
A I dan III
B III dan IV
C I, II dan III
D I,
III dan IV
35 I Persembahan penyanyi itu hebat sekali.
II Makanan
yang dimasak oleh ibu amat sedap
sekali.
III Kura-kura
amat gembira apabila berjaya
mengalahkan
arnab.
IV Dia berasa
teramat gembira sekali setelah
menjuarai
pertandingan itu.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan
III
D II, III dan
IV
36 I Chef Ali merupakan tukang masak yang
handal
paling di
hotel itu.
II Kenapakah
mahal sangat harga ikan di pasar
malam itu?
III Comel
sungguh bayi perempuan Puan Lim itu.
IV Cis,
sungguh malangnya nasibku ini !
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III
dan IV
1 D 13 B 25 B
2 D 14 C 26 A
3 A 15 B 27 A
4 B 16 B 28 C
5 A 17 B 29 A
6 A 18 C 30 A
7 A 19 C 31 D
8 D 20 A 32 A
9 A 21 A 33 D
10 A 22 C 34 A
11 C 23 B 35 C
12 A 24 A 36
C
Mohon halalkan ya.. Nota dan latihan yang diberi.. Saya ingin gunakan untuk PdP saya.. Terima kasih.. :)
thank you cikgu
Assalamualaikum Cikgu. Mohon keizinan untuk menggunakan latihan ini. Terima kasih Cikgu.
Thank you cikgu🙂🙂🙂🙂
salam..sy mohon kebenaran menggunakan latihan ini ya..terima kasih
OK
Assalamualaikum...saya mohon kebenaran menggunakan latihan yang cikgu buat ini untuk anak didik saya, ya.
salam..sy mohon kebenaran menggunakan latihan ini ya..terima kasih
ok
Saya mohon kebenaran menggunakan latihan ini ya.
Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Izinkan saya menggunakan latihan ini untuk murid-murid saya. Terima kasih.